Pagi pagi lagi aku bangun untuk solat subuh.Selepas solat,aku terus mandi.Aku mengenakan seluar slack hitam dan baju hitam lengan panjang.Perut aku lapar..Tapi nak makan apa..?Mak Mah mesti duduk dalam bilik dia lagi.Mak Mah tu orang gaji rumah ni.Dialah satu satunya insan yang melayan aku dengan baik kat dalam rumah ni..Kalau takde dia,aku rasa dah lama aku tinggal tulang aje sebab tahan lapar selama bertahun tahun.
Mak Mah selalu hantarkan makanan untuk aku bila tiba waktu makan.Aku rasa kasihan pula kat dia.Mesti dia penat nak kena bagi aku makan..Tiap tiap hari hantar makanan kat depan bilik aku secara curi curi.
Aku langsung tak paksa dia untuk buat macam tu.Aku takut aku menyusahkan dia je.Tapi dia kata dia senang buat semua ni..Dah dia sendiri kata macam tu,apa lagi yang boleh aku buat?
Lepas siap pakai pakaian,aku berbaring diatas katil.Fikiran aku melayang jauh dikala bebola mata ku tertancap ke siling putih yang bersih.Aku meletakkan tangan kanan keatas dahi.
Dalam hati,aku terfikir sendiri..
kenapa semua ahli keluarga aku buat macam ni??
aku ni anak mama!
aku ni anak papa!!
Atau...
Adakah aku ni anak angkat diorang aje sebenarnya..?Entah entah aku dipungut semasa aku masih bayi..sebab tu diorang layan aku acuh tak acuh....
aku ni anak pungut,kut.
Tengah tengah mengelamun,tiba tiba telefon aku berbunyi menandakan ada benda yang baru masuk.Aku capai telefon yang terletak diatas meja lampu.Tekan aje butang buka,aku nampak ada gambar aku,Nia,papa,mama,nenek serta arwah atuk aku.Gambar yang ditangkap semasa Nia masih bayi itu aku tatap lama.Gambar tu aku jadikan wallpaper telefon sejak kali pertama aku dapat telefon ni sebagai hadiah..
masa aku kecil..masa birthday aku..Masa tu atuk aku masih hidup....Aku selalu balik kampung semata mata nak jumpa atuk dan nenek.
aku gembira sangat sebab ada atuk dan nenek....
Sejak insiden di legoland tu,mama dan papa terus membenci aku..diorang hantar aku ke kampung..Suruh aku tinggal di rumah mak ayah dibelah mama aku.Mama aku ni orang kampung sebenarnya...cuma dia belajar tinggi..
Pastu jumpa papa..
Berkawan rapat..
lepastu beralih ke hubungan cinta pulak.
lepas tu apa??
..lepas tu kahwinlah!Apa lagi!?
Mula mula tu,elok aje nenek layan aku..Macam biasa...Malam keesokan harinya,mama telefon nenek.Mama bagitahu nenek yang Nia jatuh sampai patah tengkuk.Memang tengkuk budak tu patah pun masa tu..Yang tu aku percaya..
yang aku tak boleh terima adalah bila mama cakap yang akulah si penolak Nia tu.Eiiyy!!Hanya Allah yang tahu betapa geramnya hati aku saat mama bagitahu nenek yang bukan bukan.Bagitahu benda yang tak betul,boleh jadi fitnah tu!!
Fikirlah dulu!!
Esoknya,nenek tunjuk muka ketat kat aku.Waktu pagi,langsung tak ajak aku sarapan sama sama..Aku perasan..aku sedar perubahan nenek berlaku setelah mama mengadu pasal Nia..
..mesti nenek percayakan mama..
..aku menangis sorang sorang kat dalam bilik...
tiba tiba atuk masuk..Aku ingat lagi masa tu dia tanya aku sebab apa aku menangis..Kenapa tiba tiba menangis..Aku kan perempuan yang memang payah menangis.
Aku cakaplah yang aku sedih.Semua orang letak kesalahan pada aku.Semua orang percayakan Nia..Semua orang nak bela Nia...
semua orang benci aku..Kalau semua orang berada dipihak Nia,siapa yang nak backup aku pulak..!?!??!
Lepas tu atuk pujuk aku..Dia kata dia percayakan aku..Aku menangis sendiri..Menangis sebab gembira dan lega kerana ada juga insan yang percayakan aku..Tapi semua tu tak lama..
Atuk pergi menghadap ilahi...Atuk meninggal dunia kerana serangan jantung.
...Tok!!Tok!!!
Lamunan aku terbantut apabila pintu bilik aku diketuk perlahan..Aku bangun.Terlupa terus akan telefon yang telah beberapa minit berbunyi.
Aku buka pintu..
Mak Mah..
Aku tersenyum bila nampak Mak Mah membawa satu pinggan putih yang ada à bunga biru kecil sebagai corak ditepi.Pinggan tu berisi nasi goreng kampung..
Ditangan kirinya pula ada secawan teh panas...Aku mengajak dia masuk dahulu..Aku terlupa kunci pintu..
"..ni..Mak Mah ada bawakan nasi goreng untuk Mya..Makanlah..Mak Mah tahu Mya lapar.."kata Mak Mah saat pinggan bertukar tangan.
Aku tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepadanya.
"..Mak Mah dah makan??"soal aku,ramah.
"..belum lagi.."balasnya perlahan.
''...Nak makan??"soal aku pula sambil memandang dia.Mak Mah tersenyum sahaja."..Kita makan sama sama ya Mak Mah..Biar Mya suap Mak Mah.."cadang aku.
Mak mah menggeleng."..malu lah, Mya..Mak Mah yang bawakan nasi goreng ni untuk Mya tapi yang makannya Mak mah.."
"..alah..apa salahnya..Kita kongsilah..Mak Mah nganga.."suruh aku disaat tangan sedang menyudu nasi goreng itu.
Satu cm lagi sudu itu bakal masuk kedalam mulut Mak Mah,tiba tiba pintu bilik dibuka dari luar.Aku tersentak.
Mama!!Macam mana dia boleh masuk!?
"Oh!!Ni kerja Mak Mah,ya!!?Patutlah Mak Mah takde masa kitorang sarapan..Patutlah tak layan kitorang!!Ni kerja Mak Mah ya!!?Bagi si budak ni makan..!?"jerkah Puan Fidya dimuka pintu.Mak Mah perlahan lahan berdiri sambil membuat gaya minta maaf.
"Maafkan Mak Mah,puan..Maafkan Mak Mah...Mak Mah kesiankan Mya aje.."rayuan orang tua itu langsung Puan Fidya tidak hiraukan.
"..abangggg!!!abang!!Mari sini kejap!"teriak Puan Fidya sambil bercekak pinggang.Tidak sampai seminit,papa datang bersama Nia dan nenek.
"..orang tua ni memang celaka!Patutlah selama ni dia takde kat meja makan masa kita makan..Sibuk layan si budak ni rupanya..!!"jerkah si bapa pula.
"..maafkan mak mah,tuan..puan.."mohon Mak Mah.
"..Harap Mak Mah ni tua daripada saya je!!Sekali lagi Mak Mah buat macam ni,saya tak teragak agak untuk pecat Mak Mah!!Mak Mah jangan main main dengan saya..Saya ni orang kaya...Saya petik jari,berderet deret orang yang nak jadi orang gaji rumah ni..!!Setakat Mak Mah,saya tak hairanla...!"herdik Encik Fadil
sambil menundingkan jari kearah Mak Mah.
''..ya..maafkan Mak Mah..Mak Mah tak buat lagi..."rayu Mak Mah sambil menitiskan air mata.
"..dah..Mak Mah pergi kemas dapur..!''suruh Encik Fadil dengan nada bongkak.
Mak Mah berlalu.Mama,papa,Nia dan nenek terus mengalihkan pandangan kearah aku.
Aku buat selamba.
Share this novel