Bab 44

Drama Series 12355

Aku tiba di restoran itu pada jam 8:12 minit malam.Aku masuk kedalam.Tak perlu ambil masa yang lama untuk mencari Rayyan sebab awal awal lagi dia dah lambai kat aku.

Dengan senyuman,aku melangkah kearahnya...Cuba berlagak biasa.Rayyan nak tarikkan kerusi untuk aku tadi tapi aku menghalangnya.Aku bukannya gedik sangat,ok.

Seorang pelayan datang.Aku oder stik dan jus mangga.Rayyan pun nak oder benda yang sama.Kemudian pelayan tu pergi untuk hantar oder.Aku pandang depan dan aku nampak Rayyan pandang aku lama.

"..awak kenapa?"soal aku agak pelik.

"..nothing..just nak lepaskan rindu saya kat awak..Lama kita tak jumpa,Mya..I miss you.."kata Rayyan sambil memandang aku,lembut.Aku diam.

"..saya pun rindu awak..Saya selalu ajak awak keluar tapi awak selalu tolak..So,saya nak buat apa?"balas aku bersahaja.Rayyan agak tersentak.

"..Mya..awak kata awak pun rindukan saya tapi gaya yang awak tunjuk macam awak menyampah kat saya je..?"soal Rayyan,perlahan.Aku tengok dia.Dia menunduk.

"..Memanglah saya rindu awak..Pasal menyampah semua tu,mana ada..Jangan nak reka cerita sangat.."balasku agak tak puas hati.Lantas gelas berisi jus mangga yang baru tiba tu aku capai.Aku sedut macam dua hari tak minum air.Rayyan angkat kepala.

"..Mya..Saya minta maaf untuk apa yang saya nak tanya ni..awak datang bulan ke..?"soalan Rayyan betul betul buat aku hampir tersedak.Aku pandang dia dengan muka yang memerah kerana menahan malu.Juga menahan geram.

"..Apa punya soalan awak ni?!Mana ada!!"balas aku dengan nada geram.Aku capai tisu yang tersadai di tengah meja.Nak tutup malu dengan cara lap mulut.

"..maaf..Dah awak macam badmood je..Saya cakap saya rindu awak pun,awak macam tak berapa nak suka..Muka awak masam je,tak macam yang selalunya.."kata Rayyan perlahan.

"..mana ada masam!Kan saya tengah senyum ni..."kata aku lalu tarik senyum selebar yang boleh tapi aku tak pandang dia langsung.Rayyan diam seketika.

"..awak kenapa...?Awak dah tak sukakan saya lagi ke,Mya..Awak dah menyampah kat saya ke,Mya..?Saya bukan main nak jumpa awak tapi awak macam ni je kat saya..?Kenapa awak macam dah nak berubah..?Awak dah ada orang lain ke,Mya..?"soal Rayyan bertubi tubi sambil menatap mataku.

Aku tersentak.Apasal dia boleh berfikir sejauh ni!?Aku ke dia yang dah berubah!?Dia kata aku!?Ni rasa nak marah ni...!

"..Saya atau awak yang berubah!?Saya ke awak yang dah takde rasa suka?Saya ke awak yang rasa menyampah!?Dan sekarang,siapa yang ada orang lain?!Awak,Ray!!"aku membalas dengan perasaan marah yang tidak lagi tertahan.

Rayyan tersentak.

"..Saya selalu ajak awak keluar..Tapi awak selalu menolak!Kalau sekali dua,boleh lah saya terima tapi ni dah berkali kali!Awak buat apa kat belakang saya,Ray?Awak main dengan perempuan lain,kan?Awak dah tak sukakan saya lagi,kan?Awak mesti dah muak dengan saya..Dan awak mesti dah orang lain sebagai pengganti..

Awak dah nak pergi tinggalkan saya..Kalau awak pun pergi jauh,macam mana dengan saya?Hidup dalam keluarga yang jelas jelas membenci saya..Bukan saya yang minta untuk dilahirkan ke dunia ni...Hidup pun bukannya dapat merasa bahagia,menderita saja..

And then saya kenal awak..Saya fikir awaklah jodoh saya..Yang boleh menjaga dan menyayangi saya..Tapi saya silap..Lelaki sempurna macam awak mana nak pandang perempuan macam saya..Saya bukan taste awak.."kata aku dengan tersedu sedu.Perasaan marah sudah hilang begitu saja.Rasa sebak sangat untuk aku mengungkapkan satu persatu perkataan.

Rayyan bergerak dari kerusinya lalu menghampiri aku.Dia duduk bercangkung disebelah aku yang tengah duduk atas kerusi.

"..Mya..awak cakap a.."

"..nanti,Ray..Saya tak habis cakap lagi.Saya nak awak jujur dengan saya..Awak bersama saya atas sebab apa?Sebab nak permainkan saya je,kan?"soal aku sambil memandang Rayyan dengan mata yang berkaca kaca.

"..Tak,Mya..Saya bersama awak sebab saya memang cintakan awak..Saya nak menjaga dan menyayangi awak sepanjang hidup saya..."bagitahu Rayyan sambil memandang aku dengan pandangan yang sayu.

"..kalau macam tu,boleh awak jelaskan tentang perempuan yang angkat panggilan saya ke telefon awak tu..?Kenapa awak tak angkat?Kenapa mesti orang lain yang angkat?Kenapa perempuan tu."soal aku bertubi tubi.

"..bila..?"

"..bila!?Masa saya call awak tadilah!!"

"..Mya..Awak jangan nak..."

"..saya apa?Jangan nak marah dia sebab dia tak salah?Awak memang dah ada perempuan lain,Ray..!"tempelak aku tanpa memandang dia.

"..dengarlah penjelasan saya dulu,Mya..Dia kakak saya.."kata kata Rayyan membuatkan aku mati kata.Perlahan lahan aku angkat kepala.

"..ye ke..?"soal aku,cuba menutup malu.

Rayyan mengangguk dua kali.

"..masa tu saya tengah tolong papa angkat barang..Sebelum tu,saya dan kakak saya tengah borak kat luar..Bila papa panggil saya untuk tolong dia,saya tinggalkanlah telefon saya kat sana..Awak pun call saya..Saya nak jawab macam mana sebab masa tu saya tengah tolong papa so saya suruh kakak saya angkat..Bila saya datang balik,dia cakap awak dah letak.."bagitahu Rayyan dengan bersungguh sungguh.

Aku menunduk,terkulat kulat sendiri.Menyesal sebab dah tuduh dia yang bukan.Dan lah aku siap menangis tadi.Mesti ada air hidung yang meleleh leleh..

"..I'm sorry..saya tak tahu.."kata aku perlahan.Dari ekor mata,dapat aku lihat yang Rayyan sedang tersenyum.

"it's okay,Mya..Saya faham..Saya tahu perasaan awak sebab saya akui yang kita memang dah lama tak jumpa..Kalau saya jadi awak,saya rasa saya pun akan sembur tunang saya macam awak sembur tunang awak ni.."kata Rayyan sambil tersengih.Aku pandang dia dengan takut takut.

Bila tengok dia sengih,aku pun mahu ikut tersengih.Aku ketawa kecil sambil menutup mulut dengan hujung jari.Ni bukan kes nak cover ayu ke apa..Ni memang tindakan refleks bila aku malu..

"..dah..Saya maafkan awak..Cuma saya nak awak janji dengan saya,jangan buat macam ni lagi..Awak tahu tak,saya risau sangat bila awak tunjuk muka menyampah awak tu..Saya takut awak akan tinggalkan saya.."

"..saya takkan tinggalkan awak,awak yang akan tinggalkan saya.."balas aku cepat cepat.Rayyan menggeleng.

"..tak..Takde apa yang boleh buat saya tinggalkan awak cuma satu..Iaitu kematian..Tu je yang dapat pisahkan saya dengan awak.."bagitahu Rayyan lembut.Aku tersenyum.

"...Promise,takkan tinggalkan saya atas sebab lain?"aku angkat jari kelingking.

Rayyan pun angkat jari yang sama.

"..promise.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience