Kereta BMW hitam itu terus bergerak sama sebaik sahaja kereta bermodel Audi perempuan itu meluncur keluar dari perkarangan rumahnya.Sudah lama dia menunggu ketibaan gadis yang dikenalinya dalam tak sengaja itu.
Apabila kereta yang diekorinya itu membelok kekanan,dia turut membelok sama.Sehinggalah kereta yang perempuan tu pandu berhenti disekitar medan selera.
Dia memberhentikan keretanya agak jauh dari kedudukan kereta perempuan itu.Bukan apa,takut perbuatannya disedari sesiapa tanpa dia sendiri sedar akan hal itu.
Dia menurunkan separuh tingkap kereta dan melemparkan pandangan kepada seorang gadis yang baru keluar dari keretanya.Gadis yang bertudung bawal itu melangkahkan kaki ke satu restoran yang tidak ramai sangat pelanggannya.
Dia tersenyum melihat gadis itu.Perlahan lahan dia mengeluarkan sesuatu dari dalam walletnya.Sekeping gambar yang dia pegang itu ditatapnya tanpa berkelip.
"..Mya Qaisara..aku memang betul betul dah gila..gilakan you,Mya..Muah!!"kata lelaki itu lalu mencium gambar ditangannya.
***
Aku masuk ke restoran yang belum pernah aku masuk.Cantik juga dekorasi restoran ni.Nampak kuning dindingnya dengan corak bunga bunga halus pada bahagian atasnya.
Aku tengok lauk lauk yang ada.Disebabkan hari sudah mahu menganjak ke tengah hari,maka kebanyakan kedai sudah menyediakan menu untuk tengah hari.
Mula mula,aku ingat nak makan roti roti bakar saja tapi bila difikirkan balik...Ada baiknya jika aku terus mendapatkan makanan untuk makan tengah hari.Lebih kenyang.Lagipun aku terliurlah tengok ikan keli berlada yang lelaki melayu tu baru letak..Dah lah gemuk gemuk ikan tu.Panjang panjang pulak.
Laju sahaja tangan aku pergi capai pinggan kaca yang disediakan.Tak ramai pelanggan kat sini.Mungkin sebab mereka suka makan pagi kat rumah.Orang macam aku je yang akan datang sini.
Setelah menyendukkan nasi,aku dengan pantasnya bergerak ke tempat lauk lauk berada.Aku pilih ikan keli yang paling besar.Lepas tu aku ambil labu masak kuning dan sedikit sambal belacan.
Aku duduk di satu meja yang berada dibahagian tepi.Aku memanggil pekerja perempuan yang tengah bermain telefon itu.Dia terus datang mendekat.Aku order milo ais.
Sementara menunggu minuman siap,aku rasa ada baiknya jika aku makan dahulu.Bukan apa,aku betul betul dah lapar tahap gaban dah ni.Setelah membaca basmallah,aku terus menyuapkan nasi kedalama mulut.
Ya Allah..sedapnya!?
Terus aku menyuap untuk kali kedua,ketiga keempat dan kelima tanpa sempat berhenti.Sedapnya.Aku tak boleh tahan untuk tak menyuap nasi ni.Tiba tiba aku tersedak.
Suara aku yang macam tercekik kulit udang itu menarik perhatian pelanggan yang ada.Yang aku boleh buat hanyalah memandang ketepi dinding sambil menepuk nepuk dada yang terasa sesak.
Tiba tiba mata aku dihidangkan segelas air teh sejuk yang dihulurkan oleh satu tangan yang lain."..nah..minum air ni dulu.."aku dengar sipemberi itu berkata.Setelah mendapat green light,aku apa lagi.Terus merampas gelas ditangannya.
Aku minum macam dah seminggu tak minum air.
Glop..!Glop!!Glopp!!
Aku meletakkan gelas yang sudah kosong itu keatas meja sambil mengurut urut dada.
"..dah okey?"tanya lelaki yang ada dibelakang aku.Alamak..Lupa kejap akan kewujudan lelaki tu.
Perlahan lahan aku menoleh.Aku nampak ada seorang lelaki tengah pandang aku dengan pandangan yang risau.Terus aku bangun dan menghadapnya.
"..er..dah okey..err..terima kasih sebab dah tolong saya...aa..air awak dah habis..Ke..kejap,saya bayar balik..."kata aku tergagap gagap sambil mengeluarkan dompet dari dalam handbag.
Belum sempat apa apa,lelaki tu terus menghalang."takpelah..saya ikhlas tolong awak.."
".errr..ok.."
Share this novel