Bab 3

Drama Series 12355

Aku terjaga dari mimpi yang panjang.Jam ditangan dikerling sekilas.Dah masuk angka 11 malam..Perut aku rasa sebu..Laparnya...Dari pagi semalam lagi aku tak makan..Apa!?Korang nak tanya kenapa aku tak makan??Huh..malaslah..Makanan tak sedap.

Aku turun kedapur.

Nak makan apa!?Lauk untuk dinner tadi dah habis.Geledah punya geledah,akhirnya aku terjumpa mi segera.Aku buka dapur gas setelah letak periuk kecil.

2 minit lepas tu,mi dah siap direbus dan dimasak.Aku letak mi segera berperisa kari tu kedalam mangkuk.Aku buka peti dan tuang air susu kedalam gelas kaca.

Aku duduk.

Baca doa.

Pegang garfu.

Nganga mulut..

Aaaaa.....

..tiba tiba..

Pap!!Garfu aku dirampas oleh seseorang.Aku pandang tepi.Kurang asam kau,Nia!

"..kau apahal,tolol!!?"aku bertanya dalam nada marah.Nia tunjuk muka tak bersalah."Aku lapar..Bagi aku maggi tu!"kata Nia sambil tarik mangkuk yang ada kat depan mata aku.

"..weyh!Tu aku punyalah!!Kau pergilah masak sendiri!Tangan kaki ada,kan!?"marah aku lagi.Nia buat tak peduli.Selamba badak aje dia makan maggi aku tu.Aku tahulah sedap!Tapi tak payahlah bagi nampak sangat..

Dia angkat mangkuk tu,nak bawa kedepan.Aku dah naik angin,laju sahaja tangan aku pergi tarik leher bajunya dari arah belakang sampai dia terundur kebelakang.

''lepaslah!!"suruh dia sambil meronta ronta minta dilepaskan.Macam beruk kena gigit semut je..!

"..aku akan lepaskan kau kalau kau mintak maaf dan pulangkan maggi aku!"suruh aku dalam nada berbisik keras.

"..wwekkk!!Taknak!!"

"..bagilah!!"jerkah aku pula.

"taknaklah setan!!!"balas Nia.

Aku panas hati.Laju sahaja aku tarik mangkuk tu hingga terlepas dari tangan Nia.Aku nampak kuah maggi tu dah tercelup tangan kiri Nia..

Yukss!!!Terus aku humban mangkuk tu atas kaki Nia.Terlompat lompat dia kat situ akibat kepanasan.Macam biasa..Bila dengar je suara Nia yang macam tercekik kulit udang,terus tergopoh gapah si mama dan si papa nya kemari.

Aku tahu..Nia pasti akan buruk burukkan aku kejap lagi.Dia ni memang pelakon tak bergaji sejak dari dulu lagi..

1..2..3,action!!

"...mama..papa..tengok dia ni..Dia sengaja tumpahkan maggi yang baru lepas masak ni atas kaki Nia..sakit maa..."

Dia dah start dah..

Aku hanya tayang muka ketat apabila papa dan mama pandang aku macam nak telan hidup hidup."..celaka kau Mya!!Berani kau buat kat dia lagi!!Kau ni memang tak makan saman!!"tempik papa,kuat.

Aku mencebik bibir."heh..bila masa pulak papa saman Mya??Hmm..btw,saman boleh dimakan ke??Pernah ke papa nampak ada orang makan saman??Saman tu sedap dimakan kalau dicicah dengan apa??sos??Kulit kayu manis??"soal aku,sengaja mahu menyakiti hati papa.

Papa angkat tangan,mahu tampar aku agaknya..Tiba tiba Nia menahan tangan papa...ehh..kenapa ni?Biarkan ajelah..Kau kan suka bila papa tampar aku!?

"dahlah papa..Mungkin dia tak sengaja tumpahkan maggi yang panas hangat tu..maafkanlah dia.."Nia berpura pura pujuk papa.Huh..Plastik.

"..kau memang kufur nikmat..Ada adik yang baik macam dia,kau still dah bersyukur!"kata papa lalu beredar dari situ.

"..Nia..Pergi masuk tidur..Mama dan papa dah nak tidur ni.."kata Puan Fidya yang sedang menoleh kearah sini.

"..mama tidurlah dulu..Nia nak tolong dia bersihkan sisa maggi yang masih panas ni.."jelas Nia sambil buat buat baik.Aku hanya menjeling sekilas.Langsung tak terpedaya dengan lakonan dia tu..

Mama dah pergi.Tinggallah aku dan dia kat dapur ni.Nia pandang aku.

"..aku sepatutnya berterima kasih kat aku sebab dah halang papa dari tampar kau.."kata Nia perlahan dengan matanya yang dikecilkan.Aku pandang dia sambil tersenyum sinis dengan kepala yang disendeng ketepi.

"..thank you..Btw,kalau kau tak halang pun tak apa tadi..Sebab aku dah terbiasa kena macam tu..Tampar tampar..Tolak tolak..Kena pukul..Semua tu..Haihh..Aku boleh handle lah..

kau kata nak tolong aku bersihkan maggi yang maaaasiihhh panas ni,kan??ha..dipersilakan,tuan puteri..Hamba junjung tinggi hajat mulia tuan puteri yang nak tolong hamba.."kata aku lalu beredar dari situ setelah menghadiahkan senyuman mengejek kepadanya.

padan muka!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience