Bab 19

Drama Series 12355

Seminggu telah berlalu.Aku dan Rayyan sudah bergelar tunangan masing masing.Papa aku iaitu Encik Fadil dengan besar hatinya merestui hubungan kami.Puan Fidya pun sama.Dulu bukan main diorang hina,caci maki Rayyan.Bila dah tahu siapa orang yang aku nak bertunang sangat tu,barulah kedua duanya menerima dengan baiknya.Setelah kejadian malam tu,barulah aku tahu satu perkara.

Rayyan ni sebenarnya anak kepada Tan Sri Nazri.Tan Sri Nazri tu selalu jugak berurusan dengan papa.Mungkin sebelum ni papa dah lama kenal dengan Rayyan cuma tak tahu bahawa aku pun kenal dia.Eh,bukan setakat kenal..

***

Ting!Tong!Dari dalam bilik aku,dapat aku dengar akan loceng rumah yang ditekan sekali.Ini mesti Rayyan sebab Rayyan dah call tadi.Dia cakap nak lunch dengan aku tadi.Aku pula,lepas letak handphone..

Laju je aku pergi bersiap.Tak sabar nak jumpa Rayyan.Lagipun aku bosanlah.Duduk kat penjara ni sorang sorang..Sesekali nak jugak aku bergembira.Aku pakai seluar jean biru gelap dan kemeja putih serta tudung shawl biru gelap.

Masa aku turun,aku nampak Nia tengah tercegat di tengah pintu.Mungkin dia tengah menyambut kedatangan boyfriend aku kot..Reti pulak minah tu layan tetamu yang datang.Biasanya,dia selalu mengarahkan aku supaya buat apa yang dia suruh.

Buka pintu,kalau tetamu tu kawan kawan dia,dia suruh aku hidangkan air.Hisy!Dia ingat dia tu besar sangat ke nak aku ikut cakap dia!?Hari ni bagus pulak..

Terus berubah persepsi aku terhadap Nia.Anjing!Apasal dia gesel geselkan rambut berkarat tiang lampu dia tu kat Rayyan.Rayyan pulak aku nampak dia tak tengok langsung perempuan tu.Segan kot nak tengok peha yang takde lah nak putih sangat macam yang aku punya.Apa ni!?Dia cuba nak ambik Boyfriend aku ke?!

Amboi kau..Woi Harris kau nak campak mana?!Dalam longkang belakang rumah!?

"..Mya..!"panggil Rayyan sebaik sahaja dia nampak aku.Aku sengaja merempuh badan Nia.Mujur tak tertonggeng minah tu gara gara rempuhan angin taufan aku.

"..Apasal kau bergetel kat sini?Pergilah sana!"halau aku lalu menolak tubuh Nia supaya jauh dari kami yang merupakan pasangan bercinta ni.Nia terkebil kebil memandang aku.

"betul ke kau ni girlfriend dia!?"soal Nia yang sudah beratus ratus kali bertanyakan hal yang sama.Aku tunjuk muka bosan."Yalah..Lelaki yang berdiri kat tepi aku ni,yang putih,baik dan kacak nak mampus ni memang boyfriend aku pun..Asal?Asal kau asyik tanya?Tak percayakan aku?Kau ingat aku upah dia supaya menyamar jadi boyfriend aku ke?Teman lelaki upahanlah kiranya...apa?Kau ingat aku ni tak laku ke?"bertubi tubi soalan yang aku lontarkan kepada Nia.

Padan muka dia.Biar dia tahu hakikat sebenar.Selama ni kau sombong sangat dengan aku.Orang sombong,bila bercakap tengok atas sedangkan yang di atas tak suka orang yang sombong."..Jom Ray..Menyampah pulak aku tengok muka ikan kau tu..Huh!"aku jeling Nia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience