Aku semakin panik!Dapat aku rasa bahawa tiga orang lelaki tu sudah masuk kedalam rumah aku.Aku macam mana?Yang paling penting sekarang adalah nyawa aku.Aku check sama ada pintu bilik berkunci atau tak..Fuhh..Nasib baik kunci.
Aku nak menyorok kat mana ni!?Nia dan nenek sah sah akan balik lewat sebab diorang baru je keluar tadi..Mama papa?Malaslah fikir pasal diorang.Kalau aku bagitahu pun,mustahil diorang akan tempah tiket balik sini dengan segera.Agak agaknya diorang dah melompat gembira kalau tahu yang nyawa aku dalam bahaya.
Patutke aku menyorok kat dalam almari!?Tak boleh..Lambat laun diorang akan jumpa aku jugak!Untuk melambatkan proses mereka menemui aku,aku harus matikan lampu!Dalam gelap,pasti sangat sukar untuk aku ditemui.Terus aku tutup lampu.
Laju je tangan aku pergi capai gitar yang elok tersandar didinding.Gitar pemberian atuk aku..Sejak aku berumur tujuh tahun lagi aku dah ada gitar ni..Aku sangat sayangkan gitar ni walaupun dah buruk..Sebab ni pemberian arwah atuk aku yang paling aku sayang.
..Maafkan Mya,atuk!Maafkan Mya sebab hancurkan gitar pemberian atuk..!Bukan niat Mya untuk musnahkan pemberian atuk..Mya terpaksa..Tapi ketahuilah..Walaupun gitar ni akan musnah kejap saja lagi,Mya nak atuk tahu yang kasih Mya terhadap atuk takkan pernah padam..
Aku angkat tangan sambil pegang kepala gitar tu tinggi tinggi.Aku pejam mata.Dengan sekuat hati,aku menghayunkan gitar tu pada lampu yang tengah bernyala.
GANGGG!!!Aku tahu itulah bunyi lampu yang telah pecah..Hahaha!Padan muka penjahat tu,diorang takkan jumpa aku dengan suasana gelap macam ni!
Aku buka mata dan..
Eh!Apasal lampu masih bernyala?Habis?Benda apa yang berbunyi gedegang tadi!?Aku pandang gitar ditangan aku.Omg!!!Gitar aku dah terbelah dua!!
Aku melutut,meratapi 'kematian' kawan baik ku itu.
Tengah tengah berfeeling sedih,tiba tiba pintu bilik ku diketuk dengan kuat.Terkejut beruk aku kat situ.Aku nampak tombol pintu dipulas pulas dari luar..
Dalam waktu yang sama,aku nampak ada kasut yang dipakai diluar bilik.Sangat jelas kasut itu kerana ada sumber cahaya dari luar..Tersangat jelas sampaikan aku boleh nampak tanda harga'RM32 quick sale' pada muncung kasut tu.
Lepas tu aku dengar tombol itu seolah olah dicungkil dari luar.Macam mana ni?Mereka sudah semakin hampir sedangkan aku masih ada didalam bilik ni tanpa arah tuju.
Tidak lama kemudian,pintu berjaya dibuka.
****
"..aik!gelapnya.."tegur Dol.
"..sebab lampu tak buka.."balas Jai.
"..banyak cakap pulak!Pergi pasang lampu!"arah yang bertubuh besar.Aku dengar perbualan itu sambil cuba menahan nafas bagi tidak menghasilkan apa apa bunyi..Keadaan aku begitu menyakitkan sekarang.
Lampu bernyala.Habis seluruh bilik tu diorang geledah.
"..takdelah .."kata Jai lalu mengeluh.
"..mesti ada punya.."kata Dol pula.
"..kot dia dah masuk kebilik lain?Rumah ni bukan ada satu bilik je.."ujar Jai pula lalu mahu beredar bersama Dol.Namun tiba tiba je orang yang paling gemuk tu menghalang.
"..tunggu!"
"..aku rasa pompuan tu masih disini.."
"..kat mana?"soal Dol.Yang gemuk tu tidak menjawab.Perlahan lahan dia mendekati tingkap yang terbuka.
Dalam masa yang sama,aku sedang berpaut pada palang besi ditepi tingkap di bahagian luar bilik.Aku pandang kanan,takut takut ada orang boleh kesan aku yang tengah terseksa kat sini.
"..hai.."aku dengar satu suara menyapa.Aku pandang tingkap,takde sesiapa pun..Pelik.
"..bukan tingkap sana..Sini lah.."suara itu kedengaran lagi sebelum bahu ku dicuit oleh seseorang.Aku menoleh kesebelah kiri pula.Depan mata,aku nampak si gemuk tu tengah tersengih jahat.Oh!Aku lupa pulak yang aku berada di antara dua tingkap.Satu terbuka,satu lagi tertutup.
Aku terlalu fokuskan tingkap yang terbuka sehingga aku abaikan tentang tingkap yang tertutup.Dan sekarang aku kena akur yang penjahat tu tengah pandang aku melalui tingkap yang sebenarnya tertutup tadi.
"..argghhhhh!!!"aku menjerit lalu menumbuk pipi si gemuk tu kuat.Lelaki tu meraung hebat.Aku tak kira,aku nak terjun jugak dari tingkap ni!Biarlah risikonya besar pun!!Yang penting aku harus lari!!!
Dengan sekuat hati,aku melompat dari situ.
Share this novel