Chapter 39

Drama Series 35153

Hampir sudah seluruh pelusuk rumah itu dijajah oleh Husna . Sudah bosan pula dia sendirian dirumah . Dia melabuhkan punggungnya diatas sofa ruang tamu itu . Hela nafasnya berat . Sungguh dia bosan .

" Ehm... masak je la ." Itu saja solusi yang ada dalam kepalanya apabila segala kerja telah dia selesaikan termasuk juga iron baju kerja Syazwan . Saja buat kalau dibiarkan , entah nanti nak pakai tergesa gesa pulak cari .

Baru sahaja dia ingin berdiri , dia duduk kembali " Tapi aku nak masak apa ?" Bicaranya sendiri .

" Okey aku tahu . Chat Syazwan lah . Tanya dia , dia nak makan apa ." Husna mengambil telefonnya diatas meja . Baru saja on kan telefonya . " Eh , kalau aku chat nanti ganggu dia pulak... Ntah ntah dia tengah busy..." Dia mengeluh sendiri .

SKIP

Syazwan yang baru sahaja keluar dari bilik meeting itu berjalan bersama beberapa orang lelaki bertubuh gah dengan diiringi oleh P.A masing masing .

" Thank you , Tuan Muda Syazwan . I am very happy to be able to do this project with you ." Tangan Syazwan dikaut dan di salam oleh lelaki Inggeris itu .

Syazwan tersenyum nipis . " Your welcome ." Balas Syazwan . Farah yang berada disampingnya hanya memberi tunduk hormat pada para lelaki itu sebelum mereka pergi meninggalkan bangunan gah milik Syazwan .

Syazwan berpusing arah melihat kearah Farah . " I nak you kosongkan jadual I untuk minggu ni . Ni pun sepatutnya I masih cuti ." Tegas suaranya pada Farah .

Farah tertunduk . " Maaf , Tuan Muda . Saya akan pastikan jadual Tuan Muda kosong untuk minggu ni ." Balas Farah . Sejujurnya dia sudah gentar , takut dimarahi Syazwan .

Syazwan menghela nafasnya . " Good . Tapi memandangkan hari ni saya dah ada kat sini , saya nak settlekan kerja sikit kat atas ." Syazwan langsung meninggalkan Farah disana . Dia tak mahu terlalu emosi . Walaupun Farah P.A dia , kehormatan Farah dia harus utamakan selayaknya seorang wanita .

Langkah kakinya masuk kedalam biliknya . Jam ditangannya menunjukkan pukul 9:45 pagi . " Erhh... penatnya meeting tiba tiba.. " Desahnya .

Tali leher itu ditarik melonggar . Dia mengambil telefonnya didalam poket dan mula membuka peti message kalau kalau Husna ada menghantar pesan padanya namun hampa .

Syazwan mula tak sedap hati . Pantas tangannya menggapai keyboard komputernya dan suiz komputer itu ditekan . Setelah beberapa minit , keluarlah rakaman CCTV dari rumah Syazwan . Ya , sejak kejadian Si Syazwa ceroboh masuk rumah dia , dia terus letak CCTV termasuklah dalam rumah .

SKIP

Bayi yang berbungkus rapi dan berada diatas katil itu menjadi tatapan takjub pada dua beradik . Qiysya dan Qays yang sedang meniarap diatas katil bersebelahan bayi yang merupakan adik baru mereka . " Abi... apa nama dia ?" Soal Qiysya sambil melihat kearah Ammar yang sedang memerhatikan mereka . Senyuman tipis muncul dibibir Ammar .

" Muhammad Qayyum Dayyan . Dia dah jadi adik kamu berdua tau . Jaga dia elok elok ." Balas Ammar yang berada di birai katil . Tangannya mengusap lembut kepala Qiysya lalu beralih pada Qays .

BUKKK

Suara itu jelas berasal dari bilik sebelah yang merupakan master bedroom. Bilik Ammar dan Amanda . " Jaga adik !" Arah Ammar pada Qays dan Qiysya sebelum dia pantas berlari kearah bilik sebelah .

Baru sahaja sampai di depan muka pintu bilik , Ammar dibuat terkejut . " Sayang !" Kakinya berlari ke sebelah Amanda yang sudah jatuh menyembah bumi .

" A... abang.. " Suara Amanda merintih sakit .

Ammar terus berlari kearah Amanda . Dia mendukung Amanda dan memeriksa tubuh isterinya itu .

" Abang dah cakap kan kalau nak pergi mana mana panggil abang ataupun maid kan ! Abang kat sebelah tu je . Kalau terbuka jahitan ni macam mana ?" Marah Ammar namun suaranya jelas kedengaran kerisauan .

" Puan ?!" Panik pembantu rumah itu apabila melihat Amanda telah menyembah bumi itu .

" Liya ?! Where did you go ?! I suruh you jaga wife i . You pergi mana ?!" Jerkah Ammar pada Liya yang baru sahaja jadi pembantu rumah itu .

" Abang , saya suruh dia ambil air je . Saya just pergi tandas tadi . Awak kan tengah jaga Qays , Qiysya dengan Qayyum . Saya taknak lah kacau ." Jelas Amanda . Ammar menghela nafas . Ammar mendukung tubuh Amanda dan meletakkan tubuh itu secara perlahan diatas katil .

" Haih... Ammir ada kan ? Kalau sayang panggil abang , abang panggil lah dia . Ni abang tinggal diorang macam tu je . Lagi bahaya tau ." Suara Ammar lembut . Ammar mencium dahi Amanda . Amanda hanya mengangguk .

" Abang pergi tengok anak kita . Liya , take care of my wife or you will face the consequences ." Tegas suara Ammar pada Liya . Liya hanya diam dan mengangguk gerun walaupun hanya sekadar lakonan .

SKIP

" Sayang... awak kat mana... " Tangannya lincah menekan butang '→' berkali kali untuk mencari keberadaan Husna .

Setelah CCTV itu sampai tepat di bahagian dapur , barulah hatinya lega melihat Husna . " Ya Allah... Kat dapur rupanya sayang saya... " Senyuman Syazwan meleret seketika . Namun senyuman itu pudar apabila dia sedar bahawa Husna seakan sedang video call dengan seseorang . Dia mendekati tubuhnya pada computer itu . Kalau boleh nak je masuk terus dalam tu .

Dia cuba untuk mendengar suara itu namun agak tipis . Syazwan menguatkan volume itu hingga ke tahap maksimum lalu mengenakan headphones .

" Aku tak tau nak masak apa ." Kata Husna sambil mencuci sayuran didalam singki . Telefonya yang disandarkan di botol minyak itu jelas memaparkan satu wajah .

" Apa kata kau masak benda favorite dia !" Cadang Adila . Syazwan menghela nafas lega . Rupanya yang Husna sedang berborak itu adalah Adila . Mana tak nya dia risau , dah lah free hair , video call pulak tu .

" Aku mana tahu favorite dia apa !" Marah Husna . " Eeiii , jadi bini apa la kau ni . Makanan favorite suami sendiri pun taktau ." Sindir Adila . Syazwan hanya tertawa kecil sahaja .

" Eish kau ni ! Kau tahu kan aku kahwin pun kena paksa . Sekarang ni , aku call kau nak tanya kau idea nak masak apa , bukan nak dengar kau complain aku !" Bentak Husna . Jelas kedengaran daru headphones itu geram .

" Kau call je la dia ! Call aku buat apa ? Bukannya aku tahu laki kau !" Balas Adila geram . Kalau dah nama sahabat , bergaduh hanya dimulut .

" Aku taknak lah kacau dia . Kalau dia busy nanti macam mana ?" Suara Husna kembali lembut . Syazwan hanya terus mendengar perbualan itu . Seronok juga sekali sekala stalk bini sendiri .

" Hye bongok ! Dia tu suami kau... Memang lah kau kena kacau diaaa !" Mahu saja Adila menekap wajah Husna dengan bantal . Syazwan tertawa kecil . Betullah tu apa yang Adila kata .

" Eish , cakap ngan kau langsung tak dapat jawapan ! Ye lah , dah aku nak call dia . Kalau dia kata dia busy , aku kacau hidup kau !" Ugut Husna . Belum sempat Adila membalas , Husna langsung mematikan video call . Syazwan melihat itu langsung mengambil telefonya .

" Call lah sayang... " Matanya tetap memerhatikan Husna yang berada disebalik layar itu . Husna terus berfikir mahu atau tidak . Namun akhirnya dia tetap menghubungi Syazwan .

Dring dring...

Syazwan tersenyum . Pilihan bijak, Husna ! Dia melihat di skrin telefonnya . ' My wife '. Tanpa banyak tingkah , panggilan itu diangkat .

" Assalamualaikum , awak... " Panggil Husna . Syazwan tersenyum manis .

" Ye , wa'alaikumusalam , sayang . Ada apa ?" Saja Syazwan buat buat tak tahu .

" Saya nak tanya , awak balik nanti awak nak makan apa ?" Soal Husna . Syazwan berfikir sejenak .

Dia menarik nafas . " Kita keluar makan sama sama untuk lunch nanti . So awak tak perlu lah masak ." Balas Sayzwan .

" Ehmm , alright . Saya tunggu awak balik ." Suara itu sangat lembut terdengar dari hujung talian .

Syazwan tersenyum . " Alright sayang , jangan lupa kunci pintu . Bye , assalamualaikum ." Balas Syazwan sebelum dia mematikan panggilan itu .

Syazwan meletakkan telefon itu diatas mejanya lalu kembali memerhatikan skrin komputer yang masih memaparkan aktiviti Husna dirumahnya . Senyumannya terus terukir dibibir sambil melihat gerak geri Husna .

Syah busy . Sorry kalau x sempat nk update sangat .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience