Bab 36

Drama Series 12355

Aku turun kedapur.Tiba tiba je perut terasa lapar.Tekak rasa macam nak telan maggi kari je sekarang ni.Campur pulak dengan telur sebiji,cendawan,ayam yang dipotong kecil kecil..Sotong ke,ketam ke..perrghh!Padu beb!!


Aku buka kabinet.Perlahan lahan aku keluarkan plastik yang berwarna hijau.Tadi aku ada beli beberapa bungkus maggi kari sebelum balik ke rumah...Bercadang kut kut lapar masa lewat malam..

Aku ambik sebungkus.Setelah masukkan dua cawan air kedalam periuk kecil,aku letak periuk tu atas dapur gas dan biarkan air tu masak dahulu.Setelah agak mendidih,aku masukkan maggi.

Sementara menunggu mee tu lembut,aku keluarkan ayam yang berada didalam peti dan potong kecil kecil.Sotong takde,ketam pun takde..Haih..biarlah..Ayam saja pun dah cukup kut..

Aku pecahkan sebiji telur ke dalam periuk.Aku campakkan potongan ayam tu.Ewahh..Gaya aku dah macam chef profesional aje..Hik hik..

Ketakk!!Aku tutup dapur gas.

Aku masukkan maggi yang dah siap tu kedalam satu mangkuk kaca yang sederhana besar.Baunya...

emm..Sedapnya..Tak sabar nak makan.

Aku bawanya ke meja makan.Tarik kerusi.Duduk.Tadah tangan.Baca doa.Amin....

Aku capai garfu yang memang tersedia di dalam bekas atas meja makan tu.Aku nganga mulut luas luas..Aaaa..Terus aku suap sekali.

erm..sedap sangat.

Aku sambung makan.Tiba tiba Nia datang.

"..eh,bagi aku maggi tu.."Mintak Nia tiba tiba.Aku pandang dia atas bawah.Kau ni dah kenapa.Dah tak siuman ke.

"..sorry,aku tak cukup baik lagi nak kongsi makanan dengan orang lain saat aku tengah lapar.."balas aku.Dengan selamba, aku menyuap sekali lagi sambil mata memandang dia.

"..lebih lebih lagi,orang tu ialah kau.."

Sambung aku sebaik sahaja aku telan maggi yang aku suap tadi.

Nia pandang aku dengan pandangan meluat.

Dan aku pun balas pandangan dia macam orang berasa nak terjeluak.Sengaja aku buat muka geli geleman bila tengok muka dia.Saja aku nak tengok dia sakit hati sebab selama ni dia dah banyak sangat sakitkan hati aku.Kisah apa aku kalau dia terasa hati ke apa..Selama ni dia bukan peduli pun kalau aku terasa.

"..kau ni sombonglah,Mya!Orang cakap nak tu,maknanya nak lah!!Kau ni tak boleh ke sehari tak payah buat aku marah!?Sekarang ni aku lapar..!Dan aku nak makan,kau faham tak Mya!?"tengking Nia tiba tiba.Aku..?Aku langsung tak tersentak ke apa..Buat apa nak tersentak bagai?

"..ni..?"aku tunjuk maggi kat depan aku sambil pandang dia."..kau nak?"soal aku dan aku nampak Nia mengangguk laju.

"..kau pergi dapur,do it yourself.."

Nia mengetap bibir apabila terasa macam dirinya dipermainkan.Laju sahaja tangan dia menolak tubuh aku,membuatkan aku terlentang ke belakang bersama kerusi yang terbalik sama.

Aku menyeringai sakit.Aku pegang siku aku yang terkena dinding.Aku pandang Nia.Aku nampak Nia menjelirkan lidah ke arah aku lalu dengan selambanya,dia membawa lari mangkuk maggi aku tu ke ruang tamu.

Aku cuba mengangkat tangan namun tak boleh.Aku cuba lagi,namun rasa sakit yang aku dapat.Ya Allah..dah patah ke tangan aku ni...?Sakit sangat ni,Ya Allah.

Tapi takkanlah aku nak duduk kat sini je.Nak taknak aku terpaksa bangun.Aku tahan rasa sakit tu...Perlahan lahan aku naik ke tingkat atas dan masuk kedalam bilik tidur ku.

Aku duduk diatas katil...Peristiwa yang berlaku sekitar aku berusia 16 tahun bermain main di ingatan.

***

"kau jangan cuba cuba nak rapat dengan Mamat..!Dia tu hak milik kami!Kau tu sape nak berjalan kat sebelah dia!!?"soal seorang gadis tingkatan 5 yang bernama Sitti.

"..entahnya!!Kalau betul kau minat sangat kat dia,tengok jelah dari jauh!!!"sambung kawan gadis itu yang bernama Farah.Mereka dengan selambanya menunjal nunjal kepala Nia sehingga hampir tercabut tudung gadis itu.

Aku yang baru nak naik tangga tu terus meluru ke arah Nia.Dengan perasaan geram,aku menepis tangan Sitti dan Farah yang suka suka hati je pergi tonyoh kepala Nia hanya kerana berebutkan seorang lelaki yang nama famousnya ialah 'Mamat'.Nama sebenar lelaki tu ialah Rahmat.

"..kau takde hak nak main kepala dia!"jerit aku,keras nadanya.

"eh kau ni baru form 4,tapi dah pandai nak melawan..!Kurang ajar kau ni!Aku ni senior kau,kau tahu tak!!?"Marah Farah.

Aku buat tak peduli.Peduli apa aku dia tu tua daripada aku ke tak..Sekalipun dia tu dah berumur 70,aku tetap takkan hormat dia sebab dia yang ajar aku jadi taknak hormat dia!Bukan aku yang gatal taknak hormat!

"..Suka hati aku lah nak biadab ke apa!Aku buat macam ni sebab kau yang main kasar kat adik aku!Kau takde hak nak tonyoh dia!!Nia ni adik aku!!Bukan hamba korang!"balas aku sambil menundingkan jari kearah Farah dan Sitti.

"..oh..jadi kitorang takde hak nak tonyoh ajelah,ye..?Ok..so,kitorang boleh je buat benda lain..Macam..Tolak,maybe..?"kata Farah lalu dengan pantasnya menolak tubuh Nia sehingga gadis itu tergolek golek jatuh dari anak tangga atas.Aku pulak tak sempat nak halang.

Nia menangis kat situ.

"..eehhh..ehh..budak form 1 nangis lah..takutnya aku..eyyuu..!Budak bocah..."ejek Sitti.Farah pun sama.

Aku menghampiri Nia.Nia pegang kakinya yang sakit.Bila aku sentuh kakinya,Nia menepis dengan alasan sakit.Aku agak yang kaki Nia patah.

"..Kau tahu tak yang dia dah sakit!!?Kau nak jawab dengan pengetua ke!!?"tengking aku lalu dengan pantasnya pergi mendekati Sitti dan Farah.

"..eh ehh..Siapa yang sakit tu..Dah lumpuh ke..??Hahahahahh"ejek mereka lagi lalu ketawa bersama.

"..kau mintak maaf kat Nia sekarang!!"paksa aku sambil menahan amarah.

"..kami taknak!!"

"..aku suruh mintak maaflah!!"

"..takkan..."ejek mereka.

"..Sudah!!!!"Jeritan Nia membuatkan kami berhenti bertengkar.Aku pandang Nia.Sitti dan Farah pun pandang Nia juga.

"..Aku tak pernah,tak dan takkan marahkan diorang Mya!!Yang diorang buli tu aku,bukannya kau!Yang kau melebih lebih suruh diorang mintak maaf tu kenapa!!?Suka nak orang tahu yang kau tu baik hati,kan?"Herdik Nia.

Aku terkesima.Apa ni..aku bukan main lagi pergi sebelahkan dia,tapi dia..?Dengan selambanya dia pijak aku..

"..woo...woo..Padan muka kau..Tulah,lain kali jangan jaga tepi kain orang!Nia takde cakap apa pun,yang kau kecoh macam ayam bertelur tu apahal!!?"herdik Sitti.

Aku kecoh sebab aku sayangkan dia.Aku tak suka dan tak sanggup melihat adik aku diperlakukan sesuka hati.Aku sayangkan dia..Tapi bila dia buat aku macam biri biri,aku rasa macam dah takde gunanya lagi untuk aku pergi sebelahkan dia dalam apa apa jua keadaan.

..Sebab dia langsung tak perlukan aku..Dan langsung tak ingin aku sebagai orang yang dia dapat bergantung harap.

***

..tanpa sedar..Air mata aku gugur setitik..

Sakitnya hati apabila perasaan sayang kita tak terbalas..Lebih lebih lagi orang yang kita sayang itu ialah darah daging kita sendiri..Aku bukan main kesiankan dia tapi dia macam tak perlukan aku langsung..

so..Buat apa aku terhegeh hegeh kat orang yang buat aku macam tak pernah ada?

..buat sakit hati..

..dan sakit mata..

..sebab..

..terlalu banyak..

menangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience