Bab 43

Drama Series 12355

Seminggu telah pun berlalu.Seminggu tu jugak aku dan Rayyan tidak bertemu.Rayyan bukannya reti nak call atau mesej aku.Hanya aku yang kekal berharap macam tunggul yang tak pergi mana mana.Bukan setakat duduk setempat,dah berkulat dah tunggul aku ni.24 jam asyik menunggu whatsapp atau panggilan daripada dia.

Apa?Busy sangat ke dengan hal dia sampaikan aku,tunang dia ni pun tak dapat jumpa.Kalau busy dengan kerja kerja office,boleh lagi aku terima tapi kalau busy duk menghadap perempuan lain...Kau rasa perempuan macam aku ni boleh duk diam ke?Macam cacing kepanasan,do!

Oleh kerana mula timbul spekulasi yang mengarut dikepala,aku memutuskan untuk menelefon Rayyan tapi dia tak angkat.Jadi aku telefon lagi sekali.Apasal dia tak angkat phone ni?Sibuk dating ke apa!?Tapi tetap tak berangkat jugak.Aku cuba telefon lagi..Tak lama kemudian,panggilan bersambung.Baru je nak bagi salam,tiba tiba telinga ku terdengar suara seseorang.

"...Hello..You cari Rayyan ke...?"entah kenapa aku jadi terkejut bila dengar suara perempuan tu.Tindakan refleks,terus aku tekan butang matikan panggilan.Aku melempar telefon agak jauh dari aku.Entah,tiba tiba jadi gabra.Tambahan pula,otakku mula berfikiran negatif.Kenapa mesti perempuan tu yang angkat panggilan yang aku buat?Aku salah nombor ke apa?

Eh,tak mungkin..Kalau tak,kenapa dia sebut Rayyan..?Tapi kalau betul tu nombor telefon Rayyan,kenapa bukan tunang aku tu yang angkat..?Kenapa mesti dia jugak..?Kenapa??Adakah Rayyan tengah berlaku curang dibelakang aku?

Memandangkan aku pernah nampak Rayyan bersama seorang perempuan,jadi tak mustahil untuk perbuatan CURANG tu betul betul berlaku.Diriku seolah olah sedang dirasuk syaitan untuk terus membuat spekulasi tersendiri.Kenapa perempuan tu yang angkat?Kenapa!!?Sedang sibuk melayan perasaan sendiri..Tiba tiba..

"...Hanya aku yang tak pernah..."

telefon aku berbunyi.Menandakan ada panggilan masuk.Dari tempat yang aku duduk,dapat aku lihat akan nama Rayyan yang tertera.Dengan tangan yang menggigil,perlahan lahan aku mencapai telefon yang masih bising menjerit.Aku seret skrin ke kanan tanda menjawab panggilan.

Aku merapatkan telefon ketelinga dengan tangan yang terketar ketar.

"..Assalamualaikum,Mya..Awak ada call saya ke tadi?"aku mendengar Rayyan bertanya.Tiga saat kemudian,barulah aku buka mulut.

"..w..waalaikumsalam..Tak..mm..maksud saya,ya..Saya memang call awak tadi.."balas aku,terketar ketar.Rayyan pun boleh rasa perubahan suara aku.

"..Mya..?Awak okey ke?"

"..ha?Err.err...."

"..Mya,are you okay??"soal Rayyan lagi.

"ye ye..saya okey je..Erm,awak free tak malam ni?"aku berlagak biasa.Perasaan gabra aku cuba buang jauh jauh.

"..malam ni..?Hmm..Free kut,kenapa?"

"..err,kalau awak kata free kut,takpelah.."

"..Mya?Awak kenapa??Kenapa dengan awak ni,Mya?"soal Rayyan pelik.

"..Takde apa..Saya ingat,kalau awak free,saya nak ajak awak keluar makan malam ni..Tapi awak dah cakap yang awak tak free,jadi..."

"..bila masa saya kata tak free..?"

"..Tak..maksud saya,kan awak dah cakap yang awak free kut..Awak pun tak pasti,so saya tak jadilah nak ajak awak keluar dinner.."balas aku pulak.

"..ok,kalau macam tu,saya free.."Aku tersentak.Macam tu pun boleh jugak ke?

"..Rayyan,saya tak..!"

"..jam lapan malam,tempat biasa,saya tunggu awak..Jangan tak datang,tau!Bye,Mya!Saya sayangkan awak,assalamualaikum..!"

Rayyan bercakap pantas sampai aku tak dapat nak cakap apa sebab dia pun dah letak panggilan.Aku pandang skrin telefon yang mula gelap.

Dia..?Macam tu je?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience