Bab 13

Drama Series 12355

Pagi itu pada pukul 8:57 a.m,aku sudah siap mandi.Laparnya...Aku pegang perut yang tiba tiba terasa pedih.Nak makan,tapi takde mood.Masih sakit hati dengan kedegilan Nia semalam.

Urghh..Laparnya.Baik aku pergi keluar makan.Aku capai tudung bawal yang berwarna biru gelap bermanik itu lalu aku pakai didepan cermin.Tak sampai dua minit,aku dah siap pakai.Aku capai handbag dan terus keluar dari bilik.

Sebaik sahaja aku tiba dibawah,aku nampak Nia tengah bergayut ditelefon.Bila dia sedar yang aku tengok dia,Nia terus jeling aku.Entah apa apa..Ingat aku hadap sangat ke dia..Ptuihh!Baik aku tengok lori pasir yang baru je lalu tadi.

Sebelum aku buka pintu,Nia dah habis bercakap telefon.Dia tahan aku."..amboi..pagi pagi dah pakai lawa..nak pergi mana ni?"tegur Nia sambil pandang aku atas bawah.

Aku pun turut pandang tubuhku sekali.Lawa?Hahaha..Aku memang lawa pun..Kau tak payah cakap pun takpe.

"..aku nak breakfast.."balas aku senada.

"..breakfast..?Asal kau tak makan sini je.."soal Nia sambil menyengetkan bibir.

"..makan sini?Kau rasa aku boleh makan sini ke..?Tak ke makanan aku akan dikebas kalau aku makan sini..?"balasan aku yang juga merupakan satu pertanyaan itu aku tujukan khas buat Nia.Nia mencebik.

"..hurm..yalah tu."

Aku angkat bahu dan mahu membuka pintu.Tapi sekali lagi Nia menahan aku.Aku pandang dia."..hisy,apa lagi?"soal aku,kedengaran agak bosan.

"..tolong belikan sarapan untuk aku."hampir rebah aku kat situ.Apa ni?Dah lah selalu buli aku,ada hati nak mintak tolong.Hisy.

"..asal kau tak makan apa yang Mak Mah masak je?"soal aku agak tak puas hati.

"..Mak Mah mana ada sekarang..Dia dah balik kampunglah semalam..Kau ni,benda tu takkanlah tak sedar..Tulah,siang malam asyik terperap kat dalam billik."

aku mencebik bibir.

"..yalah..memang aku selalu terperap kat dalam bilik pun."aku mengiyakan sahaja.

"..tak bergaul dengan mama papa..Hisy kera sum.."aku letak jari telunjuk aku pada bibir Nia sambil pandang dia tajam.

"..kau nak makan makanan ke nak makan kaki?"soalan aku membuatkan Nia terdiam.Perlahan lahan aku menarik tanganku semula.

"..kalau nak aku tolong belikan makanan,please shut up your mouth.Kalau tak,aku taknak beli!"ugut aku pula.

Nia menjeling ketepi sebelum mengeluh.Perlahan lahan dia mengangguk.Aku tersenyum sinis.

"kan bagus kalau dengar kata.."kata aku lalu membuka pintu dan terus keluar.Nia turut keluar sama.

Masa aku nak masuk kedalam kereta,Nia memberitahu sesuatu."..beli McD,ok..aku tak makan makanan kat tepi jalan.."

aku pandang dia atas bawah lalu memboloskan diri kedalam kereta tanpa membalas apa apa.Setelah enjin dihidupkan,aku turunkan tingkap kereta dan pandang Nia.

"..banyak cantik kau..Kalau aku belikan kau lempeng,kau tak payahlah merungut ehh..Biar pandai bersyukur sikit."

tanpa apa apa,terus aku keluar dari perkarangan rumah itu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience