Hari ni Rayyan ada temu janji dengan pihak hospital.Aku temankan Rayyan pergi sebab aku tak sanggup nak biarkan dia pergi sorang sorang.
Kami masuk didalam satu bilik yang cerah sangat.Seorang wanita cina yang berambut pendek itu suruh kami berdua duduk dahulu.Dia memakai jubah putih.Bilik ini berbau ubat.
Dia duduk dihadapan kami sambil tangannya diletak keatas meja.
"..ini wife you?"soalnya kepada Rayyan.
Rayyan pandang aku dan angguk.
"..cantik..!"pujinya lalu tersenyum kepada aku.Aku balas senyumannya.Cantik?Ahaks!!Ni rasa macam nak perasan ni.
"..okay,can we start now?"soal doktor itu dikala tangannya sedang mencapai satu buku nota.
Rayyan mengangguk.
*****
Setelah siap,kami singgah disatu restoran untuk makan tengah hari.Aku ambil nasi putih dan ikan keli berlada manakala Rayyan memesan nasi briani.
"..saya takutlah.."ujar aku sambil mengacau milo ais menggunakan straw.
"..takut?Takut apa?"soal Rayyan pula.
"..minggu depan awak dah nak operate.."
"..jadi?"soal Rayyan.
"..saya takut something bad akan jadi..macam mana kalau pembedahan tu berjaya?Saya taknak kehilangan awak..Saya takut sangat dengan semua ni.."adu aku sambil mengeluh.
Rayyan tersenyum memandangku.
"..takde apa yang perlu ditakutkan..Allah kan ada?Mya boleh berdoa kat dia supaya dia selamatkan saya.Panjangkan umur saya.."beritahu Rayyan sebelum menyedut minumannya.
"..memanglah saya akan berdoa banyak banyak kat Allah tapi saya still takut..Saya takut Allah tak makbulkan doa saya..Saya sedar yang saya ni bukannya bagus sangat dalam agama..Saya ada banyak kekurangan.."bagitahu aku sambil menunduk.
"...tak payah fikirlah pasal tu..Kalau Allah nak saya hidup lebih lama,pasti dia akan panjangkan umur saya jugak..Tapi kalau dia nak tarik nyawa saya,saya pasrah..Siapalah kita untuk melawan kehendak dia..
Mengenali awak adalah satu perkara yang amat bertuah bagi saya..Kenal awak dan dapat kahwin dengan awak,itu adalah satu kebahagiaan untuk saya..Kalau saya mati,saya harap sangat awak akan tetap cintakan saya.Sebab kalau saya akan mati nanti,cinta saya pada awak akan tetap ada kat dalam hati saya..
Nama awak dah lama terukir dihati saya.Dan nama awak tu,takkan dapat dipadamkan walau macam mana sekali pun..Kalau saya ditakdirkan mati nanti, saya harap sangat awak akan terus mencintai dan menyayangi saya walaupun saya tak dapat nak balas semua tu.."ujar Rayyan panjang.
"..awak janganlah cakap macam tu..saya makin takutlah.."aku menahan sedih yang tidak terhingga.
Rayyan tersenyum sahaja.
Dalam hati,Rayyan juga berasa takut dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku..
Semoga Allah memberikan yang terbaik!
Share this novel