Bab 48

Drama Series 12355

Aku pandang bahu nikah putih yang tersarung elok pada tubuh aku.Aku masih duduk didepan almari solek.Mak andam sudah pun siap solekkan aku dengan solekan tipis.

Hari ni adalah hari yang paling penting dalam hidup aku.Hari ni,kalau tiada tiupan angin monsun yang melanda,status aku akan berubah 360 darjah daripada seorang gadis yang bebas nak buat apa apa pun kepada gelaran seorang isteri yang kena patuh kepada suami.

Tak dapat dinafikan bahawa aku sangat gembira hari ni.Tapi..entah kenapa..

Hati aku rasa tak sedap je.

Rasa macam something bad akan jadi kejap lagi.Aku harap sangat yang rasa hati aku tu tak betul.Tolonglah!!

Tok!!Tok!!

Aku tersentak.Pintu bilik dikuak dari luar.Aku nampak mama tengah masuk.Aku pandang dia.Dia pandang aku.Aku sememangnya tengah berkira kira sama ada nak mintak restu dia atau tak.

"..mam.."

"apa mama mama!?"potong Puan Nadia terlebih dahulu.Aku mengeluh.

"..Takdelah..Mya..Mya nak mintak restu daripada mama..Izinkan Mya kahwin dengan Rayyan..?"aku pandang dia dengan pandangan yang sarat dengan rasa berharap.

"..huh..tak payah acah baiklah..Nak mintak izin aku bagai..Tak payah mintak,dah lama aku izinkan!Eloklah kau kahwin!Takdelah aku sakit mata tengok kau tinggal kat rumah aku lagi.Kalau boleh,malam ni aku nak kau dah siap blah dari rumah aku..Tapi kau janganlah mengadu kat husband kau..Nanti dia fikir aku ni jahat pulak."

Hati aku terkoyak dengan kata kata Puan Nadia.Ya Allah..Masih adakah manusia yang mempunyai nasib macam aku?Ada mak tapi sama macam takde..Aku patut kena sedar yang aku dah lama jadi anak yatim piatu..

"..baiklah..Mya takkan tinggal di sini lagi..Ma..Mya nak mintak maaf kat mama..Mya tahu selama ni Mya banyak buat salah kat mama.."

"Tahu takpe!!Dah!Kau tak payah berdrama sangat kat sini!Cepat keluar.Orang dah tertunggu tunggu ketibaan orang yang tak cantik mana pun ni nak nikah..."

Aku tarik senyum kelat.Apa apa jelah..Hati,kau sabar sikit ya..?Tak payahlah nak jadi tisu sangat..

Dengan segera,aku keluar dari bilik.Aku berdiri ditangga.Aku nampak ramai tetamu kat bawah tengah tunggu aku.

Aku nampak Rayyan duduk bersila atas satu kusyen putih.Dia tersenyum sahaja sedari tadi.

Tiba tiba aku terasa macam tangan aku ditarik lembut.Aku toleh ke tepi.Aku nampak mama tengah tersenyum manis binti plastik.

"..jom,sayang.."bisik mama,lembut tapi keras pada hakikatnya.Sempat dia jeling aku sekali.

Aku menurut.Aku didudukkan di kusyen yang berbentuk bulat.Aku hanya menunduk.

"..boleh kita mula sekarang?"soal tok kadi yang berkopiah dan berjubah putih itu.Di atas bahunya ada satu kain petak petak warna merah campur putih.

Rayyan,papa dia dan papa aku angguk serentak.

Tok kadi tu mula membaca apa apa yang patut macam kewajipan bagi pasangan suami isteri.Kena hormat menghormati.Kena saling menyayangi dan memahami.

"..Daniel Ar Rayyan bin Nazri..."

"..aku nikahkan dikau dengan Mya Qaisara binti Mohd Fadil dengan mas kahwinnya RM 2800 tunai.."

Aku berdebar debar.Tambahan pula,mata aku acap kali terkena silauan kemera yang si sotong a.k.a jurukamera tu gunakan.

"..aku terima nikahnya Mya Qaisara binti Mohd Fadil dengan mas kahwinnya RM 2800 tunai.."

"..sah??"

"sah!"

"sah!!"

Dengan sekali lafaz,aku sudah sah menjadi isteri kepada Rayyan.Macam apa yang aku selalu tengok kat tv,mesti si lelaki akan pandang isteri dia.Begitu juga dengan Rayyan,dia menoleh dan tersenyum kearah aku.

Aku turut tersenyum.

Lepas baca doa,Rayyan bangun untuk sesi pembatalan wuduk.Dia duduk melutut didepan aku.

Tangan aku ditariknya lembut.Nak terlompat lah jugak bila dia pegang tangan aku.Biasalah tu bagi sesiapa yang tak pernah berpegangan tangan,kan?

"..Assalamualaikum,cintaku.."ucap Rayyan lembut.Senyumannya masih mekar.Tapi..Kenapa aku nampak wajah Rayyan pucat semacam je..?

"..waalaikumsalam.."jawab aku perlahan.

Rayyan tersenyum lagi dan terus menyarungkan sebentuk cincin pada jari manis aku.Sempat aku pandang cincin tu.Plantinum tu!Kau ada!?

Lepas tu,aku salam dan cium tangan dia.

"..cepat cium dahi isteri kamu,Daniel.."bisik Puan Sri Shida yang dari tadi duduk disebelah aku.Rayyan dan aku sama sama tersengih.Apalah mama ni..

Rayyan pegang pipi aku menggunakan kedua dua belah tangannya.Dia mendekatkan wajahnya pada dahi aku.

Satu ciuman didaratkan disitu.

Rayyan tarik tangan aku lembut supaya berdiri disebelahnya.Aku patuh.Rayyan pegang kemas tangan aku.Dihadapan kami ada satu pelamin putih yang di hias cantik dengan bunga bunga pink.

Semasa nak berjalan,tiba tiba aku nampak Rayyan pegang kepalanya.Macam nak jatuh aje mamat ni?

"..awak tak apa apa?"soal aku,risau.

"..ya..saya tak apa apa.."Rayyan cuba mengukirkan senyuman.Tapi kenapa aku nampak macam pahit semacam?

Rayyan dan aku mula berjalan.Tinggal selangkah je lagi untuk kaki kami pijak pelamin...

Tiba tiba,pegangan kami terlepas.

Rayyan jatuh dan tidak sedarkan diri.

Aku campak bunga yang aku pegang tadi ketepi,sempat aku nampak bunga tadi mendarat diatas kepala budak lelaki botak yang tengah kupas telur rebus.

Aku mendapatkan Rayyan.Aku tampar lembut pipinya.Apa ni!?Rayyan dah mati ke?Janganlah tinggal aku lagi!?Bukankah mati pada hari perkahwinan itu adalah sesuatu yang kelakar..?Rayyan,bangunlah.

Ramai orang mula datang mendekat.Puan Sri Shida dan Tan Sri Nazri pun nampak terkejut sangat.

Tanpa sedar,air mata aku menitis dipipi.Pandangan aku mula berbalam balam.

Akhirnya aku pengsan disebelah Rayyan dengan air mata yang terasa hangat.

Share this novel

aizaYana
2020-03-07 22:34:07 

rayyan sakit ke...

aizaYana
2020-03-07 22:33:47 

rayyan sakit ke...

aizaYana
2020-03-07 22:33:25 

rayyan sakit ke...


NovelPlus Premium

The best ads free experience