"..papa tak nak balik lagi ke?Dah hampir pukul 7 malam ni.."Soal Rayyan semasa dia melintasi bilik kerja Tan Sri Nazri.Dia nampak papanya sedang membelek belek beberapa kertas warna biru.
Tan Sri Nazri mendongak lalu memandang anak lelakinya itu."..belum..papa akan solat maghrib kat sini..Daniel pula tak balik lagi?"soal lelaki itu semula.
"..nak baliklah ni..Daniel pergi dulu ya,pa..Assalamualaikum."Rayyan menyalami tangan bapanya.
"..waalaikumsalam..Hati hati drive.."balas Tan Sri Nazri.Rayyan mengangguk.
Rayyan berjalan ke tempat parkir kereta.Dia masuk kedalam keretanya lalu terus menghidupkan enjin.Kemudian kereta itu mula bergerak keluar dari perkarangan Syarikat N&D Holding.
Rayyan memandang kerusi disebelahnya.Ada sekuntum bunga ros diatas kusyen itu.Rayyan tersenyum sendiri.Sebelum balik,dia mahu singgah ke rumah Mya dahulu bagi memberikan gadis itu bunga mawar yang dibelinya.
Rayyan tiba dirumah Mya.Dia berasa pelik bila melihat pintu rumah yang terbuka.Rayyan keluar lalu masuk kedalam halaman rumah itu.Rayyan memberi salam namun tidak berjawab.Rayyan menjenguk dimuka pintu.Macam takde orang je..Dia memanggil nama Mya berkali kali.
Bila dia pasti yang rumah itu tiada sesiapa,Rayyan bergerak ke keretanya semula.Sebelum masuk kedalam kereta,Rayyan ternampak ada dua tingkap yang terbuka di tingkap atas.Tidak silap,Rayyan rasa itu adalah bilik Mya.
Rayyan diam..Hatinya rasa sesuatu.Macam ada satu suara yang sedang menyeru namanya tapi Rayyan tidak tahu dimanakah tempat yang akan ditujunya.
Mya..
***
Rayyan menghentikan keretanya.Dari dalam kereta,dia dapat lihat akan kelibat seorang gadis yang meronta ronta hendak dilepaskan.Disekitar gadis itu,Rayyan nampak ada satu tong sampah yang terbalik sehingga menumpahkan segala isi kandungannya.
Rayyan nampak gadis itu menggigit tangan lelaki gemuk itu namun nampak gayanya,gigitan itu tidak memberikan apa apa kesan.Gigi Mya tidak juga terbenam ditangan lelaki gemuk itu.Lelaki itu langsung tidak menjerit sakit apabila tangannya digigit kerana lelaki itu mempunyai epidermis yang tebal.
Rayyan terus keluar dari dalam keretanya.Dia terus menghampiri dua orang yang sedang bergelut sesama sendiri.
***
"..Tepilah gemuk!!Jauhlah!!"tengking aku sambil menolak nolak lelaki gemuk itu.
"..Aduh..mana pulak Dol dan Jai ni..Lambat betul!"aku dengar lelaki gemuk itu membebel sendiri.Oleh kerana kedudukan kami yang memang rapat,maka dengan mudahnya aku dapat menghidu bau busuk dari mulut lelaki itu.Pergghh!!Bau petai cicah tempoyak!!!
Aku meronta ronta lagi."..duduk diamlah!!"marah si gemuk itu.
Aku meronta lagi.Tiba tiba..
BOKKK!!Dalam sekelip mata,si gemuk itu tercampak ketepi.Aku terkejut.Tiba tiba aku rasa yang tangan aku ditarik oleh seseorang.Aku toleh kebelakang.
Rayyan!!
"..pergi masuk kereta saya dulu,Mya..Nanti saya datang!"arah Rayyan lalu menunjuk keretanya yang tersadai di tepi jalan.
Aku angguk lalu terus berlari ke keretanya.Aku masuk dan terus mengunci semua pintu.Aku tengok dengan mata kepala aku sendiri macam mana Rayyan membelasah lelaki durjana itu.
Lelaki gemuk tu mengangkat tangannya tanda mengalah.Dia terus berlari dari situ apabila kereta kancil hijau tua datang mendekat.Dol dan Jai ada kat dalam kereta tu.Jai menarik tangan si gemuk supaya masuk kedalam kereta.
Rayyan pula hanya mampu melihat.Nak kejar,rasa macam dah tak sempat.Kereta kancil itu terus pecut dengan kelajuan penuh bagi sebuah kereta bermodel KANCIL.
Aku nampak Rayyan menghampiri keretanya.Dia menarik pintu tapi tidak boleh dibuka.Dia menunduk dan mengetuk cermin tingkap dibahagian pemandu itu berkali kali.
Aku yang berada dibahagian depan,laju sahaja pergi bertukar ke tempat belakang.Aku membuka sedikit tingkap.
"..Mya..kenapa awak kunci pintu..Saya nak masuklah.."aku dengar Rayyan membebel sendiri.Aku sembunyikan kepala.Hanya suara yang kedengaran.
''..Rayyan..awak boleh..tak..Maksud saya,awak ada kain tak?"soal aku dengan tergagap gagap.
"..kain..?Untuk apa?"soal Rayyan yang masih berdiri diluar kereta.
"..adalah..awak ada ke tak?"soal aku lagi.
"..kenapa?Awak nak tutup kepala awak ke?Awak takut saya nampak awak,sebab tu awak taknak bagi saya masuk,kan?"duga Rayyan,membuatkan aku hampir hampir tergigit lidah.
"..Rayyan!!Cepatlah!!"gesa aku.
"..Hehe..kejap.."aku dengar Rayyan ketawa.Tiba tiba dia menghulurkan sesuatu kepada aku.Cepat cepat aku mengambilnya.
...Kot?Ini bukan ke kot kerja Rayyan..?
"..tutuplah kepala awak dengan kot tu dulu...Maaflah,saya takde kain lain.."beritahu Rayyan.
"..t..takpe.."balas aku lalu membuka kunci.Rayyan masuk.
"..terima kasih.."ucap aku yang berada dibelakang.
"..for..?"soal Rayyan.
"..selamatkan saya..dan..Bagi saya pinjam kot ni...Nanti saya pulangkan"bagitahu aku lagi.Rayyan hanya tersenyum.
"..tak payah berterima kasih..Kan saya dah janji untuk selalu ada dan selalu jaga awak?Nanti awak akan jadi tanggung jawab saya juga.."
aku angkat kepala."..maksud awak?"
Rayyan senyum.
"..Lepas awak jadi isteri saya,bukan ke memang dah jadi kewajipan saya untuk sentiasa jaga awak?"
dan aku diam membisu.
Share this novel