Gerakan halus pada bahu aku membuatkan lena aku terganggu.Perlahan lahan aku membuka mata.Aku nampak Rayyan sedang duduk disebelah pembaringan aku sambil tersenyum.
"..Bangun Mya,dah subuh ni..Kita solat sama sama.."ajak Rayyan lalu turun dari katil dan terus masuk kedalam bilik air.Aku bangun dan membetulkan cadar.Selimut tebal yang kami gunakan tadi aku libat dua dan hampar pada hujung tilam dibahagian bawah.
Aku membetulkan kedudukan bantal.
Aku pergi kedepan cermin untuk mengikat rambut.Semasa didepan cermin,aku baru tersedar yang aku sebenarnya tak bertudung semasa tidur.
Aik?Aku ingat lagi,semalam aku tidur sambil pakai tudunglah..Apa ni?Rayyan ke yang tanggalkan tudung aku?Aurat aku macam mana??
"..tudung awak saya sangkut kat sana..Kenapa tidur sambil pakai tudung..?"soal Rayyan tiba tiba sambil mengambil songkok hitam dimeja kecil.
Dengar aje suaranya,terus aku letakkan tangan pada atas kepala.Nak tutup rambutlah ni,tapi tetap nampak rambut rambut yang lain.
"..buat apa nak tutup tutup..?Awak kan dah jadi isteri saya..Saya pun dah jadi suami awak yang sah..Jadi,tak berdosa pun untuk saya tengok aurat awak.."kata Rayyan sambil pandang aku.
Eh!Betul jugak,aku kan dah kahwin..Yang kat depan aku ni suami aku sendiri,bukannya orang lain..
Aku menjatuhkan tangan lalu terus masuk kedalam bilik air.Kemudian aku keluar berserta dengan wuduk.Masa aku keluar,aku nampak Rayyan sedang baca al quran di bucu katil.
Perlahan betul suaranya tapi bila aku tidak bercakap dan tiada bunyi bising,suara perlahan dia pun aku boleh dengar dengan jelas.Surah apa yang Rayyan baca ek?Aku dengar bunyi macam..
'Wa as haa bul maimanatima as ha bul mai manah..'.
Aku macam tahu tahu je potongan ayat ni namun aku tak pasti apakah nama surahnya.
Aku memakai telekung solat.Sebaik sahaja aku siap bertelekung,Rayyan pun sudah habis membaca satu surah.Dia berdiri di atas sejadah yang aku bentangkan.
"..surah apa yang awak baca tadi..?"soal aku semasa Rayyan meraup rambutnya dan meletakkan songkok diatas kepala.Wah!Kacaknya dia buat macam tu..
"..oh..Tu surah Al Waqiah..Kalau awak nak tahu,surah ni untuk memohon kekayaan..Tak kiralah kekayaan dalam bentuk apa pun..Bagus tau baca surah ni.."bagitahu Rayyan sambil pandang aku yang terangguk angguk sendiri.
"..hm,sedap suara awak..Menyanyi sedap,mengaji pun sedap.."puji aku sambil tersenyum.
Rayyan pun ikut tersenyum.
"..takdelah,saya biasa biasa saja..Masa sekolah menengah dulu,cita cita saya nak jadi Hafiz Al Quran..Saya teringin nak mewakili negara dalam bidang Hafazan..Tapi,nasib tak menyebelahi saya...Saya selalu tersingkir setiap kali tiba di peringkat akhir..Hanya sekali bergelar naib johan..Tu pun di peringkat kebangsaan saja.."bagitahu Rayyan,membuka cerita lamanya.
Oh,baru aku tahu yang Rayyan ni ada minat yang mendalam bagi Al Quran..Cita cita aku masa kecil dulu nak jadi penyanyi..Berbeza habis dengan cita cita Rayyan yang sememangnya perkara yang mulia..
Rayyan mengangkat takbir dan kami mula solat bersama sama.Lepas solat,Rayyan membaca doa..Panjang dan syahdu betul doanya membuatkan air mata seringkali tumpah dipipi.Aku bersalaman dengan Rayyan.Tangannya aku cium penuh kasih.Rayyan mendekatkan bibirnya pada dahiku lalu sebuah kucupan dihadiahkan disitu.
Hmm..Aku tak tahu pun yang Rayyan amat bagus dalam didikan agama..Tengok orang tuanya pun dah tahu..Berpakaian sopan..Puan Sri Shida selalu pakai tudung labuh.Bukan macam mama aku,tak bertudung.Masa majlis akad nikah aku pun hanya mengenakan tudung senteng.Tutup aurat dengan ala kadar je..
Dalam neraka nanti,yang paling banyak menjadi penghuninya ialah kaum wanita..Wanita yang tidak menutup aurat.Wanita apa apa jelah yang telah melanggar larangan Allah.Pakai sanggul Che Ta kat sekolah..Pakai sanggul Che Ta pergi kemana mana lah..
Pakai sanggul besar,kemudian pakai tudung.Tudung tu dahlah yang singkat,bila sanggup tinggi,bukan ke semakin singkat..?Allahu..Mereka tak malu ke orang asyik tengok dia..?Sanggul besar mengalahkan bonggol unta..
Otak extra betul!
Diorang fikir cantik ke buat macam tu?Tak tertonggeng ke diorang semasa menanggung beban yang besar tu?
BESAR NAU!!
Share this novel