Pagi pagi lagi aku sudah bangun dan mandi.Sebelum aku keluar,aku langsung tidak lupa untuk memakai tudung.Aku patut berhati hati pada setiap masa.Sekarang ni aku tumpang kat rumah
orang.Bukan rumah aku nak bebas bebas.
Aku menapak kedapur.Aku nampak Puan Sri Syida tengah memasak.Aku menyapa dia."..morning,Puan Sri.."
"..morning darling..Awal bangun?"tegur Puan Sri Syida yang masa tu tengah nak panaskan kuali.Aku hanya tayang sengih.
"..Puan Sri nak ma.."tiba tiba dia menyampuk.
"..please don't call me like this..I don't like it and never like that..Panggil saya,mama je..Tak lama lagipun,Mya tetap akan kena panggil macam tu,kan?"dia angkat kening.Aku hanya mampu diam dan senyum saja.
"..okeylah...Mya cuba,tapi kalau tersasul tu,harap maaflah,ek?"aku bagitahu awal awal.Yelah,aku ni bukannya boleh kira sangat.Careless sikit..
"..It's okay..At least Mya cuba.."Puan Sri
Syida tersenyum.
"..Mama nak masak apa?"soal aku lalu menjengah ke tepinya secara tiba tiba.Dia tidak terus menjawab sebaliknya senyum sahaja.
"..Guest what?"
Aku pandang bahan bahan kat atas meja.Ada dua plastik mi kuning.Ada beberapa paket fishball dan fishcake.Ada lobak yang sudah siap dipotong bersama bawang dan bahan bahan tumis yang lain.
"..mi goreng?"teka aku.
Puan Sri Syida mengangguk."..Bijak.."
Aku tersenyum bangga.Bukan selalu aku betul apabila meneka ni..Lebih lebih lagi pasal masakan."..nanti lepas korang kahwin,bolehlah Mya tolong mama..Takdelah mama masak sorang sorang.."ujar Puan Sri lalu memasukkan bahan bahan tumis kedalam kuali.
Aku diam."..Pembantu rumah ni tak masak?"Puan Sri Syida menggeleng.
"..bukan dia taknak masak tapi mama yang tak bagi..Mama ambik dia kerja bukan sebagai tukang masak tapi tolong mama kemas kemas rumah je..Tugas masak semua tu,mama yang buat.."terang Puan Sri Syida.Aku angguk.
"..tapikan,ma..Mya nak berterus terang terlebih dulu sebelum Mya betul betul jadi anak mama.."aku duduk di atas kerusi makan yang ada kat dapur tu.
Puan Sri Syida tidak menoleh"..apa dia?"
"..Mya sebenarnya kan..Mya..Mya tak pandai masaklah.."Puan Sri Syida terus menoleh dengan riaksi terkejut.
"..you don't..?"soal dia.Aku angguk.
"..apa apa jenis makanan pun tak tahu masak?"soal dia lagi.Aku angguk lagi."tapi bukanlah semua..Setakat nasi nasi goreng,goreng ayam masak merah atau kicap tu Mya pandailah..Tapi kalau mama mintak Mya masakkan lauk lauk macam rendang ke,masak lemak ke,kari ke..Yang tu memang Mya tak pandai.."terang aku.
Puan Sri Syida angguk."..takpelah,Mya oi...Semua tu masih sempat untuk Mya belajar..Bukan semua manusia pandai masak.."
Aku angguk."..Semua lelaki mesti tak pandai masak langsung,kan?Rayyan pun mesti nak pegang senduk pun kekokkan?Hahaha..Lelaki memang macam tu.."seronok aku kutuk anak dia.
Tiba tiba aku dengar bunyi kerusi ditarik.
"..Siapa cakap saya tak pandai masak?"soal Rayyan yang baru melabuhkan punggung diatas kerusi.
Aku sengih lalu angkat tangan."saya..!"
"..saya pandai masak,ok?"beritahu dia.
"..ye ke..?Nampak gaya macam tak je..?"aku menjuih juihkan bibir.
"..betul apa?Awak cakap je nak makan apa,semua saya boleh masakkan..Makanan barat?Masakan melayu?Seafood?"aku ternganga besar.Dia ni biar betul?Dia ni kerja chef ke apa?
