Aku suruh Puan Sri Shida pulang.Tan Sri Nazri pun sudah puas memujuk aku supaya balik kerumah namun aku berdegil.Aku taknak tinggalkan Rayyan..Aku percaya,Rayyan pasti akan tersedar tak lama lagi.
Kalau dia bangun masa aku takde,apa yang dia akan kata?Aku nak selalu ada dengan dia sebab dia selalu ada dengan aku selama ni..Takkanlah aku nak biarkan dia tempuhi kesakitan dia ni sorang sorang...?
Tak,aku tak jahat lagilah..Lebih lebih lagi dia ialah suami aku sendiri,lelaki yang aku sayang.
Pakaian pengantin yang tersarung ditubuh tidak pula aku hiraukan.Lantaklah orang nampak dan label aku sebagai pengantin derita pun..
Tirai putih yang berada dikepala aku buat beberapa jam yang lepas sudah hilang entah kemana.Aku masih berada disisi Rayyan,sedikit pun tidak berganjak.Aku masih setia menunggu kepulangan dia.
Jam didinding menunjukkan pukul 7:45 malam..
Tiba tiba aku tersedar sesuatu.Ya Allah..Aku sudah banyak terlepas daripada mendirikan kewajipan solat aku..
Ya Allah,aku terlalu lalai dengan alasan menunggu suami ku tersedar.
Lantas aku bangun dan bergegas ke surau.Aku menanggalkan tudung dikepala.Aku menyingsing lengan bajuku lalu aku pulas paip air.Air sembahyang yang menyimbah dikulit terasa sangat sejuk.
Damainya...
Aku masuk kedalam surau dan terus menghamparkan sejadah.Telekung solat yang memang tersedia itu aku sarung ke tubuh lalu aku mula bersolat.
Aku melakukan solat ganti bagi solat fardhu zohor dan asar.Setelah itu barulah aku mendirikan solat maghrib diikuti dengan solat hajat..
"..Ya Allah Ya Tuhan ku..Kepadamu sajalah tempat aku memohon segalanya."
"Kepadamu lah tempat aku mengadu.Kepadamulah tempat aku meluahkan isi hati ku..Ya Allah..Aku mohon kepada mu Ya Allah..Engkau selamatkanlah suami ku..Ya Allah,kepada siapa lagi tempat untuk aku mengadu dan bergantung harap..Ya Allah..Hanya engkau yang aku ada..Maka,janganlah engkau tinggalkan aku sendiri dalam menghadapi semua ini kerana aku benar benar tidak mampu untuk mengharungi semua ini sendirian..
Ya Allah,aku mohon kepadamu.Engkau berikanlah kekuatan kepada ku untuk menerima segala ketentuanmu.Ya Allah,engkau berikanlah peluang kepadaku untuk hidup bersama suamiku.
Sesungguhnya aku terlalu ingin mengecap bahagia maka engkau berikanlah aku peluang untuk mengecapinya dengan membahagiakan dia...
Ya Allah,berkat keangungan mu..Maha Suci Allah,tuhan yang mentadbir sekalian alam.."
aku mengaminkan doa ku yang panjang itu.Lama aku berteleku diatas sejadah sambil mulut terkumat kamit membaca wirid.
Aku mahu bibir ku sentiasa basah dengan zikir zikir kepadaNya.
Lepas berzikir,aku mencapai al quran yang berada didalam almari kecil.Aku duduk semula diatas sejadah yang aku hamparkan tadi.Aku membuka halaman yang bermuka surat 440 iaitu surah Yasin.
Aku mula membaca surah itu.Dalam surau itu tiada orang lain selain aku,membuatkan suara aku memecah keheningan malam.
"..fasubhanallazibiyadihimalakuutukullisyai'n wa ilaihiturjau'nn..."
..aku mengucup al Quran itu lama.Alhamdulillah,dapat juga aku habiskan satu surah.Sudah agak lama aku tidak membaca al quran,sungguh..aku berasa sangat malu kepadaNya.
Aku melipat telekung solat lalu aku simpan di tempat asal.Aku berjalan ke luar surau.Semasa aku mahu memakai kasut,tiba tiba aku terdengar satu suara.
"...oi adik bertudung putih..."
"Suara merdu membaca Yasin.."
"Abang ingin ucap sesuatu.."
"...Terima kasih,sebab ingat daku..."
Suara tu...aku kenal suara tu..Kenal sangat sangat...Suaranya amat sama dengan suara yang pernah menyanyi semasa aku bertunang dahulu.
Ya Allah,adakah ini,dia?
Aku menoleh ke belakang.Aku nampak seorang lelaki sedang berdiri sambil memegang songkok hitam.Hampir rebah aku kat situ bila nampak wajah Rayyan yang sedang tersenyum pudar.
"...a..awak...!"
Terus aku berlari dan mendakap erat tubuhnya.
"...Awak,jangan tinggalkan saya lagi.."air mataku terus tumpah.
Share this novel