Bab 49

Drama Series 12355

Argh..Apa yang sedang berlaku pada aku ni?Kenapa pandangan aku nampak gelap?Perlahan lahan aku membuka mata.Benda pertama yang aku lihat adalah siling putih.

Apa yang telah berlaku.Otakku mula mengingat.Tadi tengah berlansung majlis yang sangat penting dalam hidup aku.Majlis akad nikah antara aku dengan Rayyan.

Oh,ya!!Rayyan!!

Aku cuba bangun.Tiba tiba orang perempuan yang tertidur dikerusi hitam itu terjaga.Puan Sri Shida rupanya.Dia terus menghampiri aku.Aku melihat wayar yang bersambung di tangan aku.

"..kamu tak boleh bergerak,nak..Kamu tak sihat lagi.."halang Puan Sri Shida bila dia nampak aku macam nak bangun.

"..ta..tapi,Mya.."

"..sudahlah,Mya..Jangan berdegil..Mama tak nak kamu pengsan lagi.."potong Puan Sri Shida.

"..tapi mama..Mya nak jumpa Rayyan.."aku
meraih tangan Puan Sri Shida.Dia nampak sugul sahaja.

"..ma,bawaklah Mya jumpa Rayyan..Mya nak jumpa dia..Mama,please.."aku mengoncang tangan mak mertua aku.

"..tapi Mya..Doktor belum bagi kamu keluar..."

Aku tak pedulikan kata kata Puan Sri Shida.Aku bangun lalu menarik wayar yang berselirat ditangan aku.Puan Sri Shida terkejut bila aku mula terkocoh kocoh ke pintu bilik.

"..Mya..Jangan macam ni.."

"..mama..Please..Mya nak jumpa dia..Mya nak jumpa Rayyan,ma..Mama bawaklah Mya jumpa dia..Mya nak jumpa suami Mya.."aku merayu.Hampir hampir aku melutut didepan dia.

Puan Sri Shida diam sebelum lambat lambat mengangguk.

***

Aku menolak daun pintu yang berwarna biru itu.Aku nampak Rayyan sedang terbaring diatas katil.Ditangannya ada wayar yang berselirat disana sini.

Aku menghampirinya.

Tangannya yang sejuk itu aku pegang.

"..Rayyan,awak kenapa?Kenapa aku tiba tidur?Awak tahukan hari ni hari bahagia kita..?Awak tak gembira ke dapat bersama saya..?Awak tak rindukan saya ke?

Rayyan,cepatlah bangun..Saya sayangkan awak..Bangunlah cepat..Jangan tinggalkan saya..Saya tak boleh tanpa awak..Semua orang dah tinggalkan saya..Takkan awak pun nak tinggalkan saya jugak?"

Aku menggoncangkan lengannya pula.

"..Rayyan..Awakkan dah janji untuk sentiasa jaga saya..?Jadi cepatlah bangun..Saya tunggu awak.."

Puan Sri Shida hanya mampu menekup mulut dengan tapak tangannya.Aku nampak ada air jernih ditubir matanya.Aku mendapatkan Puan Sri Shida.

"..mama,kenapa Rayyan boleh jadi macam ni?Dia kenapa mama?Kenapa dia boleh jadi macam ni?"soal aku bertalu talu.

Puan Sri Shida menggenggam tangan aku.

"..Mya..s..sebenarnya,Daniel menghidap kanser paru paru...dah tahap tiga.."

Aku terjelopok jatuh.Aku menutup mulut.

Sedaya upaya aku tahan untuk tidak mengeluarkan bunyi tangisan.Air mata mula mengalir hangat dipipi.Dada ku terasa sangat sesak.Susah untuk aku percaya semua ni.

Ya Allah,kenapa semua ni harus berlaku?

"..arwah nenek Daniel menghidap kanser paru paru.Ayah Daniel pun ada tapi dia dah lama sembuh,sejak dia mula mula kahwin dengan mama lagi..

Doktor cakap,penyakit Daniel ni disebabkan oleh faktor genetik..Mama tak sangka yang Daniel yang akan mewarisi penyakit keturunan kami ni.."beritahu Puan Sri Shida sambil menahan sebak.

Aku menunduk,memandang lantai.Bahu aku terhinjut hinjut kerana menahan tangisan.

"..tapi,ma..Rayyan tak pernah cakap pun kat Mya yang dia ada penyakit ni..?"soal aku sambil menyapu air mata dipipi.

"..mama dan papa pun tak pernah diberitahu..Daniel kuat berahsia orangnya.."balas Puan Sri Shida dengan esakan panjang.

"..kenapa dia perlu rahsiakan!?Inikan soal hidup dan mati dia!?"aku tiba tiba jadi marah.

Puan Sri Shida menggeleng.

"..Mungkin Daniel taknak kita semua risaukan dia..Sebab,anak mama tu tak suka menyusahkan orang..Dia kalau boleh,semua benda dia nak simpan sorang sorang..Dia pandai berselindung,sebab tu kami tak pernah perasan tentang semua ni.."

Aku menangis lagi.Patutlah masa aku dan dia bertunang hari tu,Rayyan nampak macam tak sihat...Rupa rupanya dia sedang menanggung derita yang berat..Ya Allah,teruknya aku..Tentang dia pun aku boleh tak tahu..

Esakan aku makin kuat kedengaran.

Patutlah wajah Rayyan nampak pucat aje masa akad nikah tadi.Dia pun selalu cakap pasal kematian.Ingat pasal kematian,tiba tiba aku tersentak...

Kata kata yang selalu diucap oleh Rayyan tiba tiba datang menjengah dikotak ingatan.

"..saya takkan tinggalkan awak,Mya..Takde apa yang dapat pisahkan kita kecuali satu benda iaitu kematian..."

Dada ku terasa perit.Ya Allah...Engkau selamatkanlah Rayyan.Aku tak kisah kalau engkau perlu jadikan nyawa aku sebagai gelang ganti bagi nyawa Rayyan.

Ya Allah...Rayyan..Maafkan saya sebab tak tahu apa apa tentang penyakit awak..Saya memang teruk.Saya berdosa.Saya biarkan awak menderita.Saya biarkan awak menanggung kesakitan ni sorang sorang..

Oh tuhan ku cinta dia...
Berikanlah dia hidup...
Takkan ku sakiti dia..
Hukum aku bila terjadi...

Aku pandang Rayyan yang kaku tidak bergerak.Hanya mesin yang terletak elok disebelah Rayyan itu sahaja yang dapat melegakan sedikit hati ku.

Rayyan..bertahanlah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience