Buk Aini dah siapkan bilik untuk aku.Aku ucap terima kasih kat dia sebab sudi kemaskan untuk aku.Siapalah aku ni..Baru je tunang,belum kahwin lagi..
Aku kunci pintu.Baru je nak tanggalkan tudung,tiba tiba pintu diketuk dari luar.Aku buka pintu.Rayyan.
"..nah baju untuk awak.."Kata Rayyan sambil menghulurkan dua helai baju lengan panjang dan dua helai seluar track.Aku angguk dan ucapkan terima kasih.
"..maaflah kalau awak tak selesa..Saya tak tahu awak pakai saiz apa.."bagitahu Rayyan yang bimbang kalau kalau aku tak suka pemberiannya.
"..takpe.."lepas tu aku tutup dan kunci pintu.
Aku tanggalkan tudung dan terus capai towel yang Buk Aini sediakan tadi.Aku terus memboloskan diri kedalam bilik mandi.Tak sampai seminit,bilik itu bising dengan curahan air paip hujan yang aku buka.
Segarnya!!
Hampir sepuluh minit mandi,aku keluar dan terus pakai pakaian yang Rayyan bagi.Alamak!!Terlalu besarlah pulak.Tapi takpelah..Rezeki jangan ditolak.
Aku berdiri didepan cermin.Aku keringkan rambut menggunakan Hair Dryer.Tapi..mamang besar sungguh baju ni.Baju tu sudah melepasi bahagian lutut aku.Bahagian lengan pula,memang dah tak nampak jari.Macam ayam patah sayap je..Kakak Rayyan ni gemuk ke apa..?
Aku berbaring diatas katil.Sambil pandang siling,tiba tiba aku teringatkan kejadian beberapa jam tadi.Seramnya bila ingat balik.Mujurlah tiada apa apa yang berlaku.Nasib baik Rayyan ada kalau tak..
Grr..!
***
"..korang memang tak boleh diharap!!Baik tak payah kerja kalau macam ni!"tengking Haris sambil menumbuk meja makan direstoran yang tiada pengunjung itu.Dia pandang Dol,Jai dan Fir dengan pandangan yang tajam.Marah betul dia terhadap ketiga tiga lelaki itu.
"..maaf,boss.."mereka hanya menunduk.
"..dah ah!Aku blah dulu,korang memang lembab!!"kata Haris lalu mahu beredar.Tiba tiba Dol menghalang.
"..eh boss,boss!!Kitorang camne?Takkan takde ni kot?"soal Dol sambil membuat gaya mengira duit.Haris menjeling malas.
"..banyak hensem kau?Buat kerja senang pun tak boleh,kau ingat kau boleh dapat duit?"Haris pun terus beredar.
Dol dan Jai hanya mencebik.
"..apahal boss tu?Kalau dia kata kerja tu senang,kenapa dia mintak kita yang buatkan?Asal dia tak buat sendiri..?Dah lah tak bagi upah!Banyak hensem dia?"bebel Dol sambil bermain main dengan jarinya yang gemuk.
"..entahnya.."
***
Nia dan nenek terkejut apabila melihat rumah yang sudah macam tokang pecah.Dengan pintunya yang tak tertutup,lampu bernyala walaupun takde orang.Nenek membebel sendiri.
Nia pula laju sahaja pergi naik ke tingkat atas.Takde pun kakaknya.Tiba tiba dia rasa sesuatu.
entah entah..
Nia terus menghubungi Haris.
"Hello,Haris you ke yang serbu rumah i tadi?"soal Nia sebaik sahaja talian bersambung.Haris mengeluh berat.
"..apa you ni..You ingat i gila ke buat camtu?"soal Haris,sengaja buat buat bengang.
"..habis tu siapa lagi kalau bukan you?Sekarang ni,Mya takde kat rumah!I ingat you yang culik dia sebab terlalu terdesak nak dapatkan dia.."adu Nia pula.
"..i bukannya macam tu..Tu cara bagi budak tak matured namanya."balas Haris.
"..okeylah kalau macam tu..Bye.."
"bye..lain kali jangan tuduh melulu..Boleh jatuh fitnah tu..I boleh je saman you kalau i nak..Tapi i kesiankan you je..dahlah tak bekerja,harapkan ayah you bagi duit je..dahlah.."
tut...
Nia mencebik.Elleh..Cara Haris bercakap,macamlah lelaki tu ada syarikat sendiri.Dah lah lelaki tu dan bapa Haris bekerja kat syarikat milik papa Rayyan.Kalau tak harapkan kerja yang papa Rayyan bagi,takkan kemana jugak diorang.
'Anak bapak sama je!Malas!'seronok Nia mengutuk Haris dan Dato' Kamil iaitu bapa lelaki itu.Benarlah orang cakap,masa bercinta dulu selalu puji macam nak rak.Tapi bila masing masing dah break,bukan main lagi kutuk ex masing masing.
Share this novel