Lafaz ayat Al-Quran terus bergema di ruangan yang sejuk angkara penghawa dingin itu . Aroma harum yang dikeluarkan oleh bukhoor yang dipasang itu menambahkan lagi suasana yang lebih nyaman .
" وَأَنِيبُوٓا۟ إِلَىٰ رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا۟ لَهُۥ مِن قَبْلِ أَن يَأْتِيَكُمُ ٱلْعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ " . Az-zumar ayat 54 .
Ammar berhenti seketika pada ayat itu . Terasa hina dirinya kerana terlalu mengharapkan bantuan manusia . Air matanya gugur .
Maksud ayat :
" Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan "
Airmatanya mengalir sehingga tertitis diatas ayat itu . Terlalu banyak dosanya yang pernah dia lakukan namun dia sedar dia juga hanyalah manusia biasa . Takhta , kemewahan dan kekayaan yang dia miliki sekarang hanyalah sekadar untuk mengaburi matanya pada yang maha kuasa .
Ammar sedar akan kesilapannya .
Satu tangan menyentuh bahu Ammar . " Abang... " Senyuman manis dihadiahkan pada Ammar .
Amanda duduk disebelah suaminya walaupun agak susah kerana sedang dalam sarat hamil . " Abang kenapa ? Ada yang abang nak cerita kan ke ?" Soalnya dengan penuh kelembutan .
Ammar tersenyum hampa , memandang isterinya yang tercinta . " Abang banyak sangat dosa... abang tak tahu macam mana abang nak bawak Puspita abang ni ke syurga sedangkan abang pun tak sempurna ." Bibirnya dikacip . Matanya kembali berkaca . Al-Quran ditangan hanya mampu ditenungnya .
Senyuman Amanda hilang , luluh hatinya apabila melihat suaminya dalam keadaan sebegitu rupa . " Abang... kita bersama untuk saling melengkapi... yang sempurna takkan pernah ada tapi kitalah yang saling menyempurnakan antara satu sama lain , Abang ." Amanda menyandarkan kepalanya dibahu Ammar sambil mengusap lembut perutnya .
Ammar mengusap lembut kepala isterinya . " Kita boleh kan lalui semua ni bersama ?" Soalnya dengan suara yang gementar . Amanda mengangkat kepalanya dari sandaran itu . Anggukan kepala menjadi jawapan dengan senyuman manis .
Ammar tersenyum kembali melihat isterinya yang sentiasa disamping . Ammar memeluk tubuh itu dengan penuh kelembutan . Segala masalahnya terasa hilang apabila memeluk tubuh isterinya .
Amanda mengusap lembut belakang Ammar . " Saya sentiasa ada dengan awak... Hingga ke akhir nafas saya ." Ayat Amanda membuatkan air mata Ammar gugur lagi . Pipi Amanda dicium berkali kali .
Dengan sentuhan lembut, Amanda mengusap air mata Ammar . " Jangan nangis , nanti anak anak tengok... " Lembut suaranya .
Ammar tersenyum . Tiba-tiba , pintu biliknya terbuka . " Ibu , Abi !" Jerit Qays dan Qiysya . Kaki kaki kecil itu berlari undi memeluk ibu dan Abi nya .
" Ibu Qays punya !" Qays memeluk tubuh Amanda dengar erat .
Ammar hanya tersenyum . " Jangan sakitkan ibu tau , itu tengah bawak Qayyum tu ." Pesan Ammar sambil mencuit hidung Qays .
" Abi... boyeh tak besok kite pegi taman ?" Soal Qiysya sambil membuat muka kasihan didalam pelukkan Ammar .
Amanda tersenyum manis menanti jawapan Ammar . " Iya boleh , tapi... dengan syarat !" Kata Ammar sambil melihat kearah Qisya dan Qays yang sudah turun dan duduk didepan mereka .
" Apadia ?" Soal dua duanya serentak .
Ammar tersenyum manis . " Satu , jangan susahkan ibu , kedua tak boleh main jauh jauh dari Ibu dengan Abi dan yang ketiga... " Ammar memandang kearah Amanda dengan senyuman nakal .
Amanda seakan sudah faham dengan maksud suaminya dan tergelak kecil . " Ketiga apa abi ?" Soal Qays.
" Semua kena tidur awal ! Dalam kiraan 5 , semua kena masuk bilik masing masing !" Ammar sengaja membuat anak anaknya panik .
" Huh ?!" Panik . Mereka dengan cepat bangun apabila mendenda Ammar mula mengira .
" Satu... Duaa... " Ammar terus mengira . Berebut diantara mereka berlari masuk kedalam bilik walaupun belum sempat hingga ke kiraan 5 .
Amanda ketawa besar . Melihat tingkah laku suaminya . " Amboi.. seronok gelak ye !" Ammar mencubit pipi gebu Amanda .
" Ahhh... tak tak... " Amanda cuba menarik tangan suaminya .
Ammar melepaskan cubitan itu dan menggosok pipi isterinya yang sudah bertukar merah walaupun dicubit perlahan .
" Dah , jom tidur . Puspita abang ni dah solat Isyak kan ?" Soal Ammar sambil menggenggam erat tangan Amanda .
Amanda mengangguk .
SKIP
Matanya terbuka sedikit , bau ubat ubatan yang menusuk hidung Cik Ziah membuatkan dia sedar bahawa dia sudah berada di hospital . Ingatannya seakan lumpuh seketika . Tangan yang berada diatas perut itu diturunkan ke samping namun belum sempat mencecah ke tilam , tangan itu menyebut suatu kepala .
" Ya Allah , anak aku rupanya ." Hampir tercabut jantung Cik Ziah . Husna dengan lenanya tidur di atas kerusi berbantalkan katil Cik Ziah .
Matanya hanya merenung Husna . Senyuman tipis muncul dibibirnya . " Maafkan mak... " Guman Cik Ziah sebelum pintu biliknya dibuka dan sesosok jejaka muncul .
" Cik Ziah... Apa khabar ?" Soalnya dengan penuh kelembutan .
" Alhamdulillah , tak payah panggil Cik Ziah . Panggil Mak je ." Ucapan Cik Ziah membuatkan Syazwan tersenyum . Dia menjatuhkan pagar disebelah kanan cik Ziah kerana disebelah kiri sudah ada Husna yang tertidur .
" Mak yakin ke Husna nak ?" Soal Syazwan dengan sedikit keraguan .
Cik Ziah tersenyum sambil mengusap ubun kepala Husna . " Dia nak ke taknak , dia dah takde pilihan lain... Kalau bukan Syazwan... sapa lagi yang boleh mak percaya untuk jaga Husna . Papa dia ? Mak bukan tak percaya tapi kalau main dengan keluarga yang macam tu... Mak tak yakin dengan keselamatan Husna ." Jelas Cik Ziah .
Hanya hembusan nafas kecil sahaja yang mampu Syazwan keluarkan . " Mak rehatlah , Wan ada dekat sini malam ni . Nenek pun suruh tengokkan Mak . Lagipun Abang Farhan takde ." Ammar tersenyum manis .
" Syazwan mengangkat kembali pagar dikatil itu dan duduk diatas sofa sambil melihat Cik Ziah mengusap kepala Husna yang ditutupi oleh tudung itu .
Syazwan mengeluh berat . Dia takut kalau perkahwinannya nanti dengan Husna bukanlah rela hati Husna . Kebahagiaan takkan pernah muncul jika setelah berkahwin Husna langsung tidak mencintai dirinya namun Syazwan hanya mampu berserah pada Yang Maha Kuasa .
۞ وَمَن يُسْلِمْ وَجْهَهُۥٓ إِلَى ٱللَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌۭ فَقَدِ ٱسْتَمْسَكَ بِٱلْعُرْوَةِ ٱلْوُثْقَىٰ ۗ وَإِلَى ٱللَّهِ عَـٰقِبَةُ ٱلْأُمُورِ ٢٢ Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan. Surah Luqman , ayat 22 .
Share this novel