"..awak ingat saya percaya?Tak mungkinlah,lelaki mana pandai masak.."kutuk aku lagi.
"..Lailahaillallah,budak ni..Saya cakap betullah,kalau tak percaya jugak,pergi tanya mama awak tu.."suruh Rayyan sambil tunjuk mamanya yang tengah campak campakkan lobak merah dan bebola ikan serta anak beranak ikan ikan tu kedalam kuali.
"..yeke,mama?"aku tanya Puan Sri Syida.
"..kalau tuan punya badan dah mengaku,maknanya betullah tu.."sokong Puan Sri Syida.Aku mengeluh.
Yalah yalah..
Kemudian aku bangun dan mencapai teko.Aku bancuh air nescaffe.Yalah,tuan rumah sibuk buatkan makanan tapi aku yang jadi tetamu ni sedap je goyang kaki.Malu jugak aku..Dah lah menumpang,tak tolong tuan rumah pula tu..
Lepas siap,aku menghampiri Puan Sri Syida.Nak tolong apa apa yang patut.Tapi tengok tengok,dah siap dah mi goreng tu..Pantasnya dia masak!?Kalau aku,mesti masa ni masih terkial kial nak potong bawang..Perempuan jenis apa aku ni?Nak masuk dalam kategori Wanita Melayu 67 Terakhir pun aku rasa tak layak langsung..Tak sempat nak buat ujibakat,mesti dah kena reject dan kena tendang terus.Nak cakapnya yang aku ni memang jauh betul dengan gelaran tu.
Aku tolong Puan Sri Syida cedok dan letakkan mi goreng itu kedalam pinggan masing masing.
"..mana papa kamu ni,Daniel?Tak turun lagi ni?"soal Puan Sri Syida sambil menuang air yang aku bancuh kedalam empat cawan putih yang comel je designnya.
"..nanti turunlah papa.."balas Rayyan yang sebenarnya rasa malas mahu naik dan panggil papanya supaya makan.
Macam tahu tahu,terus terpacul Tan Sri Nazri.Dia melangkah menghampiri meja makan diruang makan itu.
"..sedapnya..Jom kita makan."ajak Tan Sri Nazri lalu mencapai garfu dan sudu yang tersadai sebelah pinggannya.
Masing masing duduk.Aku pun tidak terkecuali.Mereka bertiga mula makan.Aku hanya pandang mereka.
"eh,Mya..Kenapa kamu tak makan?Makanlah sekali..Jangan malu malu.."ajak Tan Sri Nazri.Aku nampak Puan Sri Syida dan Rayyan pandang aku.
"..tak..Mya bukan malu..Cuma..Mya seganlah...Korang makan jelah dulu,nanti Mya makan lepas semua siap makan.."aku bermain main dengan garfu yang ada didepan mata aku.
"..eh apa pulak macam tu...Kita makan sama samalah..Baru seronok..Mama baru nak berfeeling happy makan dengan menantu.."bagitahu Puan Sri Syida.Aku senyum terpaksa.Dapat aku lihat Rayyan yang macam nak ketawa melihat aku senyum nak taknak je.
Dia ni!
"..dah dah..makan,je..Nanti sejuk tak sedap pula..Makan ye,Mya.."pujuk Puan Sri Syida.Aku masih kekok.
"..dia tu sebenarnya malu,ma..Malu sebab dia kuat makan sebenarnya..Sebab tu dia nak makan sorang sorang,sebab dia nak tambah lagi..Kan,Mya?"usik Rayyan lalu pandang aku.Aku capai pisau,kononnya nak lempar ke arah Rayyan.
"..Eh..Pisau tu,nak..Bahayalah.."hampir terlompat Puan Sri Syida bila nampak aku pegang pisau.
"..Rayyan tu!Dia ni..!"aku ketap bibir.
Semua yang ada kat situ ketawa.Hanya aku yang masam mencuka.Aku cukup tak suka bila ada orang kata aku kuat makan.Nanti diorang cakap aku nak ada tubuh gemuklah apa lah..
Aku tak suka.
Share this novel