"..Mya..."panggil Rayyan semasa dia keluar dari bilik air.Aku yang dari tadi sedang asyik membelek telefon terus menoleh.Aku melemparkan senyuman kepadanya.
"..apa dia?"soal aku lalu membetulkan duduk.Rayyan melabuhkan punggung disebelah aku.
"..Mya tak teringin nak ada anak ke?"soalan Rayyan membuatkan aku terkejut.Anak?Hai...kenapa tiba tiba tanya pasal anak ni.
Aku mengeluh.
"..teringin tu memanglah teringin..Siapa yang taknak ada anak sendiri,kan?"aku pandang dia pula.
"..saya teringin sangat nak ada anak..Saya nak rasa jugak,macam mana perasaan jadi seorang ayah..."balasnya sambil tersenyum.Dia pandang tangannya.
"..saya pun sama..saya nak jugak jadi seorang ibu..."balas aku sambil pandang dia dengan ekor mata.
"..tapi..nak buat macam mana,kan?Walaupun saya nak anak...Awak mesti belum bersedia nak bagi anak kan..Saya tahu awak belum bersedia untuk semua ni.."balasan dia membuatkan aku terdiam.
Ya..memang selama ni aku bergelar isteri dia tapi dalam tempoh masa tu,aku masih belum pernah menjalankan tugas aku yang sebenar.Aku hanya uruskan makan minum dia.Tapi hakikatnya,aku masih belum tunaikan kewajipan aku sebagai isteri.
Aku bukannya taknak tapi..aku belum bersedia.Semua perasaan ada dalam hati aku.Takut..berdebar..Semua perasaan yang hadir membuatkan aku rasa macam..Takpelah..Lain kali.
Tapi malam ni..Tiba tiba je Rayyan keluarkan isu ni..?Dia kecewa ke?Ke dia sedih?Hurm..
"..awak..Awak marahkan saya ke?"soal aku lalu aku tarik tangannya dan aku pegang lembut.
Dia pandang aku dan perlahan lahan dia menggeleng."...takdelah.."
Aku tersenyum."...kalau awak tak marah,mesti awak sedih kan?"soal aku lagi.
Dia senyum."..buat apa nak sedih?"soal dia pula.
"..yalah..Mesti awak sedih..Saya masih tak tunaikan tugas sebenar saya..Dah kahwin,tapi awak masih macam dulu..Tak dapat apa yang orang lain dapat.."ujar aku perlahan.Sebenarnya aku agak segan nak cakap pasal ni.
"..nak buat macam mana..?Saya faham keadaan awak..Kita kahwin pun secara tiba tiba..Kita kenal tak lama..Dan tiba tiba je kita jadi suami isteri..Biasalah tu bagi perempuan macam awak.."balas dia sambil pandang aku.
Aku senyum.
"..hmm..Rayyan..saya nak tanya awak..Hmm..awak jangan marah tau.."aku pandang dia pula.
Dia mengangguk."..apa dia..?Tanyalah.."
"..err..kalau awak..err..awak bersedia ke nak bersama saya...er..maksud saya..Awak tak kesah ke bila kita...."aku diam sambil garu kepala yang langsung tak gatal.Aku tak tahulah nak cakap macam mana.
"..hei..apa awak cakap ni..Saya tak faham langsunglah.."dia tersenyum sambil menggeleng geleng sendiri.
"..takdelah..saya..awak...Err.."aku diam lagi.
"..macam mana nak cakap ek?Maksud saya,awak tak kisah ke kalau kita...?"aku pandang dia.Harap dia fahamlah apa yang aku nak sampaikan.
"..kalau kita?"dia nampak macam blur.
"..kalau kita..errr.."
"..Kalau kita jalankan tanggung jawab masing masing sebagai pasangan suami isteri..?"duganya dan aku terus tertunduk.
"..awak nak cakap tu ke?"soal dia sambil pegang bahu aku pula.
Perlahan lahan aku angguk.Segannya nak pandang dia.
Dari ekor mata,aku nampak dia tersenyum."...apa pulak tak bersedia?Saya dah lama bersedia,tahu tak?"dia ketawa kecil
"..apa bendalah awak ni..Nak cakap benda tu je.Tapi bukan main susah..."dia masih ketawa.
Aku pandang dia lambat lambat.
"..yalah..awak ingat saya tak segan ke?Awak pulak bukannya pandai nak faham faham apa yang saya cuba kata..."aku berkata dalam nada mengajuk.
"..haha..awak merajuk ke ni..?Hm..sejak bila pandai merajuk ni?"dia pandang aku yang cuba melarikan mata.
Dia tarik bahu aku supaya menghadapnya.Rambut aku yang terjuntai didahi perlahan lahan dielusnya lalu diselitkan ditelinga.
Dia tersenyum.
"..saya suka tengok rambut awak..Kalau awak nak tahu,saya sukakan perempuan yang berambut panjang dan lurus..."dia berkata tanpa dipinta.
Aku hanya diam.Dalam hati aku dah berasa bangga.Huh!Tengoklah rambut siapa?
"...Mya...awak nampak cantiklah malam ni.."ujarnya dengan nada yang tiba tiba berbeza.
Aku pelik.Dia ni dah kenapa..?
"..habis selama ni saya tak cantiklah..?"aku buat buat tanya.
"..bukan macam tu..selama ni awak dah cantik tapi malam ni awak makin cantik.."dia tersenyum.
"..apa yang membuatkan saya jadi makin cantik malam ni?"soal aku,agak pelik.Aku rasa macam sama je aku yang sekarang dengan aku yang dulu.
"..baju awak.."dia tunjuk bahu aku.Aku terkejut.Baju aku?Kenapa dengan baju aku?
Terus aku tengok baju yang aku pakai.
Rasa macam nak terkeluar biji mata aku bila aku nampak bahagian bahu aku yang terdedah.S...sejak bila aku pakai baju macam ni!?Kenapa aku tak sedar yang aku pakai baju macam ni!?
Aku tutup bahu aku dengan kedua dua tangan dan terus pandang dia.
"..oh!!Ini kerja awak dari tadi,ya!?Patutlah tiba tiba cakap benda yang bukan bukan!!"tak pasal pasal aku memarahinya.
Hish!Patutlah aku nampak dia asyik pandang tubuh aku sejak tadi..Dia ni.....!
"..akhirnya awak pakai jugak baju macam tu..Thanks to mama...Sebab bagi baju tu sebagai hadiah.."dia senyum lalu ketawa perlahan.
Aku mencebik.Huh!Puan Sri Shida pun bersekongkol rupanya...
Tiba tiba dia tarik aku supaya berada dekat dengannya.Dia sentuh muka aku lalu pipi kiri aku dielusnya lembut.
Tak sampai dua saat,aku terus terbuai.
Dia mengusap usap pipi aku lama.Tangannya perlahan lahan menyentuh bibir aku.
Dan aku sedar yang pandangannya jatuh disitu.
"...awak sangat cantik..dari dulu sampai sekarang..."ujarnya perlahan.
Wajahnya tiba tiba datang mendekat lalu aku rasa macam bibir aku ditindih lembut.
Aku tergamam.Mata aku membulat.Aku nampak Rayyan memejamkan matanya.
A...apa ni...?!Dia..dia baru je cium aku!?
Kemudian dia menjarakkan muka antara kami.Perlahan lahan dia membuka matanya.
"..tadi awak ada tanya saya yang saya kisah atau tak kalau kita jalankan tanggungjawab masing masing,kan?"Aku tersentak.Soalan dia tiba tiba membuatkan aku berdebar.
" ..jawapan saya untuk soalan awak tu adalah saya langsung tak kisah...Saya suka adalah...Dahlah awak pakai baju macam tu.."dia senyum lalu dia mula datang mendekat.
Aku cuak.Perlahan lahan aku bergerak kebelakang.
"...a..awak..saya..saya sejuklah..nak tukar baju yang lebih tebal.."aku mencari alasan.
Semasa aku nak berdiri,tiba tiba dia menahan aku.Tubuh aku ditolaknya lalu aku jatuh keatas tilam.Aku terjerit kecil.Nasib baik tilam tu lembut..
"..jangan risau,Mya..Tak payah tukar baju sebab it's going to be hot after this.."dia tersenyum manis lalu mengenyitkan matanya kepada aku.
Aku terpana.Kali pertama dikenyit oleh orang lelaki.
Dan akhirnya...Aku pasrah.Apa nak jadi,jadilah..Dia pun dah sah jadi suami aku.Jadi izinkan aku untuk jadi isteri yang sebenar benarnya untuk dia pula.
Aku tak sangka malam itu berlalu dengan indah sekali...!
******
Sorry ek,sebab ada scene macam tu..Saya hanya tulis apa yang tak mustahil terjadi.Jangan marah saya...
#sorrsebablambatupdate
#sorrysesangat
#pliz,janganmarah
Share this novel