"..Mya tak kira!Mya nak bertunang dengan Rayyan jugak!Papa tak boleh halang Mya!Suka hati Mya lah nak hidup dengan siapa!!"aku menjerit kerana geram.Ruang tamu rumah banglo tiga tingkat itu terasa amat panas sekali walaupun sudah ada aircond yang terpasang dengan kuasa tinggi.
"..Kau tak boleh,Mya!Aku tak izinkan!"jerit papa dengan nada marah.
"..selama ni ada papa kisah tentang Mya?!Takde kan?Kenapa papa tiba tiba tukar angin!?"soal aku balik.
"...Dia tu siapa!?Entah dari keluarga mana?!Dia tinggal kat mana!?Kaya raya macam aku ke!?Atau hidup pun cukup cukup makan je!?Ke dia merempat kat bawah jambatan?!!Kau pergi tanya dia!Berapa kali sehari mak bapak dia bagi dia makan!?Ke setengah pinggan nasi kongsi 10 orang..!??Lauk pulak?Lauk??lauk??Ada ke dia makan mewah mewah macam aku ni?Entah entah sebiji telur ayam pun takde..!
Pakaian dia pulak macam mana!?Mesti kolot yang paling paling kolot kan?Masti pakai baju putih yang lusuh dan berwarna agak kekuningan kan?Kalau koyak baju tu,mesti mak bapak dia tampal dengan kain buruk buat kesat dapur kan?!
Hish tak mungkinlah keluarga diorang ada dapur..Rumah pun takde,ni kan dapur?Anak beranak dia mesti jenis yang berkarat semuanya kan?Kaki anak dia yang paling bongsu mesti berkerok macam kerak nasi kan?!Alahai apa aku cakap ni..Macam mana diorang nak kenal kerak nasi,nasi pun tak pernah nampak..Ahahaha!!!!"
Ruang tamu begitu bising dengan gelak ketawa tiga anak beranak tu.Papa gelak sambil memukul mukul meja..Mama pula ketawa sambil memukul bahu suaminya yang tercinta.Nia pula gelak sambil tutup mulut dengan hujung jari..Elleh..Nak control ayu lah tu!Ptuihh..
"..diamlah!!!Korang siapa nak hina dia!?Papa dan mama dan kau sekali,korang ingat korang ni besar sangat ke?!Papa ingat papa sorang je manusia yang ada harta kat dunia ni!?Papa ingat papa sorang je yang pakai pakaian bagus bagus.
Papa ingat papa sorang je yang ada kereta mewah,rumah besar,makan sedap!?Kalau papa boleh,tak mustahil orang lain pun boleh!!Lain kali masa cakap,otak letak kat kepala,bukan tapak kaki!!"jerkah aku macam orang gila.Gilalah aku kalau duduk diam je bila ada orang hina orang yang aku cinta.
Sebaik sahaja aku selesai menjerkah,papa terus tertelan tawa.Dia pandang aku dengan mata yang sengaja dibuntangkan.Papa bangun lalu menapak kearah aku.
"..aku atau kau yang bercakap tak guna otak!?Kau bagitahu aku!!!"tengking papa pula.Heh..papa ingat aku takut kat dia ke..?Dengan beraninya aku berdiri sama tinggi dengan dia.
"..papa yang tak guna otak!!"jerit aku.
"..kau ulang lagi sekali!!!"
"..papa dah pekak ke!?!??"
PANG!!!!!
Mata aku berpinar pinar.Sakitnya Ya Allah...sakitnya...Aku pegang pipi aku yang mula terasa berdenyut.
"..sakit..?"soal papa dalam nada mengejek.
"..eh taklah..geli je.."balas aku dengan nada yang serupa.
"..oh geli..jadi kau nak rasa lagi..?"soal papa lagi.
"..kalau papa nak bagi,Mya ok je.."aku buat buat senyum walhal hati aku sudah menangis sedih.
"..nak geli macam tadi ke,nak tambah lagi kegelian tu..?"soal papa lagi.
"..up to you..."balas aku sambil tayang sengih.
"..abang!!Mya memang dah melampau.Berani dia main mainkan abang!Cepat pergi ajar dia..!!"suruh Mama.
"..entahnya...cekik terus lagi elok,pa.."tambah Nia.
''...kau ni Mya...memang sengaja naikkan amarah aku..."papa berhenti sejenak.
"..nasib baik aku tampar kau je..Belum lagi buat benda yang lebih dasyat.Jangan sampai aku kerat kau 19,Mya.."kata papa sambil pandang aku dengan mulut yang tertutup dan hanya suara yang kedengaran berbolok.
"..kata apa orang,pa?Kalau papa nak buat,buat jelah..Mya tak kisah,tak pernah kisah dan takkan pernah kisah..Kalau papa cakap semata mata nak gertak Mya supaya diam...Haih..Mya rasa baik tak payah pa..Tolong jadi profesional sikit..Sikit je..Mya tak mintak banyak.."kata aku sambil merapatkan kedua dua tangan ke dada..
Aduh..nada yang aku guna..memang jenis nada yang orang cakap gali kubur sendiri...
"..ok,kau yang mintak.."papa berhenti sejenak sebelum menoleh kearah anak kesayangannya yang berada di belakang.
"..Nia..pergi ambil kapak"suruh papa.Automatik jantung ku rasa macam nak luruh.Papa..betul betul nak sembelih aku ke..
"..alright,pa..Ni Nia sayang papa ni.."kata Nia lalu berlari lari anak ke arah dapur.Aku pula nak mintak tolong siapa..?Tiga lawan satu..Sah sah lah aku yang akan kalah.Kebetulan pulak Mak Mah pergi umrah hasil kutipan anak anaknya yang sudah bekerja.
Tidak lama kemudian,Nia datang terkedek kedek sambil memegang sesuatu.
"..papa..Nah kapak.."beritahu Nia lalu menghulurkan satu objek yang panjang dan berkilat.
Aku tersentak.Itu..itu bukan kapak..tapi tu sudip.
Papa pun pandang Nia dengan riaksi terkejut.Asal?Terkejut ke anak kesayangan kau yang ditatang bagai minyak yang penuh sampai tumpah semuanya tu langsung tak pandai nak bezakan mana satu kapak dan mana satu sudip..?
"..Nia..Apa Nia buat ni?Ni bukan kapaklah,Nia.."beritahu Papa sambil menggeleng geleng sendiri.Kesal mungkin.
"..b..bukan..jadi ni apa..?Yang Nia ambil ni bukan ke kapak namanya..?"soal Nia sambil berkerut kening.
"..bukanlah Nia..Ni bukan kapak tapi ni pemukul telur..Apa Nia ni,kapak pun tak boleh beza kan..?"
Makin tersentak aku jadinya.Sorang kata kapak,sorang kata pemukul telur..Mama pulak..?Entah entah dia kata toaster pulak.
"..Hahahah..Wait wait..korang masuk maharaja lawak mega ke apa ni..?Serius kelakar,do.."kata aku sambil ketawa terbahak bahak.
Dua dua beranak tu pandang aku macam nak telan hidup hidup sehinggakan aku tertelan tawa sendiri.
"..abang,tu bukan kapak atau pemukul telur!Tu sudip namanya!!"
"lah..mama tahu rupanya..ingatkan tak tahu jugak..Cayalah mama!!Agak agak boleh dapat saguhati tak kalau mama masuk pertandingan memasak kategori prasekolah...?"Serius!Aku tak sedar yang aku terlepas cakap.
"..maybe aku menang kot..Kalau buat 'Mya Panggang Marmallade' lah..Abang,cepat pergi pukul budak tak pandai hormat kita tu!Sudip pun sudiplah!!"kata mama lalu menggesa suaminya supaya menerima sahaja sudip yang Nia bawa.
Papa ambil sudip ditangan Nia.
"..Sayang!!Nia!!Cepat kepung dia!!Mya cuba nak lari tu!"sebaik sahaja dua orang perempuan itu menerima arahan,terus mereka bergerak.Mereka pakat pakat kepung aku sampaikan aku terperosok di sudut ruang tamu.
Aku pandang kiri..Ada mama yang bercekak pinggang.Aku pandang kanan pulak.Ada Nia yang tengah menumbuk numbuk dadanya persis kingkong.Aku pandang depan.Kelihatan papa yang tengah mengacah acah aku dengan sudipnya.Dua kali tengok nampak macam seorang guru yang garang mahu merotan anak muridnya..
Tapi..Situasi ni benar benar berbeza.
Guru merotan sebab mahu mendidik..sebab guru sayangkan anak muridnya dan guru tu ingin melihat hidup anak muridnya berjaya.
Tapi aku pulak..
Papa memukul aku kerana mahu mendera.Sebab papa aku bencikan aku dan mahu tengok hidup anaknya musnah!!
Papa mengangkat tangannya.Mahu memukul aku dengan sekuat hati.
Aku pula sedang menutup muka dengan tapak tangan.Bersedia mahu menghalang sudip tu mengena dan menghias wajah cantik ku ini dengan garis garis luka.
Aku pejam mata.
Ya Allah,selamatkan lah aku..
'Rayyan..Tolong saya!!'
Share this novel