Bab 47

Drama Series 12355

Aku menghampiri meja yang berada disebelah tangga.Perempuan yang bertudung shawl biru tu berdiri dan tersenyum bila dia nampak aku pergi dekat dia."..Ada apa yang boleh saya bantu,cik?"soal perempuan tu sambil pandang aku.

"..Err..Rayyan ada tak?"soal aku yang juga sedang memandang dia.Perempuan tu mengangguk"..ada,tapi cik siapa ya?"soal perempuan tu sambil tersenyum.Aku diam.Dia tanya siapa aku?Kalau aku cakap yang aku tunang Rayyan,agak agaknya boleh tak?

Ah!Lantaklah!Memang itu pun hakikatnya.

"..saya Mya,tunang dia.."beritahu aku lembut.Perempuan tu angguk dan terus membelek satu buku kecil.

"..cik ada buat temu janji dengan dia?Kalau takde,saya tak boleh benarkan cik jumpa dia.."bagitahu dia.Aku tersentak.

"..even tunang dia sendiri pun tak boleh,ke?"soal aku dengan perasaan hairan.Dia mengangguk.Aku mengeluh berat.Susahnya bila ada tunang kerja camni..

"..kalau macam tu saya nak adakan temu janji dengan dia.."beritahu aku sambil mengemaskan genggaman beg kertas ditangan.Perempuan tu mengangguk.

"..ok,saya akan aturkan temu janji cik dengan Tuan Rayyan..Baiklah,pada tarikh berapa cik nak jumpa dia..?"soal dia sambil memegang pen,bersedia mahu mencatat apa apa yang patut.

Aku tersentak lagi.

"..tarikh berapa saya nak jumpa dia?Tarikh hari nilah..Waktunya sekarang.."bagitahu aku sambil menunding jam ditangan.Perempuan tu menggeleng.

"..Tak boleh,cik..Sesiapa yang nak berurusan dengan Tuan Rayyan,kena aturkan temu janji dulu..At least,dua hari sebelum tarikh perjanjian..Ini adalah ketetapan polisi syarikat kami.."terang dia bersungguh sungguh.

Ternganga aku kat situ.

"..cik adik yang manis,lalat bagi salam tu.."tiba tiba aku dengar suara seseorang.Aku menoleh ke tepi dan aku nampak Rayyan sedang berdiri sambil memegang pintu.

..lalat bagi salam?Cis!

Rayyan ketawa kecil bila nampak aku lekas lekas menutup mulut.Perempuan yang banyak songeh tadi pun turut ketawa sama.Aku tak tahu nak buat apa.Kalau aku tumpang gelak sekali,boleh tak?

Akhirnya aku tergelak sendiri..

"..Awak datang cari siapa,Mya?"soal Rayyan yang sedang menghampiri aku.Aku pandang dia.

"..saya ada kenal orang lain ke kat sini selain awak?"soal aku jugak dengan pertanyaan.Rayyan menggangguk perlahan.Ha?Siapa?Aku kenal siapa lagi selain dia..?

"..bakal mentua awak?"dia berbisik ditelinga aku.Kedudukan kami masih jauh,takdelah rapat sangat.Aku pandang dia dan dia pandang aku dengan ekor mata dia.Kemudian dia senyum...

Alahai..asal dia ni sweet talker sangat?

Aku cair dengan senyuman gula gula kapas dia..!

***

"..wah!!Awak ke yang masak semua ni..?"soal Rayyan seolah olah tak percaya bila aku kata yang akulah yang masak semua ni.Aku angguk.

"..nampak sedap je.."bagitahu dia.

Aku tersenyum bangga."..heh..tengok kakilah.."

Rayyan tersenyum."..taknak..Kaki awak belum jadi kepunyaan saya lagi..Tambah dosa saya je kalau tengok.."

aku terdiam.Menyesal,kan dah kena?

"..tapi takpe..Lepas kita bersatu,semua yang awak punya,akan jadi milik saya..Kepunyaan saya akan jadi kepunyaan awak..Sabar ye,sayang..."bagitahu Rayyan lalu tersenyum nakal.

Aku tunjuk penumbuk."..jangan nak mengada sangat!Sejak bila belajar jadi gatal ni?"

"..sejak ada awak?"dia angkat kening.Aku pula berkerut kening.

"..ha?Kenapa?"soal aku,pelik.

"..sebab awak terlalu manis buat saya.."

..bunga bunga mula berterbangan dalam hati aku.

"..Ray..Awak rasa sa.."

tiba tiba telefon Rayyan berdering.

"..kejap,Mya.."Rayyan angkat panggilan yang masuk tu.Aku hanya angguk.

"..ya..Haah..Ya..Tak,bukan macam tu..Bukan..Bukan,bukan..Dua Bulan depan tapi dalam minggu ketiga.."aku dengar Rayyan bercakap cakap.

"err..saya rasa tak sesuailah kalau kita cakap dalam phone.."aku nampak Rayyan pandang aku dengan ekor matanya.

"Sekarang tak boleh,saya ada hal..Malam ni..?Malam ni pun tak boleh..Pagi esoklah..Ya,saya tahu..I'm sorry,saya tahu awak pun busy..Ya,saya janji..Janganlah merajuk.."aku dengar dia bercakap cakap.

Janganlah merajuk?aik!!?Macam lain je bunyinya..?

"..tak..haha..Tak,jadi tak cantiklah kalau awak merajuk..Bukan,bukan saya nak cakap yang awak hodoh..cuma macam tulah ..ok,bye..waalaikumsalam.."Rayyan meletakkan telefonnya.

Aku nampak dia tersenyum.Masa cakap pun senyum,dah letak call pun still senyum.

ada apa apa yang aku tak tahu ke ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience