Bab 61

Drama Series 12355

Tiga bulan telah berlalu...

Kehidupan aku bersama Rayyan semakin hari semakin membaik.Kami sudah tinggal berasingan dengan mak ayah Rayyan sebab tak selesa jugak aku asyik menumpang dengan mertua.

Tambahan pula aku dapat tahu yang aku sedang mengandung.Usia kandungan aku sudahpun mencecah 3 bulan.

Rayyanlah yang paling gembira.Aku?Pastilah aku pun gembira tapi perasaan takut masih ada dalam hati aku.Perasaan takut nak beranak..semuanya ada.

Puan Sri Shida dan Tan Sri Nazri pun gembira sangat sampai diorang terus pergi ke bandar untuk membeli barang keperluan bayi.

*****

Pada suatu hari semasa Rayyan bekerja..

Aku yang tengah landing atas sofa sambil tengok youtube terkejut tatkala telinga aku mendengar bunyi loceng rumah ditekan dua kali.

Siapa pulak yang datang ni?Nak taknak aku terpaksa bangun sebab orang kat luar tu masih tak berputus asa untuk menekan loceng.Aku mencapai tudung shawl hitam yang memang tersedia disofa yang aku duduk.

Perlahan lahan aku buka pintu.Aku menjengahkan kepala keluar.Aku nampak ada seorang wanita sedang memegang pagar.Dia tersenyum kepada aku.

Aku memakai selipar dan perlahan lahan menghampiri pagar.

"..ya,ada apa yang saya boleh tolong?"soal aku sebaik sahaja aku berada didepannya.

"..er,dik..akak sebenarnya dalam perjalanan ke rumah mak akak..Tapi jauh lagi nak sampai..sekarang ni akak rasa nak terkencinglah..boleh tak kalau akak nak tumpang tandas?Sekejap pun jadilah.."dia berkata sambil merapatkan kedua dua tangannya kedada.

Aku jadi kasihan pula pada dia.

Lantas aku membukakan pagar untuk dia.


"masuklah kak...sila sila.."jemput aku sambil tersenyum.

Dia senyum dan terus masuk.Aku masuk kedalam rumah dan diikuti dia.

"..wah..cantiknya rumah..Pandai adik hias..."puji wanita itu semasa aku membawanya ke arah tandas.


"..eh biasa jelah..saya tak pandai pun hias..."jawab aku,jujur.Memang aku tak pandai hias pun.Rayyan lah yang buat semua ni.

"...ni tandas.."beritahu aku.

Dia angguk."..maaf ye kalau menyusahkan..?"

Aku senyum saja dan terus berlalu kedapur untuk mendapatkan sedikit air.Aku buka peti.Sekotak susu Farm Fresh dikeluarkan.Aku tuang air tu kedalam sebiji gelas.

"..eh dik..kenapa pintu ni tak boleh bukak..?"soal wanita itu dari dalam tandas.Aku nampak pintu itu bergerak gerak namun tak terbuka.

"..kejap kak..biar saya tengok.."balas aku lalu kesana.

"..eh,dah bolehlah.."pintu itu terbuka dari dalam oleh wanita itu.Aku menghembuskan nafas lega.

"..terima kasih dik,sebab bagi akak tumpang tandas.."ucapnya sambil tersenyum.

"..takde hal lah kak..Benda kecik je.."aku balas senyuman dia.

Dia mengangguk.

"..eh,kejap..akak nak tanya..Adik memang bela iguana ke kat dalam tandas ni?"soal dia dan aku terus terkejut.

"..ha!?Iguana?Mana ada!"nafi aku sambil menggeleng berkali kali.

"..tapi kat dalam tu ada iguana..siap beranak anak lagi.."bagitahu wanita itu dengan wajah bingung.

"..akak salah tengok kut..kejap,biar saya tengok..."ujar aku lalu perlahan lahan masuk kedalam tandas.

Baru je kaki aku nak mendarat di lantai tandas,tiba tiba aku rasa macam ada satu tangan yang menolak tubuh aku dari belakang dengan tenaga yang kuat.

Aku jatuh terduduk dan menyeringai sakit.

Rasa sakit pada perut aku.Ya Allah..aku tak pernah rasa sakit yang sesakit dan sepedih ini.

Aku nampak perempuan itu tersenyum sinis.

"..lain kali,jangan percayakan orang yang tak dikenali...!Huh!Tugas aku dah selesai..Bye bye sayang...."dan wanita itu terus berlari dari situ.

Aku menjerit sekuat hati.Tiba tiba aku nampak ada darah yang mengalir pada betis aku.

Sakit...!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience