Bab 38

Drama Series 12355

"..Ray..Awak tu dahlah baik..Pandai hormat orang lain..kacak pulak tu..Dengan semua yang awak miliki,awak rasa ada ke perempuan yang tak suka awak walaupun sesaat awak dan diorang bertentang mata..?Takde,Rayyan..Sebab bagi diorang,awak sempurna..Dan begitu juga dengan saya yang mencintai awak..Saya sukakan kesempurnaan aw..''

tiba tiba Rayyan mencelah."..Mya..Saya tak layaklah nak dilabel sebagai sempurna..Saya ni siapa?Anak raja bukan..Anak sedara kepada keturunan diraja pun bukan..Saya ni manusia biasa,Mya..Dah terlalu banyak melakukan salah dan silap..Bagi saya,saya rasa sayalah insan yang paling teruk didunia ni..m..macam mana awak boleh fikir saya sempurna,Mya?"soal Rayyan tanpa melihat aku.

Dia menunduk,sambil memandang air yang terbentang luas dihadapannya."..Saya suka lelaki yang baik.."bagitahu aku tanpa dipinta.Rayyan menggeleng sendiri."..kalau saya jahat,mesti takkan ada perempuan yang suka saya,kan?"tebak Rayyan dan aku menggeleng.

"..saya sukakan lelaki yang jahat.."Rayyan mengangkat kepala.

"..awak ni kenapa Mya..Awak nak cakap yang aw.."

terus aku mencelah."..ya..Saya nak cakap yang walau macam mana pun awak,saya akan tetap sukakan awak..Awak baik ataupun jahat..Kacak ke hodoh..I always stay the same."Rayyan pandang aku lama.

"..kalau saya ni gemuk?"soal Rayyan perlahan.

"..saya akan sukakan awak yang gemuk.."

"..kalau saya ada penyakit kusta..?"soal Rayyan lagi.

"..Saya akan sukakan awak yang ada penyakit kusta.."balas aku pantas.

"...kalau saya cacat?Kalau saya cuma ada satu lubang hidung..?"soal Rayyan bertubi tubi.

Soalan terakhirnya membuatkan aku sedikit mahu tergelak.Apa apa jelah Rayyan..

"..saya sukakan awak yang cacat yang ada satu je lubang hidung.."bagitahu aku selamba tapi aku benar benar maksudkannya.

"..Mya..Awak cakap sekarang boleh lah..cuba kalau saya betul betul jadi macam apa yang saya cakap..?Saya rasa,awak dah lama tinggalkan saya..."kata kata Rayyan membuatkan aku melenting sendiri.

"..Awak ni kenapa,Rayyan?!Cara awak cakap..Macamlah saya ni jahat sangat.."aku berkata dalam nada kecewa.Rayyan pantas menafikannya.

"..saya tak maksudkan macam tu..Saya cuma takut aw.."

"..saya apa?Awak cuma takut saya lari tinggalkan awak kalau awak betul betul jadi jahat,cacat apa semua yang awak cakap tadi..!?Takkan Rayyan!Saya kan dah cakap yang saya akan tetap cintakan awak!?"marah aku pula.

"..Mya..Saya bu.."

"..awak apa Ray?Setiap manusia layak mencintai..Takde siapa yang boleh menghalang seseorang tu nak cintakan sesiapa..Dan saya pun tak terkecuali,Ray..Awak takde hak nak halang saya daripada mencintai awak..!"bagitahu aku tanpa memandang dia.

Rayyan diam,langsung tak balas kata kata aku.Aku menoleh dan melihat Rayyan diam sambil memandang aku.

"..dah habis cakap?"soal Rayyan tiba tiba dan aku tersentak sendiri.

"..dah habis berterus terang?Dah habis percikkan air liur awak ke muka saya..?Kalau dah..Bagi saya ruang nak bercakap pulak.."kata kata dia membuatkan aku termalu sendiri.Ya Allah..Kenapa dia cakap pasal air liur aku..Air liur aku memang terkena muka dia ke..?Allah,malunya.

"..bila dah dengar apa yang awak cakap,saya pasti yang awak betul betul cintakan saya seadanya..Dan sebab itu,saya juga mencintai awak seadanya..Saya tanya sebab nak tengok reaksi awak je and now..Saya dah tahu semuanya...Mya..Thanks for loving me..Saya akan hargai setiap apa yang awak lakukan.."Bagitahu Rayyan,membuatkan aku sedikit terpaku.

Di mulut sahaja Rayyan mengungkapkan kata kata bahawa dia bahagia namun jauh dilubuk hatinya yang terdalam...Hanya rasa tersiksa yang berpanjangan dan tiada penghujungnya..

'Mya..kalau awak tahu apa yang saya tahu,adakah awak akan tetap mencintai saya..?Kalaulah awak tahu apa yang saya tahu,saya harap sangat awak akan kekal mencintai saya...Dan berharap awak menghargai saat saat kita bersama..Kenanglah kenangan kita,Mya..Mungkin itu semua akan menjadi yang terakhir buat kita..'bisik Rayyan didalam hati.Hatinya dikunci kemas dengan rahsia hidupnya yang tiada siapa yang pernah tahu.

Rayyan ikhlas mencintai gadisnya itu.Baginya,Mya bukan 'matematik'untuk dikira hartanya.Bukan juga 'sains' untuk dikaji tentang keburukan yang dimilikinya tapi Mya adalah 'sejarah' yang perlu dikenang dan dihargai pada setiap masa.

..Rayyan takut dia tak dapat menghargai sejarah itu lagi..Rayyan takut dia tak dapat mengenangi gadis itu lagi..

sebab..

..tiada sesiapa yang tahu akan rahsia hidupnya kecuali dia sendiri dan Rabbnya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience