Bab 15

Drama Series 12355

Aku belikan Nia Nasi Minyak.Aku beli nasi tu kat kedai tepi jalan aje.Tapi harganya mencecah 5 ringgit jugak satu bungkus.Kalau Nia tak makan jugak..haih..aku tak tahu lah nak kata apa.Mahal jugak tu.Nasi aku sekali dengan lauk tadi dah 7 ringgit.Sekali dengan air,9 ringgit.Baik makan kat sana,lagi untung.

Masa tengah otw ke rumah,tiba tiba ada whatsapp masuk.Aku tengoklah.Tapi mesej tu dari seseorang yang tiada dalam senarai kenalan.

"Assalamualaikum"

Aku abaikan saja mesej itu.Mungkin ada yang sengaja main main.Belum sempat aku tutup telefon,tiba tiba mesej masuk lagi daripada orang yang sama.

"..saya Rayyan.."

Bila baca,aku terus memberhentikan kereta ditepi.Haha..nampak tak betapa terujanya aku bila berhadapan dengan sesuatu yang berkenaan dengan lelaki bernama Rayyan?Nampak sangat aku senang bila dapat tahu bahawa Rayyanlah pengirimnya.

"Waalaikumsalam"

typing..

"..macam mana awak boleh ada nombor saya?"aku tekan butang send.Biasanya aku akan berasa marah bila ada orang tahu nombor telefon aku tanpa kita sendiri bagitahu.Tapi lain pula aku kali ni..Tak nampak macam marah pun.Malah rasa gembira pulak.

haih..itulah hebatnya permainan cinta,kan?

err,cinta?

"..kalau saya dah cintakan awak,bukan setakat nombor telefon je yang saya akan dapatkan..Saya akan dapatkan hati awak jugak.."

Aku tergamam membacanya.Haih..dia ni.Kenapa semakin nakal sejak kebelakangan ni?

"..hm..yalah tu..ada apa ni?"aku menghantar mesej lagi.

"..Mya,saya nak jumpa awak.Awak free tak?"aku baca balasan daripada Rayyan.Oh,nak jumpa.Tanya aku free ke tak?Buat pengetahuan kau,Rayyan..Hidup aku tak menentulah..Nak kata bebas,takdelah bebas sangat walaupun mak dan ayah aku langsung tak kongkong aku.Tapi..entahlah..Aku rasa macam leher aku kena rantai.Aku tak sentiasa boleh keluar.

..tapi...

Kalau sebab Rayyan,mestilah boleh!?

"..saya tak buat apa apa pun hari ni"aku menunggu balasan daripada Rayyan.

"..oh,jadi boleh kita jumpa?"balasannya membuatkan aku tersenyum bahagia.

"..sure.."aku send.

"..ok,kita jumpa kat pantai boleh?"

Dahi ku berkerut.Pantai..?Amboi!Tapi aku iyakan saja."..ok.."

"..saya tunggu awak sekarang."aku baca balasan daripada Rayyan.

"ok"balasku pendek.

"..datang tau..Saya sayang awak?"aku tak balas untuk whatsapp dia tu.Aku tinggal bluetick.

Aku terus pecut cepat cepat menuju kerumah.

"..Nia..!!"

"..Nia..!!!"laung aku kat depan pintu.Dua minit lepas tu,pintu dibuka.Terpacul wajah Nia kat depan.

"..nah.."aku hulur plastik berisi nasi minyak itu kepada dia.Dia menyambut sambil mengerutkan dahi.

"..bau..bau macam nasi minyak..Kenapa kau beli nasi?Aku kan nak McD?"soal Nia macam tak puas hati.

"..aku dah beli tu,bersyukurlah sikit.Kalau ikutkan hati aku tadi,aku taknak beli untuk kau apa apa langsung.Tapi aku kesian je..Takut kau mati kebulur kat rumah sebab takde makanan..Yalah,bukannya kau pandai masak sendiri pun.."aku membebel panjang

Dia mengeluh."..yalah yalah..Thanks"

aku tak menjawab dan terus masuk kedalam kereta semula."eh eh..kau nak pergi mana lagi tu..?Baju aku kau tak basuh sejak minggu lepas lagi..Aku nak pakai apa kalau macam tu..?"

aku pandang dia."..tak payah pakai apa apa.."balas aku lalu beredar dari situ.

Sekarang aku nak jumpa Rayyan je!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience