Tahun 1998
"..Mya..hari ni mama dan papa tak kerja tau...hm..apa kata hari ni kita pergi jalan jalan.."kata Puan Fidya semasa sedang menyediakan sarapan.Aku yang mendengarnya terus bercahaya mata."..jalan jalan!?Kat mana mama..??"soal aku yang tidak sabar.
"..manalah mama tahu..apa kata Mya yang cadangkan.."suruh Puan Fidya pula.Aku diam sejenak sebelum lambat lambat membuka mulut.
"..kita pergi legoland..?"aku memberi cadangan.Puan Fidya berfikir sejenak sambil menyentuh dagunya.
"..boleh jugak..abang,nanti kita pergi sana ya..??Kesian anak kita,dah lama diorang tak keluar jalan jalan..yalah..kita kan busy je memanjang.."beritahu Puan Fidya sambil memegang lengan suaminya,Encik Fadil.
''..hmm..sambil sambil tu,boleh jugak kita rest and rilexkan minda..banyak sangat kerja kat office sampaikan family sendiri terabai.."sokong Encik Fadil sambil terangguk angguk sendiri.
Lepas tu,kami semua kemas kemas baju.Akulah orang yang tak sabar sabar nak pergi.Masa tu,Nia baru lima tahun.Umur aku hanya selang 4 tahun ajer dengan dia.Aku sayang Nia sangat sangat sebab dia aje adik yang aku ada.
Sampai je,kitorang terus dapatkan tiket.Mandi mandi...gelak gelak..main main...Nia naik ke gelongsor paling tinggi.Aku tak sempat ikut dia sebab kalut dengan budak budak.Tiba tiba aku dengar suara Nia menjerit kat dalam gelongsor air yang kat bahagian atas.Masa tu mama dan papa takde.Tadi diorang cakap nak pergi beli makanan goreng gorengan buat alas perut.
Walaupun banyak budak disini,aku yakin yang jeritan tu berpunca daripada Nia.Aku kenal dia.Aku tahu macam mana suara dia.Aku pun bergegaslah naik ke atas...
Kau tahu apa yang aku nampak..?
Aku nampak tangan Nia tersangkut kat celah gelongsor yang sudah retak.Cepat cepat aku tarik dia tapi dia menghalang.Nia kata dia tak boleh bangun.Kepala dia sakit..Dia menangis.
aku tak tahu nak buat apa..Nak angkat tak bagi...Aku tanya macam mana nak buat sekarang dia tak jawab..Last last sekali aku pergi turun cari mama dan papa.Elok pulak masa tu diorang baru nak duduk kat bangku.
aku bagitahulah tentang semua tu..Diorang terus ikut aku ke tempat Nia berada.
"ma...sakit ma..Kepala adik sakit.."rintih Nia sambil menangis hebat.Puan Fidya cuba memangku kepala Nia namun Nia masih seperti tadi.Dia menghalang dengan alasan kepala dia akan sakit jika diangkat.
"..kan papa dah pesan,jangan main jauh jauh!!?Kalau nak main pun,janganlah main sorang sorang..ajaklah kakak..!tengok!!Kan dah susah!!?"marah papa kesal.
"..Nia..Nia tak tahu..Kak Mia yang ajak Nia kesini...tiba tiba dia tolak Nia..Lepas tu dia lari..Dia main dengan kawan baru dia.."aku tersentak.Apa kau ni!?Mengaku benda yang tak dan takkan pernah jadi.Apa salah aku!?
Mama dan papa terus pandang aku,membuatkan aku terundur dua tapak kebelakang.Mereka menjeling aku,marah agaknya..
"..apa Mya buat ni!?Nia tu adik Mya,faham tak!?"jerkah papa tiba tiba lalu menolak aku sehingga terjatuh kebelakang.Aku tergamam.Aku pandang Nia.
"adik...Kenapa ni..Kak Mya..apa salah Kak Mya..?"soal aku,hiba.Aku perasan ramai budak budak tengah pandang aku.
"..Kak Mia jahat..Sengaja tolak dan tinggalkan Nia.."Nia menangis.Aku tak tahu tu air mata betul ataupun palsu.Aku tak tahu..
"..s..ss..sampai hati Nia.."gumam aku sendiri.
"Hei..Mya!Kau dengar sini..Mulai saat ni,aku takkan percayakan kau lagi..kau ni pengkhianat!!Dasar gunting dalam selimut..!"herdik papa aku yang cuba menggunakan peribahasa tetapi terbalik balik bahasanya.
"Dah,Nia...jangan nangis,meh papa dukung Nia ya.."kata papa lalu perlahan lahan cuba mengangkat Nia.Papa turun.Mama ikut turun sebelum tiba tiba pandang aku yang hanya tercegat.
"..yang kau berdiri kat situ buat apa!?Nak suruh aku yang gendongkan!?"jerkah mama pula.Lambat lambat aku ikut diorang...Dalam kereta,aku rasa macam orang asing.Aku cuba buat buat macam biasa tapi...
..rasa macam bangang pulak...Last last sekali,diorang terus terusan dingin dengan aku...nak pandang aku pun..
haih..
Share this novel