Aku mengerang kesakitan tatkala tapak tanganku tercucuk dengan batu batu kecil yang tajam itu sebaik sahaja aku selesai mendarat dari lompatan tadi.Aku pandang atas,boleh tahan tinggi jugak tempat aku melompat tadi.
Masa aku pandang atas tu jugak,aku nampak tiga orang lelaki tu terus bergegas mahu mengejar aku.Aku semakin panik!?Dia nak merompak ke nak culik aku!?Kalau betul mereka nak merompak,asal diorang tetap kejar aku walaupun aku dah keluar?
'..aku dah dapat kesan pompuan tu!Cepat!Move!Move!!'
suara jerkahan si gemuk itu membuatkan aku jadi tahu sendiri.Mereka mahukan aku!!Tengoklah apa yang si gemuk tu cakap!Dia kata dia dah dapat kesan aku..
Dari luar rumah,dapat aku dengar akan bunyi gedang gedung tapak kaki mereka bertiga yang tengah berlumba lumba mahu turun ke tingkat bawah.Aku bangun.Dengan kaki yang sakit akibat lompatan aku tadi,aku tetap berusaha untuk berlari.
Terhinjut hinjut,aku mula melepasi pagar rumah.Masa aku nak membelok,aku nampak Si gemuk baru buka pintu.
"..Woi!!Jangan lari!!"jerkah si gemuk itu.Dengar suara garang lelaki tu,makin laju kayuhan kakiku.Dalam keadaan getir macam ni,aku tak tahu nak pergi kemana.Otak aku seolah olah sudah hilang database.Akhirnya aku berlari mengikut gerak hatiku sahaja.
Aku nampak ada satu lorong kecil.Laju sahaja aku membelok kesana lalu menyorok disebalik tong sampah besar yang ada seplastik lampin bayi pakai buang yang tengah dihurungi lalat hijau yang besar besar.Aku tak kisah!Bertahi ke bernanah ke tempat tu,yang penting aku boleh lepaskan diri dari bahaya.
Aku menutup hidung.Cuba menahan nafas agar tidak menghasilkan sebarang bunyi.Dalam masa yang sama,aku tutup hidung sebab bau pampers pampers ni terlalu busuk sampaikan aku hampir hampir termuntah jelanak.
Dari tempat aku bersembunyi,dapat aku lihat tiga orang lelaki tu berhenti dan termengah mengah kerana kepenatan.Lepastu aku dengar yang gemuk tu memberi arahan.
"...Dol,kau kesana!Jai ke sana,dan aku pergi sini!Kalau jumpa pompuan tu,call aku!Kalau tak jumpa jugak,Siap kau!!Sekor sekor aku bunuh!!''
Aku semakin panik.Diorang berpecahlah pulak.Adoi..Macam mana ni!!?Aku mengaru garu kepala kerana terlalu stres.Tiba tiba aku berhenti menggaru.Aku meraba raba kepala.Eh!Asal ada helaian helaian rambut..?
Ya Allah!!Aku tak pakai tudung rupa rupanya...!!??Macam mana ni?Ada tak kain kain buruk kat dalam tong sampah ni?Aku cuba mencari cari...Tapi takde..Apalah!Tong sampah bukan main besar tapi secebis kain buruk pun takde!Tak pasal pasal aku salahkan tong sampah yang ada contengan emoji senyum kat bahagian luarnya itu.Kau senyum buat apa!?Matilah kau!!
Serius!Aku tak sedar yang aku dah sepak tong sampah tu sampai ianya bergoyang goyang kerana mahu terbalik.Sebaik sahaja tong sampah itu jatuh ke tanah,aku nampak si gemuk tengah bercakap dalam telefon sambil matanya pandang aku.
"..ha..Ha ye boss..Saya dah jumpa dia.."lepas tu dia simpan telefon tu lalu berlari dan terus menangkap aku.Aku meronta ronta.Tapi tak berhasil juga untuk aku meloloskan diri.
"..Woii!!lepaslah,bengong!!!Kau ingat badan kau wangi!?Tong sampah tadi lebih harumlah dari kau!!"aku menjerit semahu mahunya.Lelaki gemuk tu peluk aku dari arah belakang supaya aku tak boleh lari.
''...jauhlah!!!Haram!Haram!!"tempik aku macam orang gila.
"DON'T TOUCH ME!!YOU IS FULL OF KUMAN!!!NANTI AKU KENA SAMAKLAH,APA KE BENGONGNYA KAU NI!!?"
Share this novel