Bab 16

Drama Series 12355

Aku menghentikan kereta dibawah pokok ru yang takdelah tinggi sangat.Setelah memastikan penampilan aku okey,barulah aku turun dari kereta.Aku taknaklah nampak hodoh didepan mata Rayyan.Macam mana kalau aku tak tengok cermin dulu tadi?Agaknya,mesti dah bersegi segi tudung bawal yang aku pakai.Kalau Rayyan nampak,mesti dia ingat aku ni jenis yang selekeh.Isy!Tak sukanya.

Tak jauh disana,dapat aku lihat akan seorang lelaki tengah duduk diatas bangku panjang yang disediakan.Tengok saja pun aku dah tahu yang lelaki tu ialah buah hati aku.Hik!Hik!!Perlahan lahan aku mendekati dia.Bila dah dekat,aku beri salam.Dia menoleh sambil tersenyum gembira."..waalaikumsalam,Mya..Tak sangka awak akan datang.."aku pandang dia.Kenapa dia cakap macam tu..?Kan dia jugak yang ajak aku tadi..?"..apa maksud awak?Kan saya dah janji nak datang,takkanlah saya nak mungkir janji.."balas aku lalu duduk disebelahnya tanpa dia pelawa.Peduli apa aku kalau dia tak ajak duduk.Bangku ni bukannya milik tok nenek dia..Ni harta benda awam.Tapi...ya ke harta benda awam.Kalau memang moyang dia punya macam mana?

"..takdelah..saya cuma takut awak janji dengan saya semata mata taknak buat saya kecewa.."balas Rayyan pula.Aku pandang dia lalu tersenyum."..kenapanya..?Apa kena mengena saya dengan awak yang kecewa atau tak..?"soal aku bersahaja.

Rayyan tersenyum."..awak mungkin tak tahu jawapan tu sebab saya tak nak bagitahu tapi saya nak awak tahu yang saya tahu jawapan untuk soalan awak tu.."balasan Rayyan membuatkan aku kelu.Apa dia cakap ni..?Cakap panjang panjang,asyik ulang perkataan..Ni mesti kes taknak bagi aku tahu ni..

"..hm..Apa apalah,Rayyan.Tapi saya nak awak tahu satu perkara tentang saya.Ya..saya mengaku yang saya ni bukannya baik sangat..Tapi saya ni jenis yang tak suka mungkir janji dan tak suka dimungkiri janji..Saya akan cuba tepati janji walaupun masa tu saya tengah dalam kesusahan ke apa ke.."Rayyan hanya mengangguk kecil.

"...sekarang saya dah sampai..Kenapa awak nak jumpa saya?"soal aku lalu melemparkan pandangan ke laut.Angin yang bertiup kencang membuatkan tudung yang aku pakai ni meliuk liuk sendiri.Tapi aku sudah lama memegang kanan kiri tudung dibahu aku.Taknak bagi tudung aku terselak buat kali kedua dan taknak bagi aurat aku tertayang secara live.Sejak peristiwa tudung terselak tu,aku belajar untuk lebih berhati hati walaupun selama ni aku dah berhati hati.

"...kan saya dah cakap yang saya rindu awak..."aku cuba tunjuk muka tenang walaupun aku rasa macam ada bunga tengah terbang masuk kedalam hati aku."..sebab tu je ke..?"soal aku,pura pura tak peduli sangat tentang apa yang Rayyan cakap.

"tak..bukan sebab tu je.."aku pandang dia pula.

"..habis tu sebab apa..?"

"..sebab saya nak cakap yang saya sangat cintakan awak sampaikan saya tak boleh berjauhan dengan awak.."aku diam sebelum lambat lambat buka mulut.

"..awak...betul betul cintakan saya..?"dan pertanyaanku itu mendapat anggukan daripada Rayyan."..Mya..Saya tak pernah rasa macam ni dekat mana mana perempuan..Hari pertama saya kenal awak,saya jadi tenang sangat...Saya rasa awaklah jodoh yang Allah tetapkan untuk saya sejak azali lagi.Awaklah gadis yang sempurna bagi saya.."

Aku tunduk.Apa hal pula sampai sebut jodoh jodoh ni..?Adoi la."Ray..Saya belum dan mustahil akan bergelar sempurna.Kenal saya dalam tempoh yang pendek...Saya rasa awak belum faham tentang perangai dan sikap saya yang sebenar."

"jadi..tulah sebabnya Allah jadikan rasa cinta saya untuk awak..Biarlah saya kenal awak dengan lebih dalam,Mya.."

aku mengeluh panjang.

"...Hidup saya tak macam orang lain,Ray..Saya nampak je macam bebas.Tapi hakikatnya..Saya rasa sangat terkongkong..."

"..dan sebab tulah Allah hantar saya untuk kenal awak supaya saya boleh bawak awak keluar dari kongkongan tu.."aku pandang dia lama.

"...awak tak faham,Ray."

"..dan sebab tu jugak Allah temukan kita supaya saya dapat faham awak.."dan aku terdiam.

"...saya cintakan awak,Mya..Tersangat cintakan awak sampaikan saya tak boleh bila awak takde...Kalau awak rasa sengsara,Izinkan saya membahagiakan awak..Kalau hidup tersakiti,izinkan saya mengubatinya.Kalau hati awak terluka,izinkan saya merawatnya..Saya akan selalu ada untuk awak,Mya..."

"...tapi saya tak layak nak ada disisi awak,Ray...Saya tak layak.."kata aku perlahan.

"..awak tahu,Mya?Bila awak cakap macam tu,rasa saya untuk memiliki awak semakin tinggi..TAK LAYAK yang awak cakapkan..Tapi bagi saya,semua yang awak kata tu salah...Awak memang layak,Mya..Semua manusia layak untuk rasa bahagia.Awak juga tak terkecuali.Dan..."Rayyan berhenti sejenak sambil menunduk.Dia mencari sesuatu dari dalam poketnya.Sebuah kotak merah berbentuk hati berada ditangannya.

Rayyan membuka kotak itu.Aku tergamam melihat cincin plantinum.Cantik mak aiii...Siapa punya ni..?

"...izinkan saya membahagiakan awak,Mya..."

Aku kaku didepan Rayyan.

"..s..saya..."

"..nak tak awak jadi tunang saya selepas ni..?Hubungan kita akan saya bawa ke tahap yang lebih tinggi kalau awak setuju.."beritahu Rayyan sambil pandang aku dengan tatapan mata yang redup.

"..sa..saya...b..betul ke apa yang awak cakap ni,Ray..?"soal aku sambil cuba melarikan anak mata ku daripadanya.

Rayyan mengangguk.

"..awak sudi..?"

Aku diam.

"..awak sudi tak,Mya..?"

Aku menarik nafas."..Rayyan..."

"...kalau saya terima awak,awak janji akan bahagiakan saya seperti mana saya ingin awak membahagiakan saya..?"Rayyan tersenyum lalu mengangguk perlahan.

"..kalau saya terima awak,boleh ke awak terima saya seperti mana saya ingin awak terima saya..?"Sekali lagi Rayyan mengangguk.

Aku melepaskan keluhan lega.

"..jadi..awak terima saya?"soal Rayyan bagi mendapatkan kepastian.Aku tersenyum kecil.

"..saya akan jawab kalau awak dah jawab soalan saya.."bagitahu sambil pandang dia.

"..okey..tell me what is that.."Rayyan kelihatan amat bersungguh.

"...soalannya..Awak memang nak saya terima awak ke..?"soal aku yang sebenarnya mahu serius.

"..of course!Saya memang nak sangat awak terima saya,Mya.."

Aku mengangguk perlahan.

"..saya dah jawan soalan awak..macam mana dengan soalan saya yang belum terjawab tadi,Mya?"

Aku tersenyum.

"..saya rasa awak boleh tahu apa jawapan saya,Ray.."

"...awak..terima saya?"

"..awak rasa?"aku cuba bermain tarik tali.

"..terima..?"teka Rayyan.

"...so.. betullah tu.."sambut aku.

"..awak serius,Mya?"soal Rayyan macam tak percaya.Aku angguk sambil membuang pandangan ke tepi.Sebenarnya aku cuba menyembunyikan muka aku yang asyik nak tarik senyum aje ni.

"..thanks,Mya.."

Aku nampak Rayyan menghulurkan cincin itu kepada aku.Apahal?

"...pakailah..Tanda kita sudah mengikat janji.."kata Rayyan macam tahu tahu je soalan aku tadi.

Aku tak terus menyambutnya.

"..awak taknak pakaikan untuk saya?"soal aku,cuba melihat reaksinya.Adakah pendiriannya akan kekal?

...atau berubah?...

Kalau berubah...

Aku taknak terima dia!

Aku nampak Rayyan senyum

"..memanglah saya teringin nak pakaikan untuk awak tapi saya tahu...Kita belum ada ikatan yang sah..Sebab..Kita kena jaga batas..Saya lelaki yang belum jadi milik awak..Tapi saya sayang awak..Kalau kita betul betul sayang seseorang kerana Dia,kenapa ajak dia ke neraka Dia..?Dan sebab tu saya taknak ajak awak ke neraka hanya sebab pakaikan cincin ni untuk awak..Jadi,pakai sendiri.."

Aku tersenyum sambil mengangguk sendiri.Rayyan memang tahu jaga batas pergaulan.Tahu yang mana halal dan yang mana haram..Sebab tu aku boleh terpaut pada dia.

Rayyan meletakkan cincin itu perlahan lahan atas tapak tangan aku.Aku senyum lagi lalu sarungkan cincin tu pada jari manis.Cantik!

Aku pandang Rayyan.

"..saya akan bahagiakan awak,Mya..Saya akan selalu ada untuk awak.."

"..saya pegang janji awak."Kami sama sama tersenyum.

Hari ni akan menjadi hari yang mustahil untuk aku lupakan dengan mudah.

TERIMA KASIH,ALLAH KERANA HANTAR DIA KEPADA AKU..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience