Bab 12

Drama Series 12355

Aku tutup pintu bilik dan terus berbaring diatas katil.Aku pandang siling putih bersih diatas kepala aku.Tiba tiba aku ternampak bayangan wajah Rayyan.Hmm..Rayyan..

..Eh!!Apa aku ni!?Aku memang dah jatuh cinta kat dia ke?Kalau ya,kenapa aku boleh jadi macam tu?Aku dah angau ke ni..?Kenal takdelah lama sangat tapi...

...aku dah jatuh cinta..?

..adakah ini cinta pandang pertama..?

Sempat aku nyanyi satu ayat.Lagu Cinta Pandang Pertama oleh Reedzwan tu.Hmm..aku rasa,aku memang dah angau dengan dia ni..Kalau tak,takdenya aku pergi nyanyi lagu yang selama ni aku tak pernah peduli langsung.

tiba tiba..

"..wei!!Mana baju tidur aku yang mama baru beli semalam!?"jeritan Nia membuatkan aku sedikit tersentak.Aku duduk bercongak.

"..waalaikumsalam..Kau tanya apa ni?Baju kau,mana ah aku tahu..!"balas aku agak bengang bila Nia suka suka hati masuk kedalam bilik aku.Nia memeluk batang tubuhnya sambil mencebikkan bibir.

"..alah..manalah aku tahu kut kut kau curi baju aku tu..Maklumlah..Baju aku kan mahal..?Cantik pulak tu..Memang padan dengan aku yang lawa ni.."Nia memuji dirinya sendiri.

Aku membuang pandangan ke tepi.

"..kata apa orang..?Hei..aku tak hadap ah baju kau tu..Alah!Setakat baju yang ada belah belah tu..aku tak hairan ah..Lainlah kalau blous hitam blink blink keluaran terbaru tu.."aku berkata dalam senada.

Nia merengus."..at least,aku ni berfesyen..Bukan macam kau..Pakai baju tak up to date langsung...Hisy!!Tak sanggup aku..panaslah..!Hahaha.."Nia ketawa dengan gediknya.

Aku menjulingkan mata keatas."..ouh..baru aku tahu yang neraka tu ada aircond.."Nia tertelan tawanya.Dia terkebil memandang aku.

"..hm..dah ah..kalau kau tak curi baju aku yang cantik tu,aku blah dulu.."kata Nia lalu memusingkan tubuhnya kebelakang.

..hm..Nia ni pakai baju macam ni nak pergi mana..?"..kejap..!!"aku menahan dia.Nia menoleh dengan riak wajah yang malas sekali."..apa dia?Kau ni kacau ah.."rungut Nia.

Aku mencebik.

"..kau nak pergi mana?"soal aku sambil memandang dia.

"..jumpa kawan..Jumpa pakwe..makan makan.."balasnya sambil tersenyum senyum sendiri.

"..keluar..?"Nia angguk.

"..pakai macam ni..?"aku pandang dia atas bawah.Nia mengangguk lagi.

"..nak keluar pun,pakailah elok elok sikit..Kau tu perempuan.."nasihat aku,agak lembut.Mungkin sebab nasihat benda baik.

"..habis kau lelaki?"

Nia pandang pakaiannya."..kenapanya?Kan cantik?"aku mengeluh.

"..baju kau tu,terdedah sangat..pakailah sopan sikit.."arah aku,masih agak lembut.


"..taknaklah..aku suka macam ni."balas Nia,kedengaran agak enggan.

"..kalau ya pun,pakai lah elok sikit kalau taknak pakai elok sangat.."suruh aku lagi.Nia mengeluh.

"..suka hati lah..life masing masing..!!"tiba tiba Nia melenting.Aku pun terus rasa macam nak main ketingting kat dalam bilik ni.Amboi!Aku cakap elok elok,benda baik..kau buat aku macam ni..?

"..kau mati nanti,orang lain jugak yang akan kafankan kau..!"kata aku agak tinggi.

".eyh!!Peduli apa aku!?"bidas Nia.

"..Kau dengar sini,Nia!Baju kau tu ketat.Dahlah singkat!Warna pink cair pulak..!Kau ingat benda benda yang kau punya tu kecik macam Nasi Lemak Kak Ton yang harga dia lima puluh sen!!?Hey!Macam nasi kukus 7 ringgit Pak Zalie lah!!"Sembur aku kerana terlalu marah.

"..biarlah!Benda cantik!Kenalah tayang depan orang ramai!Kalau sorok,macam mana orang lain terutamanya lelaki tu nak tahu!?Lelaki ni suka perempuan jenis yang pandai tayang benda benda cantik...Baru lah nampak seksi dimata diorang!!"

PANG!!!!

Aku tampar pipi kanan dia."...kau tahu apa beza seksi dengan seksa..?Tak tahu?Biar aku bagitahu!SEKSI kat dunia..SEKSA kat akhirat.Bertaubatlah,Nia..!Masih belum terlambat untuk kau berubah!"

Dan aku terus tinggalkan bilik aku sendiri itu semata mata tidak mahu melihat cara pemakaian Nia.

Nia langsung tak rasa apa apa.
Malu tak..Rasa berdosa pun tak..

Aku yang tengok ni pulak jadi segan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience