Bab 13

Romance Completed 5944

'Ya Allah, kau ampunilah dosa adikku, Hariz ya Allah. Kau berikanlah kesabaran kepada kedua orang tuaku, ya Allah. Ya Allah, kau jadikanlah Hariz seorang anak yang soleh. Amin Amin ya rabbal a'lamin, " Aisyah mengangkat tangan berdoa kepada Yang Maha Mendengar. Ketika dia berdoa ,dia ditemani air matanya setelah mengingat pengorbanan kedua orang tuanya. Dan kini dibalas dengan perbuatan yang sangat menusuk hati mereka.

Semasa Aisyah mahu melipat telekung dan sejadah, tiba-tiba..

"Pakk, " bunyi pukulan yang sangat kuat sehingga kedengaran di bilik tidur Aisyah yang berada di tingkat dua.

"Sakit, pa, " Hariz berkata sambil membiarkan air matanya membasahi pipi.

"Apa kamu fikir, Iz?!! Apa yang kamu buat tu papa dengan mama tak pernah ajar!! Ponteng sekolah! Buli budak minta duit! Iz nak buat apa dengan duit tu?!!" marah sekali Adam dengan kelakuan anak kesayangannya itu.

"Iz minta duit dia orang sebab Iz nak beli barang Iz! Iz minta duit kat papa, papa tak bagi! " tinggi suara Iz bersuara.

Syasya dan Aisyah hanya melihat mereka di atas tangga. Mereka tidak berani bersuara melihat ayah mereka sudah emosi. Baru kali ini Aisyah melihat ayahnya mengeluarkan rotan. Betul kata orang apabila seseorang yang sentiasa bersabar marah, dia akan menjadi garang, bahkan lebih garang daripada orang yang selama ini garang.

"Memang la papa tak kan bagi kalau Iz nak duit untuk beli rokok kan?! "

"Time Iz pergi sekolah mama and papa setiap hari akan check whatsapp Iz! Mama baca la! Iz sembang dengan kawan-kawan Iz nak beli rokok. Lepas tu Iz ingat mama tak tahu? Iz dah ada perempuan kan? Couple tu dosa Iz tahu tak? Dosa!! Mama tak pernah ajar Iz buat dosa! Mama check gallery Iz! Mama tengok apa kamu tahu? Gambar kamu pegang tangan dengan perempuan tu! Couple mungkin mama boleh maafkan BUT!! BUT perlu ke Iz pegang tangan bagai?! Perlu?!!"kali ini tiba giliran Marziah bersuara.

Aisyah sejak dari tadi yang hanya memerhati adiknya di tangga turun menemui mereka. Syasya cuba menarik tangan kakaknya supaya tidak mencampuri urusan mereka tetapi dia gagal.

"Suka hati Iz la!! Suka hati Iz nak buat apa pun!! Siapa kesah?!! Ini hidup Iz!! Jangan sibuk la!! "

Aisyah turun kemudian menampar pipi adiknya. Ya, memang dia tidak sanggup tapi kerana terpaksa.

"Siapa ajar ni? Siapa ajar Iz cakap macam tu dengan mama dengan papa? Siapa?!"

Marziah dan Adam yang terkejut menyaksikan kejadian itu, hanya membiarkan sahaja Aisyah berlakuan sebegitu.

"Kakak?! Ka.. kakak.. kakak tampar Iz?! "

Syasya turut membuntuti langkah Aisyah.

"Ya! Itukan yang Iz minta? Iz nak kan? Dah, ini present untuk Iz! " tanpa rasa bersalah Aisyah berkata spontan sahaja.

Hariz yang sudah tidak tahan dengan sikap keluarganya itu, berlari memasuk ke dalam biliknya.

"Bom! " sengaja Hariz menutup pintu dengan kuat. Marziah dan Adam menggeleng kepala melihat tingkah laku anaknya. Marziah memeluk dan menggosok belakang kedua anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience