PROMOTE

Drama Series 12355

Assalamualaikum dan Hai kepada reader reader semua..Zelo kat sini sebab ada hal nak bagitahu kamu semua.Ada tak yang kat sini pernah nampak atau pernah dengar nama Delo?Pernah?Tak pernah?Ce angkat tangan sikit bagi sesiapa yang pernah dengar.

Apa..korang rasa meluat ke dengan Zelo?Apa??Korang nak kata,Zelo ni suka cakap melebih lebih dan panjang berjela jela?Cakaplah..Zelo tak kisah..Zelo tak kisah kalau ada daripada korang yang tak suka Zelo.."ENTAH APA SI ZELO TU!SUKA SANGAT CAKAP PANJANG PANJANG!BUKAN BANYAK FOLLOWER PUN."

Tolonglah jangan cakap camtu.Ini akaun Zelo!Tempat Zelo bebas nak tulis apa apa.Korang takde hak nak cakap Zelo layak ke tak layak.

Tapi jangan salah faham..Zelo bukan nak membebel senanya..Zelo cuma nak promote satu novel ni je.

"KU MASIH PILIH DIA"-hasil karya Delo, kembar Zelo.Kalau korang suka,boleh type DELO.

Sumpah!Zelo tak tipu!!Cerita ni memang best gile gile..Zelo dah baca semua cerita dia..Sedap sangat!Kawan kawan kitorang kat asrama pun cakap benda yang sama.So memang rugilah kalau korang tak baca...

ingat tau..

KU MASIH PILIH DIA

Disini Zelo sertakan sekali sinopsis kisah sweet comedy ni..Biar semua reader Zelo tahu yang novel kembar Delo yang sedap nak mampus ni wujud!!^_^

Ian Farahae atau lebih dikenali sebagai Hae ialah seorang penuntut tahun akhir di salah sebuah Universiti tempatan telah berkenalan dengan sepasang kembar lelaki yang kacak.Mengenali pasangan itu membuatkan Hae letih untuk menjalani hari yang mendatang.Bukannya dia tidak tahu bahawa kedua lelaki itu saling menaruh perasaan kepadanya.Sebenarnya dia juga telah menyimpan perasaan yang sama tetapi dia tidak tahu kepada siapakah dia meletakkan perasaan itu Si abang yang dingin sampai nak pandang sebelah mata pun payah atau si adik yang senyum semanis gula?Aizril atau Haffiy?Sungguh,dia memang tidak tahu.

"Sebenarnya kawan baik kau yang cantik itu merupakan girlfriend aku.Baru 3 hari setengah kami bergandingan menjadi pasangan kekasih yang sangat serasi."kata Aizril membuatkan Hae hampir terkentut apabila mendengarkan pengakuan yang tidak berasaskan itu.

"Bila masa saya jadi girlfriend awak?!!" marah Hae sambil menumbuk bahu Aizril.

"Kan ada masa hari ahad tu awak call saya dalam pukul enam setengah petang sambil menangis-nangis minta saya terima awak jadi kekasih hati yang tersayang?Sebab awak kata awak sangat suka tengok wajah saya yang kacak. Awak kata awak tak dapat tidur malam dan lelapkan mata bila saya kata tengok dulu untuk permintaan awak.Lepas tu awak melompat-lompat atas katil bila saya kata Okey..saya ingat lagi esoknya awak hadiahkan saya bola sepak" tuduh Aizril tanpa menulis skrip terlebih dahulu

"Okey petang esok dengan peraturan yang sama,waktu yang sama dan lokasi yang sama,kita adakan pertandingan.Siapa yang kalah, dia kena berhenti kejar Ian Farahae."kata Haffiy membuatkan Aizril tersenyum sinis sambil memakai cermin mata hitamnya.

"Aku tak nak.Hae prempuan aku dan cinta hati aku.Aku takkan sesekali jadikan dia barang taruhan meskipun terdesak sangat nak raihcinta dia.Kalau kau nak sangat,kau seorang jelah yang bertaruh.Dan kau jangan lupa kenyataan yang sekalipun kau menang, aku takkan berhenti buat dia cintakan aku."Balas Aizril sebelum meninggalkan Haffiy sendiri.

Apabila Hae pasti cintanya milik siapa,dirinya pula yang kecewa.Diia teraniaya!Dirinya terkena perangkap buaya yang dilakukan oleh seorang lelaki yang dianggapnya tidak lebih daripada seorang kawan.Dirinya dibuang begitu sahaja!Hae terbang ke Korea untuk merawat hatinya yang berkeping-keping.Apabila hidupnya mula menampakkan sinar,dirinya dihantui oleh lelaki yang pernah menjadi pemilik hatinya.

Kepada siapakah Hae akan menyerahkan hatinya yang cuma sekeping itu?Lelaki yang mengubat luka di jiwa atau lelaki yang pernah membuat dirinya terluka?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience