Bab 20

Drama Series 12355

"Mya...saya nak tanya sikit ni.."ujar Rayyan sebaik sahaja kami masuk kedalam kereta milik Rayyan.Aku tak pandang dia sebab masa tu aku tengah pakai tali pinggang keledar."..apa dia..?Tanya jelah.."Lepas tu aku pandang dan senyum kepada Rayyan.

"..Awak...kenapa awak macam tak suka je kat adik awak tu..?"soal Rayyan lalu membuatkan senyum diwajah ku mula pudar.

"ooh..er..Mana ada,kitorang gurau gurau je.."Balas aku lalu buat buat betulkan tudung.Sengaja aku taknak bagitahu hal yang sebenar.

"..gurau awak cakap?Saya nampak,cara awak tolak dia tadi pun...Macam..Serius je?"soal Rayyan lagi.

"..ha..apa awak cakap ni?Masa bila pulak saya tolak dia?Merepeklah awak ni..Saya kan kakak,takkanlah saya nak tolak adik saya yang paling saya sayang..Dahlah dia je adik yang saya ada.."Kata aku sambil buat buat sapu habuk pada lengan kemeja.

"..tapi..Cara awak layan dia..Tak nampak macam awak sayang dia pun..Nampak macam meluat je.."

Aku mendongak."...nampak sangat ke?"secara tak sedar,aku bertanya.Rayyan mengangguk.

"..haih..macam nilah Ray..Ya..Memang saya tak sukakan Nia..Sangat tak suka dia..Memang saya menyampah dan meluat tahap gila gila kat dia..Saya tak suka dia!Takde adik,lagi baik daripada ada adik yang buat saya macam kucing kurap!"aku membebel sendiri.Rayyan hanya diam mendengar..

"..tapi..bukan ke cara yang awak buat tu melampau sangat..?Awak tolak dia,saya nampak sikit lagi dia nak terbalik kalau dia tak pegang pintu tadi.."aku menoleh dan membuntangkan biji mata kepada Rayyan.

"..apa awak ni,Rayyan!?Baru lima minit Nia bergetel kat awak,awak dan pandai nak bela dia..!?Siapa tunang awak sekarang ni,Ray?Saya ke Nia?Kalau awak pun nak bela sangat si Nia tu,habis tu siapa pulak yang nak backup saya!?Tak payahlah jadi tunang saya kalau macam ni!"

Aku melenting sendiri.Sensetif betul aku bila ada orang nak bela Nia.Tambahan pula aku tengah datang bulan mengambang.Lagilah aku mudah badmood.

"..bukan macam tu,Mya..Saya tak bela Nia pun..Siapa yang nak bela dia..?Dahlah baju tak cukup kain..Saya rasa kalau baju tu ditetas,alas meja kedai mamak lebih dua kali ganda lebih besar daripada kain baju dia tu.."bagitahu Rayyan.Aku pandang dia pula.

"ooh..pandai pulak awak cakap pasal tu?Habis tu kenapa awak macam nak backup dia tadi!?"soal aku lagi.

"..kan saya dah cakap,saya tak bela dia pun.."aku mendengus."..saya pun kan dah cakap,awak macam nak backup dia..!?Bukan saya cakap awak backup dia!"marah aku.

Rayyan menghentikan keretanya ditepi jalan.Hati ku tertanya tanya.Apasal dia berhenti ni..Dia nak halau aku supaya keluar dari kereta dia ke?Mungkin..Apa apa situasi pun boleh jadi lepas aku terjerit terlolong kat depan dia..

"Mya..tolonglah percayakan saya..Saya tak dan takde niat pun nak backup Nia..Siapa dia sampaikan saya nak backup dia..?Saya tanya itu ini sebab saya nak tahu situasi sebenar keluarga awak..Awak ingat saya tak rasa pelik ke bila awak cakap sayang Nia tapi cara awak layan dia,menunjukkan yang awak macam benci dia..?Budak darjah satu pun boleh nampak,Mya.."terang Rayyan sambil pandang aku.

Aku diam..

Sedar akan keterlanjuran aku memarahinya."...saya minta maaf,Ray..Saya pun takde niat nak marahkan awak..Saya..saya cuma stres..Hari hari kena berhadapan dengan Nia..Hari hari kena marah dengan mama dan papa.Kalau saya dan Nia bergaduh,mesti papa dan mama dan nenek sekali akan bela Nia.Sebab tu saya marah sangat kat awak bila awak macam nak backup Nia sebab bagi saya..Dia tak layak nak dibackup awak..Dia dah terlalu banyak dibackup,Ray.."jelas aku sambil tertunduk malu.

"..jadi sebab tu lah saya tanya awak..Saya nak tahu,kenapa awak boleh tertekan sampai macam ni sekali..".Aku pandang Rayyan."..Mya,tell me what's happen.."

Dan aku pakaikan kena pukau.Hati ku terpujuk untuk berspeaker corner.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience