Aku berjalan keluar dari pasaraya tu dengan tangan yang penuh dengan plastik.Adooooiii..berat mak aih..Dahlah aku parking kereta kat hujung sana.Market ni pulak jenis yang tak bagi bawa troli pergi keluar.Aduh,apalah nasib aku.
Dahlah masa nak melintas jalan,ada banyak kereta.Dengan matahari yang betul betul terpacak atas kepala,memang jenuh aku nak kena tunggu dibirai jalan.Pemandu pemandu pulak bukannya reti nak perlahankan kereta kejap bagi aku melintas dulu.
Setelah 125 buah kereta selesai melalui hadapan aku,aku dengan sekuat hatinya melintas cepat cepat ke seberang jalan.Tak mahu berlama lama di sini.Sempat aku lihat dua orang perempuan tengah melintas sama.Kedudukan mereka tidaklah terlalu jauh dari aku.
Aku nampak sorang perempuan tu pakai seluar jeans dan t shirt lengan pendek ketat warna brown.Dia pakai tudung bawal tapi mak aii..Tudung tu,dahlah dilipat serapat yang boleh,lepas tu boleh pulak dia kilaskan hujung tudung itu ke belakang.
Mahu terjegil biji mata aku.Mujurlah seluar jeans dia tu bukan jenis yang koyak kat bahagian lutut.Nak aje aku sound dia,"Hai kak..seronok bergaya ala ala punk..?Sampai tak sedar ke lengan tu pun dah jadi macam sotong kena bakar.Kita ni duduk Malaysia,lah kak..Cuaca panas..Akak tak tahu ke,iklim khatulistiwa tu,panas dan lembap sepanjang tahun tu maksudnya matahari memang dah terpacak atas kepala..Akak memang suka pakai macam ni ehh.."
"..seronok kau ea..?Hey,sekurang kurangnya aku ni berfesyen.Bukan macam kau..Pakai tudung labuh labuh,blous apalah...issy!!Tak up to date langsung..!"kalaulah perempuan tu kata macam tu,memang dah lama aku sembur dia macam ni;
"..at least kulit saya terjaga,bukan macam akak..bahagian lain putih,tangan hitam.Nanti jadi macam tahi cicak.Kalau esok akak jadi camtu,saya sarankan akak pergi masuk kedai kosmetik.Yang terlajaakkk laris,huh!!"
Lepastu aku kena pecut lari macam dah dua minggu tahan berak hanya sebab taknak bagi perempuan tu nampak muka aku yang lawa ni!
Haha..mengarut betul aku ni.Takdenya aku nak sembur dia macam tu.Dia bukannya cari pasal dengan aku.Buat apa aku nak kena jaga tepi kain dia?Eh,dia bukannya jenis yang pakai kain..Punk selalu..Entah entah kain pun tak pernah ada.
Setelah agak hampir dengan kereta,dengan tidak sengaja aku terpijak ekor kucing yang tengah tidur dibahagian belakang kereta myvi putih.Kucing tu mengiau sakit.Aku pula bukan main tersentak sampai semua plastik yang aku pegang jatuh ke jalan tar tu.
Ada satu ikatan plastiknya terbuka lalu barang barang seperti botol mudah sahaja bergolek keluar..Haa..Aku buat hal lagi.Dengan muka yang panas menahan malu,aku mula mengutip barang yang terkeluar tu satu persatu.
Orang bukan main ramai kat sini tapi takde satu pun yang sudi bantu aku.Kalau tak nak tolong kutip barang barang yang terkeluar pun,at least tolonglah angkat plastik plastik yang lain...
Huhu..Kenapa malang sangat nasib aku..?Aku rasa macam nak nangis je.Aku tak tahulah..Aku menghidap penyakit apa..Sejak kebelakangan ni aku kerap sangat rasa macam nak nangis..Barang jatuh aje pun..
'..kan bagus kalau Ray ada..?'desis hati aku saat mengutip satu persatu barang barang tu.Aku bergerak kedepan sikit.Semasa aku nak kutip botol sos tiram,tiba tiba aku nampak ada satu tangan lain sedang menyentuh botol tu lalu diangkat.
"..biar saya tolong awak.."aku dengar orang tu berkata.Huhu..Ternyata masih ada makhluk yang bernama manusia yang masih sudi membantu aku.Perlahan lahan aku mendongak.
..dan...
Eh,dia?
Share this novel