Hari ini ialah hari kedua dalam bulan May.Kelmarin papa dan Tan Sri Nazri serta Puan Sri Shida datang kerumah papa untuk sesi perbincangan majlis perkahwinan aku.
Bincang punya bincang,akhirnya kedua dua pihak bersepakat untuk mengadakan majlis pertunangan antara aku dan Rayyan pada hujung bulan ni.Rayyan yang minta dan aku turutkan saja sebab aku malas nak tunggu lama lama.Bosan tau duduk kat sini,asyik asyik aku yang kena bahan.Asyik asyik aku yang jadi kuli.Lepas siap sesi bincang berbincang tu,papa ajak mama dan papa Rayyan makan tengah hari sama sama.
Bukan main lagi papa dan mama aku layan aku.Terlebih daripada layanan tuan puteri.Biasanya diorang layan aku macam cinderella.Huh.Korang ingat aku terharu ke bila korang layan aku macam minyak yang ditatang penuh sampai nak tumpah semuanya?Sorry sikit...
***
Malam tu...Rayyan ajak aku keluar.Aku ikut je.Terus aku keluar dengan Rayyan tanpa mintak izin daripada mama dan papa.Biarlah,diorang bukan kisah pun... Rayyan ajak aku pergi jalan jalan di ekspo.Terhibur jugak hati aku bila tengok budak budak main permainan yang seronok.
Aku apa lagi,bukannya boleh kalau tak main sama.Aku ajak Rayyan naik kuda pusing.Lepas tu dia ajak aku masuk kedalam rumah hantu.Kata Rayyan,dia saja nak tengok aku.Nak juga dia tahu bagaimanakah aku yang sebenarnya.Adakah penakut tahap kencing dalam seluar ataupun tak rasa apa apa.Aku pun cakaplah yang aku langsung tak berasa takut bila masuk.Saja aku auta dia.Banyaklah aku tak takut.Masuk pun tak pernah,ada hati nak cakap besar.
Tapi bila masuk...erm..Jujur aku katakan bahawa seram jugaklah dekorasi rumah hantu tu.Dengan maskot hantunya,dengan pocongnya yang ada kesan tanah kubur..grr..Lepas tu ada jugak drakula yang tiba tiba datang menjengah.Ada toyol yang berlari laju laju..Ada kuntilanak yang mengilai sambil melibas libaskan baju kelawarnya yang labuh meleret leret.Bukan setakat terkencing,terberak pun boleh aku rasa..
Tapi aku ni bukannya perempuan yang gedik.Takde pulak aku gatal pergi peluk Rayyan walaupun aku rasa macam nak peluk dia sebab terlalu takut.
Ho ho ho..Biasalah,aku ni aku..Aku tetap aku dan selama lamanya akan kekal menjadi aku..Aku takkan sesekali berubah menjadi gadis lain..Terutamanya Nia.Benci!
***Aku berjalan beriringan dengan Rayyan.Angin yang menyapa wajahku terasa sangat sejuk..Mendamaikan jiwa aku.Tidak lama kemudian,kami berhenti berjalan.Rayyan mengajak aku supaya duduk dibangku.Rayyan tunjuk kelip kelip yang berterbangan.Cantiknya..Tanpa sedar,aku tersenyum..
"...Mya.."seru Rayyan.Aku menoleh kearahnya.
"..awak.. awak cintakan saya tak..?"soal Rayyan tiba tiba.Aku mengerutkan dahi.
"..awak tanya apa ni?Mestilah saya cintakan awak.."balas aku,jujur.Rayyan mengangguk."..kenapa awak tanya..?"soal aku pula.Rayyan diam sahaja sambil tersenyum.
"..saja..Takut awak berubah hati.."katanya setelah itu.Senyumanku mati."..berubah hati..?Berubah hati tentang apa..?"soal aku kerana betul betul tak faham.
"...saya takut awak berpura pura cintakan saya..saya takut awak terima dan cakap yang awak cintakan saya hanya sebab awak kesiankan saya.."balas Rayyan,perlahan.Aku pandang dia lagi."..Apa ni Ray?Selama ni awak tak percayakan cinta saya ke..?"soal aku agak sensetif.Dia pantas menafikannya.
"..tak..bukannya macam tu..tapi..macam tulah.."kata Rayyan berputar belit.Dia menggaru dagunya.Buntu jawapan,mungkin.Aku menggeleng."..bila saya dah cakap yang saya cintakan awak,that's mean saya memang betul betul maksudkannya..Awak cinta hati saya yang pertama..Dan akan menjadi cinta terakhir dalam hidup saya.."beritahu aku dalam nada lembut
Share this novel