Bab 10

Drama Series 12355

"..Ray..?"hanya itu yang terkeluar dari mulut aku saat itu.Rasa macam tak percaya aje dia yang datang..Aku baru sebut nama dia..

'kalau awak berada dalam kesusahan or apa apa je pun..Just seru saya..Saya akan selalu ada untuk awak,Mya..'tiba tiba suara Rayyan terngiang ngiang ditelinga aku.

"..ya..saya Ray.."

"..m..macam mana awak boleh ada kat sini..?"aku bertanya sambil berkerut kerut kening.Mujur tenggiling takde dan tak berguling berguling kat sini..Haha..

"hmmm..entah.."Rayyan mengangkat bahu.

"..but..Awak ada panggil saya ke..?"sambung Rayyan setelah itu.

Aku terdiam."..err..t..tadi saya ada sebut nama awak..tu kira saya panggil awak ke?"aku bertanya dalam nada tak pasti.

Dan Rayyan hanya diam.

Kami diam.

*****

Seminggu selepas itu...

Papa membuat majlis makan makan bagi syarikatnya.Semua ahli keluarga aku turut serta.Syarikat papa bergabung dengan Encik Kamil.Anak lelakinya pula adalah kekasih hati Nia.

Aku malas nak turut serta sebenarnya.Namun papa yang memaksa aku dengan alasan,Encik Kamil nak kenal anak anaknya.Dalam hati aku memberontak.Aku ni anak kau ke?!Ya...itulah hakikat sebenarnya.

Tapi cara kau layan aku bukan macam layanan anak..

Tu layanan yang paling low class bagi seorang kuli!!

Dengan hati yang tak ikhlas,aku terpaksa tukar baju.Aku pakai tudung dan terus turun kebawah.Tak payah mekap mekap.Natural sudah!

Masa aku turun,aku nampak papa tengah perkenalkan Nia kepada Encik Kamil.Kat sebelah Encik Kamil ada seorang lelaki dalam lingkungan usia 20-an yang takdelah kacak sangat kalau nak dibandingkan dengan Rayyan.eh!

err..

Hmm..aku kira lelaki tu boyfriend Nia kut..Aku fikir macam tu sebab aku nampak Nia dan dia asyik pandang pandang aje.Nia asyik senyum senyum je...

Tiba tiba papa menoleh kearah aku yang hanya tercegat diatas anak tangga nombor dua.

"..Mya..Mari sini sayang..."jerit papa antara kuat tak kuat sangat.Encik Kamil dan Nia turut pandang kearah aku juga.

Perlahan lahan aku mendekati papa.

"..Kamil..ni anak aku yang sulung..Nama dia Mya Qaisara.."papa memperkenalkan aku kepada kawannya.Encik Kamil terangguk angguk sambil memuji aku.Aku malas nak balas,akhirnya aku hanya tersenyum sahaja.

tu pun ketat..

Tiba tiba aku terperasan mamat yang tak berapa nak kacak sangat tu tengah pandang aku.Bila dia sedar yang aku tengok dia,terus dia senyum kepada aku.Bukan senyum biasa tapi senyuman gatal.

Terus aku berikan dia jelingan maut.Tersentak dia tiga saat.Namun tidak lama,dia kembali tersenyum seperti tadi.Gila betul!!Makwe berdiri kat depan,boleh lagi dia curi curi pandang aku.Ni nak kena lipat ni..

Aduh..lama pulak papa cakap,akhirnya aku buat keputusan untuk beredar dari situ secara perlahan lahan.Aku bergerak ke bahagian kolam renang.

Aku duduk dibirai kolam dan celupkan kedua dua belah kaki kedalam air.Tempat ni agak tertutup sebab jauh sikit dari orang.Tengah tengah goyangkan kaki dalam air,tiba lelaki tadi duduk disebelah aku.

Terkejutlah jugak tapi aku tak bagi namoak sangat.

"..Hai Mya..Nama I Haris..Salam perkenalan.."kata Haris sambil menghulurkan tangannya kepada aku.Aku pandang tangan dia.

Bila aku tak sambut tangan dia,perlahan lahan Haris tarik tangan dia semula.

"..umur you berapa?"soalan tu buatkan aku rasa malas nak lama lama kat sini.Hish!Pergilah layan makwe kau tu!

"..awak rasa?"balas aku pendek sebab taknak dia terasa hati sangat sebab tak dilayan.

"..25..?"teka Haris.Aku angkat bahu."entah..yalah tu kut.."balas aku,malas.

"..ha?Umur you,takkan you tak tahu?"aku pandang dia bila dia tanya macam tu.

"..ada ke saya kata tak tahu umur saya?"tanya aku,kedengaran agak bengang.

"Okey..okey..I tak kisah you umur berapa..Hm..Mya, I love you."hampir terkentut prekk prekkk aku kat situ.Dia..Dia suka aku..Gilanya.Kenal tak sampai sejam,terus cakap suka suka bagai.Dia ni normal tak!?

"..awak merepek apa ni!?"marah aku.

"..I tak jual kerepek pun.."Aku pandang dia tajam.Nak buat lawak pun agak agak lah..Ada ke aku kata dia jual kerepek!?Takde kan!?Kau janganlah jadi bengap sangat..Nampak bodoh tahu tak,bodoh..

simpan bodoh tu sikit..

"..saya tak bergurau!"tegasku.

"ok ok..hm..betul,I suka you."balas Haris.

"..mana awak nak campak Nia?"soal aku lalu jeling dia.Dia menyentuh dagunya."hmm..dalam loji kumbahan?"

Aku pandang dia semakin tajam.Dia ni suka main main,kan!?"dahlah,saya malas nak layan awak!Tidur kat atas lagi elok!"kata aku lalu bardiri.Masa tu aku tak sedar seluar yang aku pakai tersingsing separuh betis.Ya..tadi aku lipat sebab nak celup kaki dalam air.

Haris menelan air liur apabila melihat betis yang putih gebu.Aku yang baru perasan bahawa matanya melihat betis aku,terus menjatuhkan lipatan seluar.

"..I suka tengok betis you tu..Kenapa you betulkan balik?Bagilah I tengok.."kata Haris lalu bertindak mahu menyinsing kaki seluar aku.Aku tersentak.Dia ni memang gila.

''lepaslah!!"aku tarik kaki aku.

Haris berdiri dan pandang aku."..you cantik..I tahu body you lawa tapi you sengaja sorok..You taknak kongsi dengan I ke..?Barang baik,kenalah kongsi baru dapat pahala..."

Pang!!Aku tampar pipi kanan dia.Hohoww..Aku dah pandai tampar orang.Ni semua sebab belajar dengan papa.

"..kau ni dah melebih!!"tengking aku pula.

Haris pegang pipinya yang merah sikit.Kemudian dia angkat kepala dan pandang aku."..I suka You..jenis yang melawan..Tapi you sombong sangatlah,Mya..You kata nak tidur kat atas tadi kan?I pun nak join..Sejuk kat sana..You boleh tidur dalam dakapan I..I boleh hangatkan tubuh you..macam mana..?"

pangg!!Aku tampar dia lagi.Kali ni sampai berdarah bibir dia sedikit.

Dia pandang aku."betullah I cakap tadi..You sombong sangat dengan I..Kesombongan yang you tunjukkan,membuatkan I jadi terpaksa berkasar dengan you..!"kata Haris perlahan lalu bertindak menolak aku kedinding.Aku mahu melawan.Namun banyak manalah kudrat aku yang bergelar perempuan ni.

Dia menarik kasar daguku menggunakan tangan kirinya.Tubuhnya ditindih rapat dengan tubuh aku yang hanya tersandar kuat didinding.

Haris meletakkan tangan kanannya pada dinding.Dia mencengkam pipi aku.Dia merapatkan muka dia pada muka aku dan aku nampak bibir dia dimuncungkan dekat bibir aku.Tak sanggup aku dicium dia.Terus aku pusingkan kepala kearah kiri,membuatkan bibirnya mendarat di pipi aku.Buat seketika,pipi aku ditindih kasar oleh satu bibir yang mulutnya bau macam petai.

'...Rayyan!!Tolong saya!!!'hati aku menjerit nama Rayyan.Tolonglah..Hanya dia yang aku harapkan..

Tiba tiba aku nampak tubuh Haris tercampak dalam sekelip mata.Dan aku ditarik oleh seseorang untuk berdiri dibelakangnya.

aku pandang dia.

..Rayyan!

*****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience