Bab 58

Drama Series 12355

Rayyan mengemas meja kerjanya.Foto berbingkai hitam itu dipegang ditatapnya lama.Foto itu adalah gambar isterinya.

Gambar itu diambilnya secara curi curi semasa kali pertamamereka berjumpa.Rayyan tersenyum.Perlahan lahan gambar itu diletakkan semula ke atas meja tapi bersebelahan dengan foto perkahwinan mereka.

Dia mula keluar dari officenya.

Semasa keluar,semua orang dah takde.

Semua orang dah balik pada pukul 5 petang tadi,Rayyan seorang saja yang tak balik lagi sebab dia ada banyak kerja yang belum siap.

Rayyan melangkah ke tempat parkir kereta.Jam sudah menunjukkan jam 6:56 petang.Sunyi betul...

Dia membuka kunci keretanya.Belum sempat masuk,tiba tiba kepalanya dipukul dari belakang.

Rayyan terjatuh.Pandangannya berbalam balam.Sebelum semuanya menjadi gelap,Rayyan sempat melihat dua orang lelaki bertubuh besar sedang memakai topeng hitam.

Seorang sedang pegang kayu.Sorang lagi tak pegang apa apa.

Rayyan menyentuh kepalanya yang sakit.Ada cecair merah disitu.

..akhirnya gelap dunia Rayyan.

*****

Aku resah diruang tamu.Jam didinding sudah menunjukkan pukul 9 malam.Sudah berpuluh puluh kali aku tengok jam.Kalau jam tu hidup,mesti dah lama dia lari sebab dah terlalu muak tengok aku.

Aku pegang telefon pintar.Dah banyak kali aku call dia tadi hanya voicemail yang masuk.

Aku semakin resah.Mana Rayyan ni..Dia tak pernah selewat ni..Kalau dia pergi ke mana mana,kenapa dia tak bagitahu aku walaupun sepatah.Aku kan isteri dia,aku berhak tahu apa yang dia buat.

..ke telefon dia mati?

"..Mya..datang kesini kejap.."panggil Puan Sri Shida dari arah dapur.

Aku akur."..ye,ma..."

"..Mya,boleh tak tolong bancuhnya air kopi untuk papa?Mama tak sempat,sayang.Nak buat onde onde,papa nak makan..."

Aku angguk.Sempat aku nampak Puan Sri Shida tengah kacau sesuatu dalam besen didepannya.

Aku capai satu mug hitam.Bekas kopi aku ambil.Aku masukkan gula,cukup cukup untuk sukatan mug ni.Kemudian aku bergerak ke arah Pemanas Air jenama Coway.

..Mana Rayyan..Ya Allah,aku risau..

Aku tak sedar yang air dah pun penuh sampai ianya melimpah dan terkena tangan aku.


"..auch.."jerit aku perlahan lalu terus pergi ke sinki.Aku basuh dengan air bersih.Pedih tapi aku tahan.Aku pandang Puan Sri Shida.Nasib baik dia tak nampak.

Aku pegang mug tu lalu aku bawa ke depan.

Dari kejauhan lagi,Tan Sri Nazri sudah tersenyum melihat aku.Dia menghulurkan tangannya,mahu menyambut hulurun yang bakal aku lakukan kejap nanti.

..namun..

Tinggal beberapa langkah je lagi,secara tidak sengaja aku tersepak karpet yang berlipat.Terus aku terdorong kedepan bersama mug yang tengah terbang.

Kalaulah detik sekarang ini dirakam dan diulang tayang dengan mod perlahan,mesti nampak mug tu berkocak dengan air.

Kachanggg!!!Bunyi mug itu pecah.

Serentak dengan itu.

Bok..!Aku rebah.

Tan Sri Nazri lekas lekas membantu aku bangun.Namun entah mengapa aku rasa penat tiba tiba.Jantung aku berdegup kencang.Dada aku berdebar debar.

...Rayyan...

************

Sorry ek sebab chap ni pendek..Saya takde idealah..Sebenarnya idea banyak datang tapi idea tu untuk novel kedua saya iaitu Along.Maaflah ye kalau ada yang tertunggu tunggu cerita ni..

Kalau ada masa lapang,saya sambung cerita ni pula..sekarang ni saya lebihkan novel Along sebab saya nak banyakkan chap untuk novel tu...

tq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience