Jauh Husna termenung menembusi lantai . Pintu bilik ibunya dibuka juga tidak terdengar di telinga Husna .
" Assalamualaikum... " Suara itu lembut .
Seketika lamun Husna terlerai angkara salam itu . Husna mengangkat kepalanya , melihat kearah pintu itu . " Wa'alaikumusalam , Cik Doh dengan Syazwa rupanya ." Husna terus berdiri dan berjalan menyambut kehadiran Cik Doh dan Syazwa , sedangkan Syazwan hanya menunggu diluar . Dia tidak mahu masuk kerana semuanya wanita .
Sambil tangannya dicium Husna . Cik Doh tersenyum tipis . " Jauh termenung, fikir apa ?" Soal Cik Doh sambil mengusap lembut kepala Husna .
Husna tersenyum hampa . Tangan Syazwa di kaut dan mereka saling berpelukkan . " Husna okey tak ? Nampak macam banyak masalah... " Lembut Syazwa mengusap lengan Husna .
" Alhamdulillah , okey je . Biasalah kalau dah mak sendiri masuk hospital kan , mana tak risaunya . " Balas Husna dengan senyuman.
" Eh , duduklah ." Ajak Husna sambil menghalakan tangan kearah sofa yang ada .
Setelah duduk , Cik Doh menarik tangan Husna untuk duduk disebelahnya dan Syazwa duduk disebelah Husna .
Dengan lembut, Cik Doh mengusap tangan Husna . " Abang Farhan tak dapat balik ke ?" Soal Cik Doh.
Husna menggelengkan kepala . " Tapi abang dah kirim duit untuk biaya perubatan mak ." Husna tersenyum manis seketika . Cik Ziah masih belum bangun dari rehatnya .
" Eh , Syazwa kita sama umur kan ?" Soal Husna tiba tiba beralih pada Syazwa .
" Ye , sama ." Jawap Syazwa sambil menganggukkan kepala .
Setelah agak lama mereka berborak , Cik Doh memilih untuk pulang , membiarkan Cik Ziah rehat . " Cik Doh balik dulu eh , nanti ada apa apa call je Syazwan . Nanti dia datang ." Cik Doh tersenyum sambil mencium pipi Husna sebelum berangkat pergi .
Sempat beberapa kali Syazwan tertangkap basah melihat kearah Husna ketika berjalan untuk pergi menghantar neneknya pulang . Husna hanya mampu menghembuskan nafas berat . Fikiran Husna bercelaru . Entah siapa yang harus dia pilih , antara belajar mencintai Syazwan atau memilih Ammir yang telah di sukai olehnya dari dulu .
Husna masuk ke dalam bilik dan kembali duduk diatas sofa lalu kembali termenung . " Suka tak semestinya cinta , tapi kalau sudah cinta semestinya akan abadi... Benarkah ?" Husna menggosok wajahnya kasar . Tertekan dengan apa yang terjadi . Bingung bahkan mahu saja dia tidak ingin namun dia harus membuat pilihan .
Jika memilih Syazwan yang masih Husna belum kenal latar belakangnya bakal susah bagi Husna untuk membina sebuah cinta namun jika dia memilih Ammir yang sudah lama dikenali tak semestinya cinta itu bakal wujud dalam hatinya setelah dimiliki .
Kata kata Adila yang telah datang berkunjung beberapa hari lepas masih bermain di minda Husna . " Menyukai tak semestinya menjadi hak milik , Na . Mungkin korang saling menyukai tapi kau yakin ke rezeki dia halal ? Kau tahu kan apa pekerjaan dia ?" Adila cuba mengingati Husna .
" Eerrrhh !" Husna mengerang tertekan . Kepalanya yang tak gatal itu digaru . Bingung !
Tiba tiba pintu bilik itu diketuk beberapa kali oleh seseorang , Husna berjalan kearah pintu dan membukanya . Kelihatan dua anggota polis berdiri di depan pintu .
Husna bingung seketika . " Ye ? Ada apa yang Tuan ?" Dua anggota polis itu tersenyum manis kearah Husna .
SKIP
Suasana kereta yang dipandu oleh Ammir begitu hening bahkan tiada sebarang hiburan pun . Dari Kedah menuju pulang ke rumah yang berada di Johor . Hanya hembusan nafas diantara mereka berdua sahajalah yang kedengaran .
Ammir memandang side mirrornya dan melihat beberapa anak buah Ammar mengawal keretanya menggunakan superbike .
Hembusan berat nafas Ammar . " Macam mana dia kenal Husna ?" Ammar memecah kesunyian didalam kereta .
Bibir bawah Ammir dikacip . " Aku tak yakin , tapi kalau tengok pada IK tu macam sama tua dengan Husna je ." Balas Ammir sambil terus menekan minyak kereta itu .
Ammar tidak habis fikir , pada awalnya dia hanya merisaukan isterinya yang mungkin sedang di incar oleh Zariff namun kini Husna pula yang mungkin saja dapat menjadi incaran bagi IK yang cukup berbahaya itu . Sungguh tidak pernah dalam hidupnya ingin melibatkan Husna dalam urusan mereka namun... Tiada siapa tahu bagaimana IK dapat maklumat tentang Husna . Siapa IK ? Macam mana dia boleh kenal Husna ?
Suasana kereta hening sejenak sebelum sekali lagi Ammar memecahkan kesunyian . " Mungkin kawan satu sekolah dia dulu... " Ammir memandang Ammar sekilas , jika benar sekali pun... Mungkin yang tahu hubungan Husna dan keluarga Ashim hanyalah Adila sahabat baik Husna sahaja .
SKIP
Husna tersenyum pahit apabila mendapat khabar kalau abangnya harus ke Russia atas urusan kerja selama 5 hari dan akan pulang sehari sebelum majlis pertunangan Husna nanti . " Ohh , macam tu ye . Takpe lah nak buat macam mana , terima kasih sebab datang jenguk mak ." Husna cuba untuk mencairkan suasana .
" Assalamualaikum . " Suara yang agak tegas itu tiba tiba kedengaran dari muka pintu bilik Husna membuatkan semua memandang kearah Syazwan .
" Wa'alaikumusalam , Syazwan ? Ada apa ?" Soal Husna pelik . Syazwan kelihatan sedikit kaku apabila melihat dua anggota polis .
Syazwan berjalan kearah Husna yang telah berdiri . " Ada apa ni ? Kenapa ada polis ?" Kening Syazwan hampir bertauk .
" Ohh , ni inspektor Khaz dan inspektor Hanif . Diorang ni bawahan abang Farhan ." Husna tersenyum tipis pada Syazwan .
Kedua polis itu berdiri dan menghulurkan tangan tanpa senyum, Syazwan menerima salam itu . " Hanif " Balas orang pertama yang disalamnya . Tubuh yang sedikit tegak dan hampir sama tinggi dengan Syazwan . Tangan itu berpindah pada orang kedua . " Khaz " Balas orang kedua . Tubuhnya sedikit rendah namun kelihatan lebih berotot dari yang pertama .
Husna hanya tersenyum nipis . " Ada apa datang ?" Husna melihat kearah Syazwan sambil mengangkat sedikit keningnya .
Syazwan masih tidak senyum . " Nenek suruh datang tengok awak ." Balas Syazwan sambil menyelukkan tangannya didalam poket seluar . Senyumnya langsung tidak terukir . Dalam fikirannya terus bertanya sudah berapa lama mereka bertiga berbual , untuk apa datang dan kenapa ?
Syazwan cemburu namun tak dapat ditunjukkan lagi kerana belum tentu Husna tercipta untuknya .
Haa , nah Syah dah bagi clue sapa IK :3
Share this novel