Bab 57

Drama Series 12355

Sebaik sahaja pasangan suami isteri itu keluar dari restoran,surat khabar yang dipegang oleh seseorang sejak daripada tadi terus diturunkan.Dia memandang kelibat pasangan itu yang semakin lama semakin kecil dimata.

Nia tersenyum sinis.Cermin mata hitam yang dipakainya itu ditolak sehingga melepasi dahinya yang kelihatan agak jendul.

"..oh..Minggu depan ye?Ok.."Nia bercakap sendirian.

"..nasib baiklah aku nampak korang masuk kesini tadi..Kalau tak,aku takkan dapat info yang penting ni..Bijak betul aku ni.Dah lah lawa,cekap pulak tu..Untunglah siapa yang dapat aku.."

"..tapi aku tak faham..Kenapa Rayyan langsung tak pandang aku walaupun aku dah banyak kali goda dia.Dia tak tergoda ke dengan apa yang aku buat..?Nafsu dia tak naik ke bila aku sengaja duduk rapat kat dia..?"

"..kenapa dalam banyak banyak perempuan,Mya jugak yang kau tertarik?Aku tengok budak tu takdelah cantik sangat walaupun aku sedar hakikatnya yang Mya tu cantik..Tapi secantik cantik dia,aku lagi cantik!Rayyan ni kena guna guna agak agaknya."

"..kalau macam tu,aku pun nak guna gunakan Rayyan jugaklah..Biar dia jadi jatuh cinta pada aku.."tiba tiba Nia rasa ada tangan yang menyentuh bahunya.Nia buat tidak tahu.

"..cik..Cik.."

"..Kalau dia cintakan aku,mesti dia tak boleh berenggang dengan aku.."Nia berangan angan.

"..Cik..cik.."suara itu kedengaran lagi.

Nia berasa terganggu namun dia masih buat tidak tahu.

"..kalau benda tu betul betul terjadi,aku tak dapat nak bayangkan macam mana keadaan Mya bila dia frust menonggeng tahap cap bontot ayam lauk singgang yang basi sejak minggu lepas..Haha!!Mesti buruk gila muka dia!!Haha!!!"Nia ketawa besar.

"CIK!!!!"Sergah suara itu agak bengang.

"..Oh!Mummy makan ayam basi!!"

Nia tersentak dan terus melatah sehingga dia tergolek jatuh dari kerusi.Cepat cepat dia bangun.

"..Hey,you ni kenapa!!!?Sergah orang tiba tiba,takde adab ke hah!?"soal Nia sambil bercekak pinggang.

"..saya dari tadi lagi panggil awak tapi boleh awak buat bodoh!?Saya atau awak yang takde adab?Dahlah cakap sorang sorang macam orang gila!Angau ke laki orang!!Dah,saya cuma nak cakap yang restoran ni dah nak tutup sebab ada emergency.."

Nia terkebil kebil memandang lelaki itu.Dia ni tauke restoran ni kut.Nia ambil beg tangannya dengan wajah yang masam mencuka.

Perlahan lahan dia melangkah pergi dari meja itu.

Tiba tiba..!

"..CIKKK!!!"panggil lelaki itu lagi.Nia menoleh malas.

"..Apa lagi you ni!?I tahulah I ni cantik sampai semua lelaki kat dunia ni akan sukakan i termasuk you..Tapi tolonglah jangan panggil I banyak kali!Kalau ada wartawan kat sini macam mana?Nanti tak pasal pasal you famous sebab dikatakan ada skandal dengan gadis cantik dan seksi ni..!"balas Nia dengan tidak malu langsung.

Lelaki itu geli geleman namun di gagahkan jua kakinya agar mendekati Nia.

Dia menghulurkan tangannya.Nia pandang tangan lelaki itu.

"..What?Nak minta kad I?Ke nak tanya I,will you marry me,sexy girl?"soal Nia sambil tersenyum sinis.

Lelaki itu menggeleng perlahan.

'tak payah nak senyum macam tulah,kak.'

"habis you nak apa?"soal Nia malas.

..kononnya bazir masa layan lelaki macam ni.

"..saya nak minta duit minum awak.Jus epal yang awak pesan tu belum dibayar lagi.."beritahu lelaki itu.

Serentak dengan itu,Nia rasa macam dia tercekik satu cawan kedai RM 2.

Perlahan lahan dia cari dompetnya di dalam beg.Nia mula cemas apabila dompetnya tidak ada.

Tiba tiba Nia baru teringat yang pagi tadi dia baru je tukar beg ini.Barang barang kat dalam beg lama tu semua dipindahkan.

Dan dia terlupa yang dompetnya terjatuh dikaki katil semasa dia berbaring,Nia malas nak kutip dan dia fikir nak kutip kejap kejap nanti.

Tapi dia langsung tak ingat akan hal tu sampailah dia teringat sekarang.

Nia pandang lelaki itu.

Lelaki tu pulak macam dah tahu tahu yang Nia takde duit.Boleh pulak dia hulurkan tangannya dikala tangannya yang satu lagi menggosok gosok janggut yang tumbuh halus didagunya.

Nia tersenyum pahit.

..nasiblah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience