Bab 53

Drama Series 12355

Selepas solat,aku mandi.Sebelum masuk kedalam bilik mandi,aku sempat ambil pakaian ganti.Aku masih tak bersedia didepan Rayyan walaupun dia ialah suami aku sendiri.

Aku keluar dari bilik air dengan lengkap berpakaian.Aku keringkan rambut di depan almari solek.Sempat aku nampak Rayyan sedang berdiri di balkoni.

Ambil angin mungkin.

Rayyan masuk kedalam bilik.

"..awak nak pergi mana?"soal Rayyan yang berdiri dihadapan aku.

"..nak kedapur..Nak tolong mama apa apa yang patut..Tak baik biarkan mama sediakan sarapan sorang sorang.."balas aku jujur.

Rayyan tersenyum dan mengangguk

"...saya turun dulu.."beritahu aku lalu mahu memulas tombol pintu.

Tiba tiba Rayyan memegang tangan aku.Aku menoleh sambil melihat tangan aku yang berada dalam genggamannya.

Aku pandang dia.

"..ada apa?"

"..Haris mungkin akan bersarapan kat sini..Saya takut awak tak bersedia berhadapan dengannya.."beritahu Rayyan dengan maksud yang tersirat.

Oh,maksudnya..Dia minta aku supaya pakai tudung awal awal?Ok..

Aku mencapai tudung sarung warna biru gelap dan lekas lekas memakainya.Aku melemparkan sebuah senyuman kepada Rayyan.

"..thanks sebab ingatkan saya.."ucap aku.

"..welcome..Saya buat macam tu sebab..."Aku pandang dia.

"..saya nak bimbing awak ke syurga..Saya taknak kita terlalu leka dengan dunia sampaikan kita terheret ke neraka.."

"..sebab"

"..Saya cintakan awak kerana Dia"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience