Bab 39

Drama Series 12355

Hari ni,aku sudah sah bergelar tunangan orang.Simple simple je majlis yang kami buat.Cukuplah sekadar menghidangkan mi hoon goreng dan nasi dagang..Air teh suam dan kuih muih yang beraneka warna..Cukuplah tu,nak makan banyak banyak...

Macam biasa,bila ada majlis..mesti ada sesi bergambar.Puan Sri Shida ajak aku bergambar dengan dia.Tan Sri Nazri pun tak terkecuali.Ada jugak gambar aku dan Rayyan berdua di masjid.Berempat dengan mama dan papa dia.Berenam kalau dengan kakak Rayyan dan abang ipar Rayyan.

Dan bersepuluh jika bergambar bersama dengan mama dan papa aku serta nenek dan Nia kesayangan mereka.Nak taknak,aku terpaksa maniskan muka.Taknak bagi nampak sangat yang hubungan kami tak baik..Sebab taknak diorang malu sebenarnya.Aku ni bukannya kejam sangat.

Tapi kan..Aku perasan muka Nia masam sangat.Macam jeruk dalam tabung yang duduk dalam peti rosak yang membusuk selama bertahun tahun.Dengkilah tu sebab aku ada tunang kacak.Haris dia tu langsung tak layak nak dibandingkan dengan kekacakan yang dimiliki Rayyan.Nak buat ujibakat pun tak lepas..

Baru je aku teringatkan Haris si bedebah tu,tiba tiba aku ternampak mamat tu tengah tercegat dimuka pintu masjid.Dia pakai baju warna kelabu lengan pendek bersama seluar jean biru yang pudar warnanya pada bahagian lutut.Tren lah tu.

Ingat dia saja pun dah cukup untuk buat aku sakit hati..Apatah lagi bila nampak muka gatal dia.

Blah lagi baiklah!

***

Semua orang sudah beransur untuk pulang.Tinggal lah aku dan Rayyan serta mama dan papa dia.Puan Sri Shida meminta diri untuk pulang dahulu.Katanya ada mesyuarat butik yang diusahanya.

Tinggallah aku dan Rayyan.Kami bergerak ke bawah pokok mangga yang teduh.Elok pulak kat bawah tu ada satu bangsal yang dah nak roboh tapi masih boleh untuk di duduk.

Baju pertunangan kami warna ungu.Aku yang minta.Dan Rayyan cakap dia tak kisah.

"..Mya..Awak nak tahu tak..?"

"taknak tahu.."pantas,aku membalas.

"..ok.."aku pandang Rayyan bila dia cakap macam tu.Apa ni?Dia merajuk ke..Hik hik..ingat comellah tu buat muka merajuk..?Tapi memang comel pun.

"saya gurau jelah.Merajuk lah tu.."aku cuba memujuknya.Rayyan pun terus tersenyum.Rayyan nampak kacak sangat hari ni.Bukannya aku nak kata yang selama ni dia tak kacak tapi hari ni lagi kacak dari kebiasaannya yang memang dah kacak nak mampus.

Rayyan tampak tampan dengan baju melayu warna ungu yang dipakainya.Songkok hitam dan kain sampin sutera yang berwarna putih bercampur kuning keemasan itu membuatkan Rayyan bertambah kacak.

Hari ni aku baru sedar yang muka Rayyan ada iras iras dengan pelakon china yang bernama Ma Tian Yu.Ada jugak orang panggil Ma Tian Yu tu sebagai Ray Ma..Betul..sama sangat..Patutlah selama ni aku rasa macam pernah nampak..

(kalau nak imagine camne muka Rayyan,please search kat google.Jangan kutuk kalau ada yang tak suka dia!)

"..awak nak cakap apa tadi?"soal aku.

"..saya sayang awak."aku pandang dia.

"..Ha?Tak tak..Maksud saya,awak nak cakap apa kat saya tadi..?"ulang aku lagi.

"..saya sayangkan awak..Betullah.."balas Rayyan lepas tu.Aku hanya diam sambil mengangguk perlahan.Ya..Aku tahu hakikat tu..

Aku pandang ke atas pokok.Nampak ada beberapa ekor burung tengah terbang kesana sini..

"..bebas betul diorang..Kalau lah saya pun bebas macam tu.."tanpa sedar,aku meluahkan rasa yang tersimpan didada.Dari ekor mata,aku nampak Rayyan menoleh ke arah aku.

"..Just wait,Mya..Tak lama lagi,awak akan bebas..Bersama saya sebagai suami awak yang sah.."beritahu Rayyan.Kata katanya membuatkan aku berasa sebak sendiri.Entahlah..kenapa aku rasa sedih semacam..Macam tak biasa pulak dengar Rayyan cakap macam tu.

"..mungkin..Kalau tuhan izinkan saya.."sambung Rayyan perlahan

Aku tak berapa nak dengar sangat sebab Rayyan berkata dalam nada sangat perlahan."..Awak cakap apa tadi?"soal aku mahu meminta kepastian.

"..tak..mana ada saya cakap apa apa.."Dan aku hanya mengangguk.Malas nak tanya itu ini.Mungkin apa yang Rayyan cakap tadi tak penting mana jadi dia sendiri pun malas nak ulang lagi.

Aku pandang pokok yang menghijau.

"..Cuba awak tengok pokok pokok tu..Diorang menarilah.."bagitahu aku sambil menunjukkan pokok kelapa yang bergerak kekanan dan kekiri ditiup angin.

Rayyan tersenyum.

"..diorang akan menari lebih lagi kalau ada lagu.."bagitahu Rayyan.

"..lagu..?Hm..Handphone saya tertinggal dalam keretalah,Ray..Awak bawak handphone tak?Saya nak pasang lagu."soal aku lalu pandang Rayyan.Rayyan mengangguk."..tapi handphone saya takde apa apa lagu.."bagitahu Rayyan.

Aku diam lalu lambat lambat mengangguk.

"..tapi saya boleh nyanyikan lagu.."

aku pandang dia tengah mata yang bersinar sinar."..are you serious?"

Rayyan mengangguk.

"..cuba nyanyi.."suruh aku.Rayyan mengangguk lagi."..tapi lagu apa..?"

"..lagu apa yang awak boleh bawa?"soal aku kembali.Dia angkat bahu tanda tak pasti.

"..ikut suka awaklah,Ray..Saya tak kisah.."

Rayyan mengambil nafas.

"..oi adek berjilbab ungu..
cantik manis cak ulat bulu..
kirim salam ayah dan ibu..
tamat kuliah jadi menantu.."

Aku terpesona dengan nyanyiannya..Elok pulak aku pakai tudung warna ungu.Memang terbaiklah..

Rayyan semakin asyik menyanyi.

"..kakak janji bakal setia..
bimbing adek sampai ke syurga..
dunia ini hanya sementara..
Payu gancang ki..."

tiba tiba..

UHUKK UHUKK!

Aku terkejut.Aku nampak Rayyan sedang batuk.Dia menutup mulut dan hidungnya dengan tangannya.Aku tak tahu nak buat apa.Takkanlah aku nak pergi gosok belakang dia..Lama jugak dia batuk.Nampak perit je dia saat melepaskan batuk batuk itu.Batuknya yang terakhir,Rayyan masih menutup mulutnya lama.

Tiba tiba Rayyan berdiri.Dia buat isyarat mahu pergi ke tandas kat masjid.Aku benarkan sahaja..Mungkin Rayyan nak demam kut..Yalah..Keadaan sekarang tak berapa nak sihat sangat.Coronavirus...

***

Rayyan terbatuk batuk sendiri sambil memegang tekaknya yang perit.Dia batuk lagi dan tiba tiba ada cecair pekat mula keluar dari mulutnya.Rayyan menyentuh cecair merah itu kemudian dia batuk dan batuk lagi.

Bila dah agak lega,Rayyan tersandar didinding.Dia memegang dadanya berombak kencang oleh kerana terlalu banyak melepaskan batuk.

"..maafkan saya,Mya..Maafkan saya sebab merahsiakan penyakit saya daripada awak..Saya takut awak sedih bila tahu yang saya sakit..oleh sebab tu,saya bertekad untuk tak beritahu kepada awak..


Saya bukan nak belakangkan awak..tapi..saya rasa,lebih baik jika saya sendiri saja yang menanggung derita ni.."bisik Rayyan perlahan.

"..maafkan saya.."tanpa sedar,air matanya gugur setitik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience