Bab 6

Drama Series 12355

"..kaki awak sakit..?"soal lelaki itu lalu melabuhkan punggungnya disebelah aku.Kedudukan kami takdelah rapat sangat walaupun masih berada dalam kategori rapat.Aku tunduk,buat buat pandang kaki aku yang sedikit kemerahan.

"..sikit je.."balas aku pendek.

"..saya bawak awak pergi klinik.."aku pandang lelaki itu apabila dia cakap macam tu.Pantas aku menggeleng dengan alasan aku tidak apa apa.

"..Marilah..saya takut ada apa apa yang tercedera.."ajak lelaki itu lagi,mungkin rasa bersalah masih menyelubungi hatinya.Aku menggeleng,"tak apalah.."

"..awak ni degil betul!"aku dengar lelaki tu membebel.Aku angkat kepala.Ewah!Seronok kau kata aku degil!Aku bukannya nak degil sangat tapi kau yang buat aku macam berdegil.

"..saya kata takpe,kan?!Saya taknak pergi!"balas aku agak geram.Angin yang bertiup agak kencang membuatkan tudung bawal kelabu yang aku pakai sedikit terselak dibahagian bahu sehingga menampakkan leher aku yang sebenarnya tertutup.

Aku tak perasan.

Tiba tiba lelaki tu pegang bahu aku.Aku tidak tahu apa apa.Lantas aku tolak tangan dia.Aku mengengsot jauh daripadanya.Apa ni!!Aku tak pergi.Kau marah ke!?Lepastu dia nak raba aku ke sebab aku tolak ajakan dia?!


"..apa awak ni!?"aku memarahinya.

''..maaflah kalau awak tak selesa..saya bukannya nak apa apakan awak..cuma..tudung awak terselak tadi..jadi saya nak betulkan balik.."jelasannya melegakan hatiku sedikit.Oh..nak betulkan tudung aku rupanya..tapi,kenapa tak bagitahu je.Biar aku betulkan sendiri.

"..saya takut awak malu kalau saya beritahu awak..Sebab tu saya betulkan sendiri.."dahi ku berkerut apabila lelaki tu kata macam tu.Dia boleh baca fikiran aku ke?

"..awak betulkan tudung saya sendiri,awak ingat saya tak malu..??''soal aku agak tak puas hati.

"..saya cuma nak lindungi aurat awak..kalau saya bagitahu awak,saya kena tunjuk kat mana tudung awak yang terselak tu..Bukan ke lebih lama mata saya melihat aurat awak kalau macam tu..?"balasan dia betul betul membuatkan aku hampir hampir tergigit lidah.

err..

"..yalah yalah..terima kasih.."balas aku,tidak ikhlas.

"..kalau tak ikhlas,saya rasa awak tak perlu kut berterima kasih..Saya tak paksa pun.."kata dia lalu membuatkan aku terdiam seribu bahasa.

"..eerr..awak marah..?Saya mintak maaf."aku berkata kerana perasaan bersalah mula bertandang.Teruk betul aku ni..Dia dah tolong tutup aurat aku tapi...

aku buat macam ni kat dia...?

"..tak..saya tak terasa hatipun..tak perlulah awak minta maaf.."kata katanya membuatkan aku sekali lagi terdiam.Err..ada ke aku kata dia terasa hati..?Macam takde je..Ni mesti dia memang terasa hati dengan aku.

Aku mengangguk perlahan.

''...nama saya Daniel Ar Rayyan..Awak boleh panggil saya Ray.."beritahu dia tanpa dipinta.Oh..nama dia Rayyan..hm..Cantik namanya..Sesuai dengan rupanya yang handsome.

''..oh..''hanya itu yang terkeluar dari mulut aku.

"..nama awak apa??Takkanlah taknak bagitahu nama awak..?Saya kan nak berkenalan dengan awak..?"soal Rayyan bertubi tubi.

"Nama saya Mya Qaisara..Orang panggil Mya..Tapi..buat apa awak nak kenal saya. Kita bukannya akan berjumpa lagi.."aku berkata tanpa memandang wajahnya.Aku lebih selesa melemparkan pandangan kearah satu cafe yang baru ditutup.

"..how do you know??"soal Rayyan sambil menyentuh dagunya.

"..tahu..?Tahu apa..?"soal aku yang agak tidak faham.

"..macam mana awak tahu yang kita takkan jumpa lagi..?"soal Rayyan dengan lebih terperinci.

"..o..ohh..Entah..Saya rasa je."balas aku sambil mengangkat bahu.

"..awak..Sesuatu pertemuan tu adalah rancangan daripada Allah..Kita berjumpa ni pun sebab Allah yang tetapkan.."aku hanya diam mendengar.

"...ya.."balasku.

"..perpisahan pun Allah yang rancang..Kita tak tahu sama ada kita akan jumpa lagi ataupun tak..."sambung aku lagi.

"..tapi hati saya kuat mengatakan yang saya dan awak akan bertemu lagi.."sambung Rayyan pula.

"..hm..yalah tu..Saya dah nak balik..Pergi dulu.."balas aku lalu berdiri.Baru selangkah aku berjalan,tiba tiba Rayyan memanggil aku.

"..Mya.."aku menoleh memandangnya.

"...kalau awak berada dalam kesusahan ataupun apa je...Just seru saya..Saya akan selalu ada untuk awak,Mya.."kata Rayyan sambil memandang aku lembut.Aku diam.

...dan perlahan lahan mengangguk.

'...saya harap kata kata awak tu benar..'desis hati aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience