Lelaki yang berpakaian kemeja hitam sedang memerhatikan seorang gadis yang sedang bercakap dengan seorang lelaki didalam restoran D'Secret Thai Menu.Dia menggenggam jari jemarinya dengan perasaan yang marah.Sakit hatinya bila melihat gadis itu keluar dengan lelaki lain.Lebih teruk,lelaki tu ialah Rayyan!Sepupunya sendiri.
Haris menjerit sambil memukul stereng kereta miliknya.Dengan perasaan sebal,Haris mula beredar dari kawasan itu.Kereta kelabu miliknya meluncur laju ke arah syarikat milik Tan Sri Nazri yang merupakan tempat kerjanya sendiri.
***
Haris menghempaskan punggungnya diatas kerusi kerjanya.Dia gelisah sendiri apabila teringatkan tentang Mya yang kelihatan amat rapat dengan Rayyan.Semalam dia baru dapat tahu tentang hubungan Rayyan dengan gadis idamannya.
Semasa dia ditumbuk dimajlis makan makan dirumah Mya hari tu,Haris fikir Rayyan hanya membantu gadis itu kerana rasa tanggungjawabnya terhadap seorang manusia yang bergelar wanita.Tak sangka pula dua dua insan tu saling mengenali.
Bahkan mereka saling mencintai lagi!Sunguh!Haris rasa sungguh sakit hati.Sekeping gambar didalam wallet dikeluarkannya.Gambar Mya yang sedang tersenyum ditatapnya lama.Bagaimana dia mendapatkan gambar itu?Dia ambil secara curi curi semasa majlis hari tu lah.
Haris mencium gambar itu bagi melepaskan giannya.Gian?Ya?Gian terhadap Mya..Bahaya betul bila ada orang jenis yang macam ni.
Mesti Psiko ni..!
"..Mya...I'll never let you feel happy with him...Aku akan dapatkan kau,tak kiralah macam mana sekali pun..Aku ni jenis yang tak mudah mengalah untuk dapatkan sesuatu.Aku akan pastikan target aku tercapai..."Haris berkata perlahan sambil mengusap gambar ditangannya.
"..dan kau tahu apa target aku tu?"sambungnya tidak lama kemudian.
"..kau..!"Haris tersenyum sinis.
***
"..Mya,saya janji akan bahagiakan awak..Saya takkan biarkan awak menderita lagi dirumah awak tu..Awak hanya kena tunggu..Kejap lagi kita akan bersatu.Saya akan berkahwin dengan awak..And then saya akan bawa awak keluar dari penjara tu..Kita akan bina istana kita sendiri..
..jangan hiraukan Nia,papa dan mama awak..Dan nenek awak jugak..Tapi awak masih tak boleh terlepas dengan tanggung jawab awak terhadap mereka..Nanti saya akan mintak papa saya supaya aturkan majlis nikah kita secepat yang boleh.Saya tak boleh tengok awak tersakiti,Mya.."bagitahu Rayyan sambil memandang aku dengan tatapan mata yang redup.Aku hanya diam tanda mendengar.
"..Ray..Thanks sebab faham saya..Sebab sudi nak terima saya walaupun awak dah tahu tentang keluarga saya yang berhatikan syaitan..Saya harap sangat..Lepas kita dah ada ikatan yang sah,awak boleh ajar saya lebih tentang Islam..
Saya bukannya nak buka pekung didada tapi saya memang dah tak tahan nak simpan rahsia ni sorang sorang..Mama,papa,Nia,nenek...semuanya tak pernah kerjakan solat..Tak pernah berpuasa.Tak pernah berusaha untuk berubah..saya..saya dah penat sangat nak hadapi semua ni..
Hidup dalam penjara tu,macam ada satu gambaran neraka dimata saya..Hari hari saya tengok diorang kejar harta..Saya tak fahamlah dengan diorang..Harta bukan main melimpah ruah..Tapi still kejar sedangkan bekalan akhirat diorang...saya tak tahu ada atau tak..
Papa sukalah tu kiri kanan jiran dia asyik puji.Kononnya papalah manusia yang paling banyak bersedekah kat masjid.Tapi masjid pun tak pernah nak jejak..Bila orang tanya,papa cakap dia dah solat berjemaah kat rumah anak yatim..Sambil sambil tu boleh sedekahkan makanan,pakaian,duit dan mainan kepada mereka semua..Papa..Papa cakap je lebih tapi hakikatnya...Rumah anak yatim pun dia tak tahu mana letaknya..Tin kosong!Bencilah"aku melepaskan semua perasaan yang aku rasa.
"..ni,nak bertunang dengan awak ni pun dia dah soal selidik saya dengan beribu soalan!Tanya awak kaya ke tak!?Makan berapa kali sehari!?Rumah ada ke tak..!?Duduk bawah jambatan mana!?Pernah tengok nasi ke tak!?Bila dapat tahu yang awak anak Tan Sri,barulah dia terhegeh hegeh suruh saya cepatkan majlis!Saya tak sukalah!Nanti awak fikir saya nak kikis harta awak sedangkan saya bukannya orang macam tu..!Bila tahu awak kaya raya,baru papa setuju!?Apa yang papa buat ni!!?Saya pulak yang malu!!"sambung aku lagi.
"...awak kena banyakkan bersabar,Mya.."pujuk Rayyan yang begitu kesian terhadap aku.
"..entahlah Ray..Saya..saya dah penat dah..Penat tengok drama papa yang bila suka baru cari saya.."
dan Rayyan hanya diam,bersimpati.
Share this novel