Bab 35

Drama Series 12355

Aku dah selesai mandi wajib setelah seminggu tidak boleh bersolat.Aku capai sejadah lalu menghamparkannya mengikut arah kiblat.Telekung solat yang berwarna putih bersih itu aku pakai.Kemudian aku solat dengan penuh khusyuk.Hampir 5 minit,akhirnya aku sudah selesai solat.

Aku duduk,berteleku diatas hamparan sejadah.Aku menadah tangan dan pandangan aku jatuh kepada telapak tanganku.

"..Aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Dia yang Hidup dan Berdiri Dengan SendiriNya, dan aku bertaubat kepada-Nya

Tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kerajaan, bagi-Nya segala puja. Dialah yang menghidupkan (orang yang sudah mati atau memberi roh janin yang akan dilahirkan) dan yang mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu

Ya Allah Tuhan kami, jauhkanlah kami dari api neraka

Ya Allah, Engkau sejahtera, dan daripada Engkau kesejahteraan, dan kepada Engkau kembalinya kesejahteraan itu, maka hidupkan kami dengan kesejahteraan, dan masukkanlah kami kedalam syurga, negeri yang aman sejahtera

Bertambah-tambah berkat-Mu, Tuhan kami, dan Maha Kuasa, wahai Tuhan yang Maha Besar dan Maha Mulia

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.Tunjukilah kami jalan yang lurus.Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Dan Tuhanku ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani...

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)."

Aku mengaminkan doa aku yang panjang itu.Kemudian aku lipat sejadah dan sidai pada rak yang memang disediakan.Aku sangkut telekung solat kat situ juga.Baru aku nak ke luar bilik,tiba tiba telefon aku yang terletak diatas tilam itu berdering.

Aku mencapai telefon.Siapa pulak yang call ni..?Aku tak simpan nombor dia.Takut lah pulak nak jawab.Entah entah scamer ke apa..Ada orang nak pukau ke..Menyamar jadi anggota kastam ke..Isy,seramnya.

Aku abaikan panggilan tu lalu mahu bangun.Tiba tiba telefon ku berbunyi lagi tapi kali ni bukan ada orang telefon sebaliknya telefon aku berbunyi pendek,menandakan ada pesanan whatsapp masuk.Aku buka password dan buka aplikasi whatsapp tu.

Hampir luruh jantung aku bila baca mesej whatsapp tu.

"..Hi,Mya..Long time no see you..I ni,Haris"

Apa ni!?Macam mana dia boleh ada nombor telefon aku.Aku tahulah aku ni famous nak mampus tapi janganlah curi hal hal peribadi aku macam ni!

Aku ingat nak abaikan saja mesej tu tapi tiba tiba Haris hantar satu lagi pesanan yang buat aku hampir hampir terjeluak kat situ.

"..You buat apa...?Apa?Tengah landing atas katil?You taknak ajak i sekali ke..?Elok pula i tengah pakai towel je ni.."

Lepas tu Haris hantar gambar dia yang tengah berbaring atas katil.Aku rasa gambar tu baru sehaja ditangkap kot sebab dia memang betul betul pakai tuala je.Tuala tu hanya melilit pada bahagian bawah pinggangnya.

Dah lah dia ambil gambar dari tepi.Tangan dia yang tengah pegang telefon tu terangkat sikit,membuatkan aku nampak bulu ketiaknya yang panjang panjang.Entah entah ada kutu kat situ.

"..kenapa you tak reply,sayang?You malu pada biy ye..?Alaa..janganlah malu,macam tak biasa pula tengok keadaan biy macam ni..Lebih daripada ni,sayang kan dah puas tengok?"

Aku mengurut ngurut tekak yang tiba tiba terasa loya.Uweekk..apa ke bengong je jantan ni?Dia ni dah gila ke apa?Sewel betul,pergi mampus lagi senang lah!

"..eyh kau ingat aku hamak sangat ke kat kau!?Tengok muka kau pun buat aku nak termuntah,ni kan body kau yang berkerok lunyai nyengg tu..Aku tak hadap lah!"

aku tekan butang 'send'.Tak sampai seminit,dia membalas.

"..Oh..you cakap body i berkerok,lunyai nyeng ye..?Kalau macam tu,mesti body you lawa..You taknak kongsi dengan i ke..?Dapat pahala tau kalau kongsi benda yang orang lain suka..You kan alim,warak..?Mesti you suka dapat pahala free kan?Cepatlah,sayang..Biy tunggu ni..Oh,ke sayang segan nak send kat sini..Apa?Nak bagi biy tengok secara live?Boleh je..Nanti biy jemput sayang kat rumah..lepas tu kita check in hotel ye sayang..I tak kisah kalau hotel tu mahal nak mampus asalkan you suka..I can do anything for you,sayang.."

Kali ni aku rasa memang betul betul nak muntah.Dapat aku rasakan sesuatu tengah nak naik keatas dari dalam perut ku.Aku terus berlari ke dalam bilik air dan memuntahkan segala isi perut didalam mangkuk jambang.Aku berpaut pada birai mangkuk jambang tu.Bila aku rasa macam ada benda nak keluar,aku terus keluarkan.

grr..uwekk..uwekk..

Kemudian aku keluar dengan tubuh yang lesu.Dah takde tenaga nak berjalan cepat cepat..Aku capai telefon tu.Aku nampak ada banyak gambar selfie yang Haris hantar yang kononnya nak nampak macho.Terus aku delete kesemua gambar poyo dia tu.

Dan dengan perasaan geram,aku block nombor dia.Biar dia nyah dari sini!!Dia memang dah betul betul melampau.Berani dia buat aku macam ni.

Boleh blah ahh..!

*****

Assalamualaikum,readers..Macam mana dengan bab kali ni?Syok tak?Maaf ye kalau ada bahasa bahasa yang agak tak enak didengar kat dalam bab ni..Zelo cuma tulis apa yang boleh berlaku.Maaf ye..

Btw,Sekali lagi Zelo nak cakap.Petang nanti dalam pukul 5 setengah,Zelo dah nak balik asrama..Pastu mungkin akan balik semula kerumah pada hari khamis,6/2/2020..(Kalau tak salahlah..)

Ni bermakna,Zelo tak dapat nak update cerita ni dalam tempoh masa tu.Tapi,in syaa Allah..Zelo akan sambung semula bila Zelo dah balik nanti.Korang janganlah lupakan Zelo dan story ni walaupun Zelo dah tak muncul..Buat pengetahuan semua,reader reader Zelo semuanya ada kat hati Zelo.Zelo saaaayannngg sangat kat kamu semua..

muahh cikit..

Bye bye semua..bye bye Dia Selalu Ada..Dan bye bye kepada semua reader yang SELALU ADA,selalu menunggu akan sambungan story ni.

tata~

>_<

(ZELO BENCI ASRAMA!)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience