"..Mya!!"
"...Mya!!!"
Aku terdengar nama aku dipanggil berkali kali.Aku buka mata..hm..dah pukul berapa ni...?Aku pandang jam tangan..
pukul 1:15 petang..
"..Myaaaa!!!!"
hish..siapa ni yang suka suka jerit panggil nama aku yang comel tu..Tak setap betul!
"..iyerrrr!!!"balas aku dengan nada keras.
"..Mya kau pekak ke apa!?"jeritan itu kedengaran seiring bersama bunyi ketukan yang bertalu talu.Tu suara Puan Fidya.
hish..nak apa!?Kan aku dah jawab tadi..!?Kau atau aku yang pekak sekarang ni!?
"..apa dia!!?"soal aku dingin apabila aku membuka pntu yang sedari tadi berkunci.Terpampanglah Puan Fidya yang tengah bercekak pinggang.
"...kau ni..!!!Kecik kecik taknak mati!Bila besar,susahkan orang pula?!!Nak jadi apa kau ni!?"herdik Puan Fidya tiba tiba.Aku tersentak.Angin takde..Ribut lagilah takde..
Kenapa tiba tiba ni!?
"..ada apa sebenarnya,mama!?"soal aku agak tak puas hati.Kut iya pun nak marah marah,at least bagitahu lah apa kesalahan aku dulu..
sebab seingat aku,aku tak buat salah pun!
"..boleh kau buat buat tanya..!?Hari ni kan hari rabu!?Patutnya,hari ni tugas kau pergi beli barang barang dapur!!!"jerit Puan Fidya macam seorang makcik Indonesia promote bakso dalam sinetron kat dalam tv.
lerr...pasal tu je..?Ingatkan aku curi rantai emas dia yang berat menanang nanang tu..?Kalau betul aku curi,memang normallah kau marah aku...tapi ni..
sebab ni je..
sebab ni!?
Apa yang mama buat ni!?
Tak masuk akal!!
"..alah..kejap kejap lagi Mya pergilah.."balas aku yang mahu mengelak sebenarnya.Aku cuba menutup pintu bilik namun Puan Fidya cepat menahan.
"..banyak cantik kau..?!Pergi beli...Sekarang,aku suruh sekarang!"jerkah Puan Fidya sambil membuntangkan biji matanya.
"..Mya nak solat zohor dululah,ma..!Mya bukan macam mama..Kali terakhir mama solat adalah pada Mya umur 7 tahun,kan!?"sempat aku sembur dia sebelum menutup pintu kasar.
Puan Fidya pula terkebil kebil sendiri.
asal??
..terasa..?
..malas aku nak layan!
Aku tak terus solat pun sebenarnya sebab kat sini,waktu zohor belum masuk lagi.Aku berbaring diatas katil sambil memejamkan mata..
baik aku tidur dulu.
Share this novel