" Ye , Husna ada ke ?" Sekali lagi Datin Rahayu menanyakan soalan itu . Matanya sedikit melebar menanti balasan dari Husna .
" Aahh... takde auntie... kenapa Auntie tanya ?" Degupan jantung Husna makin tidak teratur . Nafasnya sudah terasa panas .
" Ohh... Husna memang takde cadangan atau sesiapa dalam hati Husna ke ?" Soal Datin sekali lagi untuk pemastian .
" Ye auntie , takde ." Mata Datin ditatap pelik oleh Husna .
" Baguslah... Eemm... Husna kenal kan Syazwan ?" Soalan Datin membuatkan Husna terkejut seketika .
" Sya... Syazwan ?" Tiba tiba fikiran Husna tidak bergerak . Dia cuba untuk mencari nama itu dalam ingatannya .
" Ye , Syazwan Azim... " Mata Husna membulat setelah mendengar nama yang disebut .
" Ke...kenal... " Husna kaku .
" Kamu jadi bakal isteri dia boleh ?" Senyuman Datin Rahayu semakin melebar .
Husna menatap mata Datin dengan tatapan tidak percaya . Ribuan persoalan yang bermain difikirannya sudah terjawab namun otaknya masih tidak boleh mencerna segalanya .
" Ja... jadi bakal isteri ? Maksud auntie ?" Husna menarik tangannya dari genggaman Datin Rahayu .
" Kamu bertunang dulu dengan Syazwan . Auntie nak kamu saling mengenal dulu . Boleh ?" Dengan penuh harapan diwajahnya .
" Ta... tapi... " Belum sempat Husna menghabiskan ayatnya Datin dengan cepat menarik tangan Husna dan bekas cincin merah itu diberikan padanya .
" Nah , cincin ni . Auntie tahu Husna perlukan masa untuk berfikir . Ni pun untuk masa depan Husna jugak kan ? Auntie harap kamu tak membuat keputusan mengecewakan auntie ." Senyumannya Datin Rahayu menghiasi wajahnya yang manis .
Husna kaku... Entah apa yang harus dia katakan .
" Jom , keluar . Ramai kat luar tengah tunggu nak tengok Husna tau ." Bahu Husna ditepuk lembut oleh Datin .
Tanpa menjawap dengan mulut , Husna hanya mengangguk dan mereka bangun untuk berjalan keluar .
Setelah melangkah keluar dari biliknya . Semua orang di ruang itu tertuju pada Husna . Husna tak mampu untuk berbuat apa .
SKIP
Hempasan ombak pantai membuatkan Husna terus dilamun angan nya . Sudah jauh mana dia pergi juga tidak dapat dipastikan .
" Kalau paksa macam ni... aku pun taktau lah , Na . Sekarang ni semua atas kau , antara nak atau tak ." Cermin mata hitam milik Adila dilepas sendiri . Melihat Husna dalam kesusahan . Tak mampu juga dia pergi terlalu jauh .
" Dah sebulan berlalu... tapi hati aku sikit pun tak ada untuk dia... apa sebenarnya yang aku nak ?" Husna menarik nafas panjang dengan keluhannya sendiri .
" Sebulan takkan pernah cukup untuk menciptakan satu rasa yang tak pernah ada . Kau yang dah terlanjur tutup hati kau dulu sampai kau dah takde perasaan dekat orang lain ." Ombak pantai yang indah itu ditatap oleh Adila .
" Kau jugak dulu yang suruh aku tutup hati kan ?" Jelingan tajam Husna tepat pada mata Adila . Tidak berselang lama pandangan itu kembali kearah deruan ombak .
" Aku suruh kau fokus study bukannya tutup hati sampai takde peluang untuk orang lain . Ye , masa lalu kau memang terlalu kejam tapi kita belum tahu masa depan kau . Cuba la buat solat istikharah ." Adila cuba untuk menenangkan keadaan . Dia sedar bahawa ini bukanlah sebuah jenaka yang dapat diketawakan .
" Ye la , kau betul jugak . Nanti aku try buat solat istikharah . Tapi... kalau keluar muka Alif Satar macam mana ?" Kening Husna berkerut .
Sedikit kesal namun hanya pasrah sahaja . " Kau jangan sampai aku hempuk kau ." Ketawa kecil Adila keluar dari mulutnya .
" Dah , jom balik . Aku ada laki kat umah tengah tunggu ." Ajak Adila sambil memerli Husna .
Bibir Husna senget sebelah . Pandangan Husna menjadi jijik . " Macam ko sorang je ada laki ." Husna berjalan terlebih dahulu meninggalkan Adila dibelakang yang sedang sakan ketawa .
" Hok aloh , deki la tu ." Adila mengejar Husna yang sudah jauh darinya .
SKIP
Jiwa Syazwan langsung tidak tenang . Dia cuba untuk menutup matanya dan tidur namun gagal , rintihan hujan yang membasahi tahan membuat suasana bilik itu semakin suram .
Syazwan bangun dari baringnya . Fikirannya terus diganggu dengan ribuan persoalan . Dia berdiri didepan sliding door sambil melihat hujan yang turun . Guruh dan kilat yang menerangi langit malam langsung tidak membuatkan dirinya gentar .
" Ya Allah , kau buatlah dia terima lamaran tu... " Keluhnya . Dia menundukkan kepala melihat lantai . Jiwanya tidak tenang .
Pada akhirnya , dia melangkah ke bilik air dan mula mengambil wuduk . Disisi lain , Husna juga mengambil wuduk untuk solat .
SKIP
Sujud akhir yang dilakukan oleh Husna cukup lama . Bacaannya tidak kalah hebat juga .
" Subhanaka Laa i'lma Lana illah Maa 'AllamTana , innaka Anta 'Alimul-hakim... "
Maksud :
Maha Suci Engkau , tiada pengetahuan bagi kamu kecuali yang telah engkau ajarkan kepada kami . Sesungguhnya Engkau maha mengetahui lagi maha Bijaksana .
Ayat itu diulang oleh Husna sebanyak 40× . Dan akhirnya dia bangun dari sujudnya . Salam kanan dan kiri diberikan . Wajahnya diraup lembut . Tangan ditadah .
SKIP
Syazwan bangun dari sujud dan dalam diberi . Tangannya ditadah . Dan dengan lafaz bismillah , Syazwan mulakan doanya .
اللَّهُمَّ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيْزُ الْكَبِيْرُ وَأَنَا عَبْدُكَ الضَّعِيْفُ الذَّلِيْلُ الَّذِيْ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِكَ، اللَّهُمَّ سَخِّرْ لِيْ فُلَاناً كَمَا سَخَّرْتَ فِرْعَوْنَ لِمُوْسَى وَلَيِّنْ لِيْ قَلْبَهُ كَمَا لَيَّنْتَ الْحَدِيْدَ لِدَاوُدَ فَإِنَّهُ لَا يَنْطِقُ إِلَّا بِإِذْنِكَ نَاصِيَتُهُ فِيْ قَبْضَتِكَ وَقَلْبُهُ فِيْ يَدِكَ جَلَّ ثَناَءُ وَجْهِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Allahumma Antal 'Aziizul kabiir, wa ana 'abdukadh dho'iifudz dzaliil Alladzii laa haula walaa quwwata illa bika. Allahuma sakhkhir lii fulaan Syahida Husna kama sakhkhorta Fir'aun li Musa, wa layyin lii qolbahu kamaa layyantal hadiid li Dawud. Fainnahu laa yantiqu illa bi idznika, naa shiyatuhu fii qobdlotika, wa qolbuhuu fii yadika, Jalla tsanaa u wajhika yaa arhamar roohimiin .
Artinya :
Ya Allah bahawasanya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Besar. Dan sesungguhnya aku ini adalah hamba-Mu yang hina lagi lemah. Ya Allah mudahkan lah bagiku urusan ku, sebagaimana Engkau mudahkan bagi urusan Fir'aun kepada Musa dan lunak hati manusia bagiku sebagaimana Engkau lunak kan besi bagi Nabi Daud. Engkaulah adalah sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik penolong, wahai Tuhan Yang Maha Hidup, Wahai Tuhan Yang Maha Penguasa, Wahai Tuhan Yang Punya Keagungan dan Kemuliaan, perkenan lah ya Allah."
Dari sudut lain , Husna juga turut berdoa . Dan dalam doanya , Husna hanya menginginkan petunjuk dari Yang Maha Kuasa .
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ al-Ghafir:60 Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.” Ramai ka yang baca ? Silalah muncul kan diri di bahagian komen kalau korang rasa ada yang perlu diubah :)
Share this novel