"..jadi..Daniel harap sangat papa pertimbangkan permintaan Daniel..Daniel dah tak sanggup nak tengok Mya menderita kat dalam rumah dia sendiri.."kata Rayyan semasa dia keluar makan tengah hari dengan papanya,Tan Sri Nazri.Dia terangguk angguk sendiri setelah mendengar penjelasan anaknya.
Tan Sri Nazri ialah pemilik kepada N&D Holding.Suatu hari nanti,syarikat yang diusahanya itu akan diberi kepada anaknya pula.Tan Sri Nazri sebenarnya mempunyai tiga cahaya mata.Anak pertamanya ialah lelaki.Namun dia sudah meninggal semenjak dari kecil lagi kerana menghidap barah otak tahap 4.
Anak keduanya pula bernama Diana Ar Ryana,berusia 34 tahun dan sudah berkahwin tujuh tahun yang lalu tapi masih tidak mempunyai anak.Doktor sudah mengesahkan bahawa kedua dua suami isteri itu tidak mempunyai apa apa masalah seperti mandul.Semuanya baik namun tuhan masih belum mahu memberikan mereka cahaya mata.Tapi tidak mengapa.Walaupun agak terkilan,Ryana tetap percaya bahawa semua yang terjadi mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
Rayyan ialah anaknya yang paling bongsu.Rayyan berusia 26 tahun,dua tahun lebih tua daripada Mya.Rayyan bersifat sopan dan tidak mudah marah.Berbeza pula dengan kakaknya yang cepat panas hati.
"..takpe Daniel..Ada masa nanti,papa akan bincang dengan mama kamu..Lagi pun,papa nampak mama kamu macam dah tak sabar sabar nak menantu.."kata Tan Sri Nazri lalu ketawa kecil.
Rayyan senyum sahaja.Dalam hati,dia rasa sungguh bersyukur kerana papanya sudi mendengar permintaannya.
'..tunggu saya,Mya...'
***
Mama dan papa takde malam ni.Papa ada hal kat Dubai.Mama pulak tak boleh berenggang dengan laki dia,so dia pun nak ikut.Jadi,tinggallah aku berdua dengan Nia.Ops!Lupa pulak nenek...Eloklah tu..takdelah rumah ni bising sangat dengan jeritan mama dan papa bila Nia mengadu pasal aku.
..cuma nenek yang buat aku lemah semangat sikit..Jeritan dia..Fuhh..Boleh masuk hospital bagi sesiapa yang ada lemah jantung..
Malam tu..
Nia ajak nenek kesayangan dia pergi shopping.Nenek pula bukan main teruja.Terus terkedek kedek dua orang tu keluar.Langsung tak pandang dan tak ajak aku.Huh!Lantaklah,tidur lagi baik.
Masa tengah nak buat tahi mata..
Tiba tiba aku dengar macam ada orang tengah bercakap diluar rumah.Bunyi macam dua orang lelaki macam tengah bertengkar apa entah.Tiba tiba bulu roma aku menegak.
Laju sahaja aku melangkah ke arah tingkap bilik.Perlahan lahan aku buka langsir.Bulat mata aku bila nampak ada dua orang lelaki yang berpakaian jaket kulit hitam tengah memanjat pagar rumah.
Aduh..!Macam mana ni!?Dah lah aku sorang sorang kat rumah ni..Macam mana kalau Nia tak kunci pintu utama?!Kalau diorang masuk macam mana..!?Ya allah..Apa aku patut buat ni..Nak lari ikut pintu dapur,aku rasa takut nak turun.Entah entah kat pintu dapur pun dah ada orang serbu.
Aku intai kat tingkap tu lagi.Sorang dah lepas panjat,tinggal sorang lagi yang masih terkial kial atas pagar.Lelaki yang kat bawah tu terus tarik lelaki yang masih tak boleh nak turun tu bila dia rasa macam dah bosan nak kena tunggu kawan dia turun.
Aku masih mengintai.Aku dengar dua orang tu bercakap cakap.Aku tak berapa nak dengar sangat tapi aku dapat dengar beberapa butir perkataan yang keluar dari mulut diorang.
"..aku rasa rumah ni takde orang kot.."ujar lelaki yang agak berisi sikit.
"...ye ke takde?Tu ada kasut?"soal lelaki yang lebih kurus itu sambil menunjuk kasut tumit tinggi milik Nia.
"..bengong..Rumah orang kaya,kau ingat ada kasut sikit je?"marah yang bertubuh besar itu.Lelaki yang lebih kurus itu ketawa kecil apabila dirinya dimarahi.
"..Macam ni,Jai..aku pergi belah si.."belum sempat yang gemuk tu bercakap sampai habis,tiba tiba kawannya menyampuk.
"..Kejap!Yang kau pergi sebut nama aku tu kenapa,Dol!?"soal yang bernama Jai itu.Dol pula terkejut bila Jai menyebut namanya.
"..yang kau pergi sebut nama aku tu kenapa,Jai?!"soal Dol pula.
"..kau yang sebut dulu..!"
"..kau lah..!"
"..engkaulah..!!"
"..Sudah!!"tiba tiba ada satu suara yang lain.Di situ ada seorang lelaki yang tiga kali ganda lebih besar tubuhnya berbanding dengan tubuh Dol.Lelaki gemuk tu berjalan perlahan ke arah mereka.
''..eh..Timbalan pembunuh rupanya.."tegur Dol.
"..jangan buang masa!Nanti rosak plan kita kalau ada orang nampak!Nanti boss marah kau,kau nak ke!?"gertak yang gemuk tu.Dua dua geleng kepala.
" .dah!Dol,kau pergi jaga belakang..Aku dan Jai masuk sini..Lepastu Jai,kau terus naik tingkat a..!"Kata kata si gemuk tu terhenti semasa pandangannya terarah pada aku yang tak sempat nak bersembunyi.Alamak!Dia nampak aku!Habislah!Habislah!!!
Dari dalam bilik,dapat aku dengar akan suara lelaki itu.
"Aku dah dapat kesan pompuan tu!!Cepat!Move!Move!!"
Aku sudah ketar kepala.Sungguh!Dalam situasi begini,aku tidak tahu mahu buat apa.Aku semakin takut apabila mendengar bunyi tombol pintu dicungkil dari luar.Mereka nak pecah masuk ke!?
Telefon!!Mana telefon aku ni!Tiba tiba baru teringat yang telefon aku ada kat atas meja dapur.
Someone,please tell me what to do!!
WHAT SHOULD I DO!!!?
Share this novel