Bab 59

Drama Series 12355

Rayyan terjaga.Perlahan lahan dia membuka mata.Perkara pertama yang terlintas difikiran adalah soalan 'aku kat mana?'

Rayyan memerhati disekelilingnya.Tempat ni nampak macam tempat terbiar aje.Dengan sarang labah labahnya yang melekat disana sini.Keadaannya yang berkabus....


Rayyan melihat kedudukannya.Dia duduk dan diikat dikerusi yang berhabuk.

'...kenapa aku boleh ada kat sini?Siapa yang bawak aku datang sini?'soal Rayyan kepada dirinya sendiri.

Denyutan dikepala masih terasa.Dia memegang belakang kepalanya itu lama.Ada kesan pukulan disitu.

Tiba tiba Rayyan terdengar bunyi keriutan pintu.Rayyan melihat ada seorang lelaki sedang datang menghampiri.Rayyan tak boleh nampak wajah lelaki itu sebab dia pakai topeng hitam.

"..kau dah sedar,Rayyan?"soal lelaki itu tapi dengan suara kasar daripada biasa.Macam bunyi robot tengah bercakap.

"..macam mana?Best ke kena pukul?"soal lelaki itu lagi sebelum ketawa.

Rayyan masih diam.Dia tak tahu apakah motif lelaki itu sampaikan dia diculik sebegini.

"..kau siapa?"soal Rayyan buat pertama kali.

Lelaki itu diam.

"..kau tak perlu tahu siapa aku.."ujarnya lambat lambat.

"..kau nak apa?"soal Rayyan lagi.

"..wife kau."balas lelaki bertopeng itu pantas.

Rayyan terkejut.

"..kenapa kau nak dia?Dia milik aku!"marah Rayyan apabila mendengar permintaan lelaki yang bersembunyi disebalik topeng itu.

"..aku tahulah dia tu milik kau..sebab tu aku cakap yang aku nak dia.."balas lelaki itu lalu ketawa sendiri.

"..kenapa kau nak dia?Dah takde orang lain ke yang kau nak selain wife aku sendiri?"soal Rayyan agak kedengaran bengang.

"..aku dah lama sukakan dia.Dah lama sangat.Kalau kau nak tahu,sebelum kau dan dia bertemu..Aku ni dah terlebih dahulu sukakan dia..Tapi dia yang tak sedar akan semua tu."balas lelaki itu lalu duduk bercangkung didepan Rayyan.

"...dan aku tak faham..macam mana kau boleh dapat dia dalam masa sesingkat ni eh?Korang kenal tak lama pun.."sambung lelaki itu.

Rayyan diam.

"..jadi,sekarang kau nak aku buat apa?"soal Rayyan.Agak penat kerana masih belum boleh keluar dari situ.

"..aku tak nak suruh kau buat apa apa pun..cuma aku nak ingatkan kau sesuatu.."kata lelaki itu lalu menjeda seketika.

"..jangan terlalu berasa bahagia kerana dapat dia..Kau tahu tak,berasa gembira atas sengsara orang lain tu tak elok jugak..Kau kena berhati hati sikitlah..sebab dah terlalu banyak plan yang aku fikirkan untuk dapatkan dia.."ujar lelaki itu lalu bangun berdiri.

"..aku boleh je kalau nak perangkap dia..Letak ubat tidur dalam minuman dia seperti yang selalu kita tengok dalam tv.Bila dia dah kena perangkap,bolehlah kami panaskan badan seround.."

Rayyan rasa macam nak terajang saja mulut lelaki itu.Tapi apakan daya..Rayyan tak mampu nak buat semua tu sebab dia terikat dikerusi.

"...sejak kau jadi husband dia ni..macam macam mana first night korang?Best?Ke kau belum sentuh dia..?Oh,lupalah yang hari korang nikah,kau sakit....Masuk hospital kan..?Ish,ish,ish...kesian betul kat korang...


Tulah..lain kali janganlah nak bergembira diaatas kesedihan orang lain..Lain kali bila dah berjaya naik ke atas jangan lupa untuk pandang bawah..Tengok sikit macam mana orang lain yang terluka tengok kau bahagia..."ujar lelaki itu panjang.

"..ok,lah..tu je yang aku nak pesan..Harapnya,janganlah kau ambil serius sangat pasal ni...ok?Aku pergi dulu..Nanti akan ada orang yang akan bebaskan kau..Tak payah pergi balailah untuk buat report sebab kau takde bukti jugak...Telefon kau dan kunci kereta kau ada kat sana..Ok?Selamat tinggal.."

Lelaki itu bergerak keluar dari tempat itu.

Tak sampai lima minit,ada dua orang lelaki datang.Mereka membuka ikatan yang mengikat tubuh Rayyan.

Rayyan diam sahaja semasa dalam perjalanan kerumah.Sungguh!Dia mula berasa bimbangkan keselamatan mereka.

Selama ni,Mya diburu ke?

Ya Allah..Permudahkanlah segala urusan hamba mu ini..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience