Bab 7

Drama Series 12355

"..ehem..ehem!!Kau dari mana ni..?''baru aje aku buka pintu,terus aku nampak seorang gadis terpacak kat depan pintu.Nyaris nyaris aku berteriak kat situ bila nampak muka dia betul betul kat depan aku.

"..aku..suka hati akulah nak pergi mana pun.."balas aku,agak tak puas hati bila Nia sibuk nak tahu pasal aku.

"..aku tanya tu jawab ajelah..!Jangan jadi bodoh,boleh tak!?"tempik Nia pula.Aku hanya diam dan jeling dia.

"..asal diam!?Takut ke!?"jerkah Nia lagi.

"..woi..mm..mu.."kata kata aku terhenti apabila Nia memotong percakapan aku.

"..hahaha..asal kau gagap,ha..?Kau takut ke!?"soal Nia sambil ketawa mengekek.Aku jeling dia.Takde maknanya aku takut pada dia..dia ingat dia polis?


"..bukanlah!!Mulut kau bau!!"terus Nia diam daripada mengeluarkan tawa.Dia meletakkan tangannya didepan mulut lalu dihembus nafasnya dua kali.Tak sampai dua saat,dia terus melarikan mukanya..

"..lain kali sebelum kau nak cakap,pastikan mulut kau wangi macam kasturi eh..?Kalau rasa macam mustahil sangat nak ada nafas bau macam tu,pastikan nafas kau bau minyak wangi kedai dua ringgit dulu,ya.."sempat aku berikan dia kata kata sinis sebelum naik ketingkat atas.

Nia pula terkebil kebil sendiri.Nampaknya dia kena beli ubat gigi nanti...Bukan apa..

COLGATE HABIS!!!

********

Aku tutup pintu dan terus berbaring diatas katil yang empuk sangat.Aku pandang dinding yang berwarna hijau pucuk pisang...

..hm..sejuk mata memandang.

Tiba tiba teringatkan Rayyan.

aku tersenyum sendiri.

Entah kenapa,rasa macam lain pula bila kenal dia.

Kenapa aku rasa macam bahagia sikit?

..rasa macam hidup aku baru bersinar..

..tapi dia bukan matahari nak berikan sinaran..

..rasa macam seronok sangat..

..tapi dia bukan game..

aku tak tahu apakah perasaan aku yang sekarang.Aku gembira ke?Ataupun biasa biasa sahaja seolah olah dia tak pernah muncul..

entahlah..aku tak pasti..

sebab aku dah lama hidup sendirian..walaupun pada hakikatnya,ahli keluarga aku ramai disekeliling aku.

Arghhh!!Bosannya..Aku duduk bersila diatas katil pula.

'patut ke aku seru dia?'hati aku bertanya sendiri.

'...kalau awak berada dalam kesusahan or apa apa je pun..just panggil saya..Saya akan selalu ada untuk awak,Mya..'kata kata Rayyan berulang ulang ditelinga aku seolah olah ada yang memutar radio berkali kali.

'..dia cakap dia akan ada untuk aku,kan..Maksudnya,kalau aku panggil dia,dia akan datang sini..Hmm...hish!!Apa aku ni..mana mungkin lah..Aku ada kat dalam bilik aku sendiri..mustahil dia boleh ghaib kesini...kalau dia hantu,boleh jugak diterima akal..'aku bermonolog sendiri.

Akhirnya aku membuat keputusan untuk tidak menyeru dia.Macam orang bodoh pula kalau aku pergi ikut cakap dia..

Entah pada pukul berapa,aku terlelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience