Bab 28

Drama Series 12355

Aku hanya pandang ke luar tingkap.Eh,kejap.Rayyan nak bawak aku ke mana ni?Aku tak pernah lalu pun jalan ni.Eh kejap..ni bukan ke jalan nak pergi ke rumah Rayyan?

"..awak nak bawak saya pergi mana ni?"soal aku sambil memaut kepala kusyen dibahagian depan iaitu di tepi pemandu.

"..balik rumah lah.."balas Rayyan.

"..tapi rumah saya bukan lalu sini..Rumah saya menghala ke sana.."beritahu aku sambil tunjuk kearah belakang.

"..siapa kata saya hantar awak balik kerumah awak?Saya cakap,saya hantar awak balik rumah..Saya tak sebut pun rumah siapa.."

ye tak ye jugak kan..Haih aku ni pun.

"..habis tu rumah siapa?"

"..rumah mak mentua awak..?"

err..

"..Hehe..boleh ye,saya bawak awak pergi sana..?"soal Rayyan sebelum pandang aku menggunakan cermin pandang belakang.

''..kenapa tak hantar saya balik kerumah saya je..?"soal aku,agak tidak mengerti.Rayyan menggeleng.

"..saya taknak..Saya takut rumah awak ada budak budak tu..Kalau diorang apa apakan awak,macam mana?Awak nak?"duga Rayyan.Aku menggeleng.

"..so,ikut saya?"soal Rayyan lagi.Perlahan lahan aku angguk.Habis tu aku nak pergi mana?Aku bukannya kenal siapa siapa kat sini.Kawan pun takde.Huhu..

"..jom?"Rayyan pandang aku.

"..jom?Jom pergi mana?"soal aku semula.

"..jom jumpa mama kedua awak.."

***

Semasa kami berdiri didepan pintu..

"..err...Rayyan,saya takutlah.."adu aku sambil pegang kot yang menutupi kepala aku.Hanya muka yang tersembul keluar.

"..buat apa nak takut..mama saya bukannya nak makan awak.."balas Rayyan sambil pandang aku.

"..bukan macam tu..Saya..saya..seganlah..Dahlah datang rumah awak malam malam.Nanti apa yang mama awak cakap..?"soal aku,agak susah hati.

"..takdelah..Mama saya baik orangnya.."pujuk Rayyan.Tiba tiba kami dengar bunyi kereta masuk kedalam perkarangan rumah.Aku toleh.

Kami nampak Tan Sri Nazri keluar dan tutup pintu kereta.Dia menghampiri kami.Rayyan bersalam dengan bapanya.Aku pula hanya menunduk hormat sambil memberi salam.

"..Hai Daniel?Lewat kamu sampai?Kan ke kamu keluar lebih awal tadi?"soal Tan Sri Nazri.

"..Tadi..Er..Kita borak kat dalamlah..Lagi pun Daniel tak solat lagi ni..Jom pa,Mya.."ajak Rayyan lalu buka pintu.Kami pun masuk.Rayyan bagi aku satu tudung sarung.Milik kakak dia kut..Lepas tu dia naik atas,nak solat katanya.

"..Mya sihat?"soal Tan Sri Nazri.

"..sihat,alhamdulillah..Tan Sri sihat?"soal aku semula.Tan Sri Nazri angguk.Papa Rayyan tanya,kenapa tiba tiba datang.Aku pun cakaplah apa yang jadi tadi.Dia tanya lagi,dah report ke.Aku cakaplah yang aku tak nak report.Biarlah dia..Penjahat penjahat tu bocah semuanya.

Tidak lama kemudian,Rayyan dah siap solat.Siap dah mandi dan bertukar ke seluar track hitam dan t shirt putih lengan putih.Dia duduk disofa yang ada dua tempat duduk.Aku pula duduk di sofa yang hanya muat untuk sorang je.


Puan Sri Syida datang bersama sedulang cawan dan seteko air teh panas.Dia letak dulang tu atas meja kopi.

Dia pandang aku.Aku senyum kat dia lalu bangun dan bersalam dengan dia.


"..Mya sihat,sayang?"tegur Puan Sri Syida.Aku angguk sahaja.Senyuman masih tidak mahu pudar.Tu je yang aku boleh buat sebab aku takde idea nak borak dengan dia.

"..mama dan papa kamu sihat?"

Aku angguk.

"..Hubungan kamu dengan Daniel macam mana?Okey?"soal Puan Sri Syida lagi.

Aku angguk lagi.

"..dia ada buli kamu tak?"soal wanita itu.

Aku angguk.Kemudian menggeleng.Banyak sangat aku angguk,sampaikan semua soalan aku nak angguk.

Lepas tu kami borak borak.Sedar tak sedar,dah pukul 9:30 malam.Aku menguap.Tapi bukannya aku tayang secara live kat depan diorang semua.Aku kena control ayu ni.Dah nak kahwin!Aku takdelah bodoh sangat nak tunjuk perangai tak senonoh aku kat diorang.Nanti tak pasal pasal aku kena halau oleh Puan Sri Syida kalau dia nampak aku menguap tak tutup mulut,macam badak lubang hidung besar sebelah.

"..Mya macam dah letih sangat tu..Kamu tidur sini jelah,Mya.."saran Puan Sri Syida.Aku terkejut dan terus pandang Rayyan.Rayyan pun pandang aku.

"..eh takpelah,Puan Sri..Saya boleh mintak Rayyan hantarkan.."kata aku lalu pandang mama Rayyan.

"..siapa yang nak hantar awak?"aku dengar Rayyan berkata dengan nada selamba.

"..awaklah!"ulang aku pula.

"..kalau saya tak nak?"duga Rayyan.Aku mengetap bibir.

"..taknak sudah!Saya boleh balik sendiri!"ujar aku lalu bangun.

"...Daniel!!"tegur Puan Sri Syida.

"..Hehe..Mya,saya gurau jelah..?Kan mama suruh awak tidur sini..?"Rayyan berdiri dan menghadap aku.Aku pandang atas.

"..Tak elok orang pandang kalau saya tidur sini.."balas aku senada.

"..tapi kitakan dah tunang"

Aku pandang dia.

"..Rayyan..Gelaran tunang,bukan bermaksud yang kita dah sah.Ia cuma gelaran yang mengikat hubungan kita kearah gelaran yang betul betul sah."jelas aku,persis guru yang mengajar.Cita cita aku dulu nak jadi cikgu tapi tak lepas sebab terlalu garang sampai kena jerkah sikit,budak budak terus pengsan.

"..ya..saya tahu tapi bukannya kita tinggal berdua.Papa ada..Mama pun ada..So,dah takde hal.."bagitahu Rayyan pula.

"..tapi..Mulut orang bukannya boleh kita tutup,Ray..Saya taknak dilabel seba..''

"..lalalala..Saya tak dengar..Nanti saya akan mintak Buk Aini sediakan bilik untuk awak..Oh baju..Nanti saya akan cari baju lama kakak saya...Awak just ikut cakap saya..Senang kan?"Rayyan pun mahu berlalu.

"Ray!?"

Puan Sri Syida dan Tan Sri Nazri sama sama tersenyum.

"..suka tengok diorang..Hai,teringat pula cerita masa kita muda muda dulu.."bagitahu Tan Sri Nazri.Puan Sri Syida mengangguk.Aku pandang mereka.

"..yalah bang..saya ingat lagi,awak selalu bagi bunga kat saya..tapi,awak selalu petik bunga tahi ayam..Tapi sebab sayang punya pasal,bunga tahi ayam pun jadilah.."kata Puan Sri Syida sambil memegang lengan suaminya.

"..mana ada..awak kan yang selalu main masak masak guna pasir?Lepas tu bagi kat saya,kononnya awak masakkan saya lauk.."kata Tan Sri Nazri pula.Puan Sri Syida terkejut.

"..bila masa!?Saya tak pernah main pasir!"

"..habis dulu tu apa?"

"..abang mesti dah silap,saya tak main pasirlah!Bagitahu saya,siapa orang yang awak cakap tu..?Awak suka orang lain,ya?"gesa Puan Sri Syida.

"..Mengapa cakap benda yang bukan bukan didepan budak?Awak yang berbobong tentang bunga tahi ayam!"

"..saya berbohong??"

Daripada aku terus dengar,ada baiknya aku blah dulu dari sini.Ada jugak ke pasangan yang macam ni?Sorang kata hitam,sorang lagi kata putih..

Adoi..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience