Bab 55

Drama Series 12355

Aku mencapai mangkuk besar lalu aku cedok kesemua kuetiau itu kedalamnya.Aku nampak ada banyak udang,sotong dan ayam yang sedang menyorok dibawah sayur.Aku tersenyum sendiri semasa memandang hasil tangan aku itu.Nampak sedap je.

Semasa nak kikis kuetiau,tiba tiba pinggang aku dipeluk sekali lagi.Aku hanya membiarkan.Rayyan ni suka sangat peluk aku di tempat yang macam ni!Kalau mama dan papa nampak macam mana!?Dia tak malu ke..?

Tiba tiba aku tersedar satu keganjilan saat hidung aku terhidu bau minyak wangi yang sungguh kuat baunya.Setahu aku,Rayyan tak suka pakai perfume yang kuat sangat baunya.Perfume yang Rayyan pakai berbau lembut,membuatkan aku ketagih dengan wangian yang Rayyan pakai.

Aku menoleh.

Alangkah super terkejutnya aku bila aku nampak Haris tengah tersenyum miang.Dengan segala tenaga yang ada,aku terus menolak tubuh Haris sehingga punggung dia hampir hampir terlekat dalam tong sampah.

"..Bodoh!!Kau ingat aku ni apa,hah!?"marah aku lalu memukul kepala Haris dengan senduk besi yang aku pegang.Tak cukup dengan itu,aku ambil sebiji telur lalu aku pecahkan diatas kepala dia.

Haris terpejam saat wajahnya dilelehi telur mentah.

Puan Sri Shida,Tan Sri Nazri dan Rayyan terus datang kedapur apabila mereka terdengar bunyi bising.Mereka terkejut melihat kepala Haris yang bermandikan telur mentah.

"..Haris..!!Mya,kenapa dengan Haris ni?Kenapa dia duduk atas tong sampah?Kenapa kepala dia ada telur mentah?"soal Puan Sri Shida yang disapa perasaan pelik.

Aku tak tahu nak jawab macam mana.Takkanlah aku nak cakap yang Haris baru je peluk aku?Malulah aku depan mak dan bapa Rayyan.

"..err..Mak Long,Pak Long..Tadi Mya nampak lipas baru keluar dari paip air ni..Dia cepat cepat ambil telur dan terus lempar pada lipas tu..Tapi,tangan dia belok..Telur tu kena kepala Haris pulak..Haris terkejut,sampaikan Haris terlentang kebelakang.."beritahu Haris tanpa menghafal skrip terlebih dahulu.

"..betul ke,Mya?Mya takut lipas?"soal Tan Sri Nazri.Nak tak nak,aku terpaksa angguk.Namun aku betulkan pernyataan tadi.

"..bukan takut,Mya terkejut je..Lipas tu nak naik ke pinggang Mya..Terus Mya pukul dia.."ujar aku lalu pandang Haris dengan ekor mata.Aku nampak Haris buat buat batuk.Mesti dia takut kantoi peluk isteri sepupu sendiri.

"..hisy..Mama ingat ada apalah tadi..Dah dah,meh makan..Nanti lewat pulak korang yang laki ni nak pergi office.."ajak Puan Sri Shida sekali gus mengajak Haris makan.

Aku benci tengok muka miang Haris.Aku akan mual mual bila tengok.Oleh itu aku bagi alasan yang aku tak selesa dan berasa nak muntah..Terus aku berlari masuk ke bilik air.

Aku memuntahkan segala isi perut aku kedalam mangkuk jamban.Ini semua salah Haris!!

Sempat aku nampak figura wajah Haris sedang tersenyum miang didalam longgokan muntah aku yang berwarna oren kekuningan..

Sekali tengok nampak macam jus oren.

Dua kali tengok nampak macam gulai ayam.

Tiga kali tengok barulah aku sedar yang benda tu ialah muntah aku yang ada butir butir nasi putih.

Yuckksss!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience